Saturday, November 26, 2011

Kesan Buruk Seks Terlalu Banyak

Berkaitan seks adalah salah satu hal yang boleh menjadi keperluan bagi manusia. Tetapi berkaitan seks terlalu kerap juga boleh mengakibatkan buruk bagi tubuh. Orang-orang dalam kategori hypersex semestinya boleh lebih menyibukan dirinya agar hubungan seks terlalu kerap tersebut boleh di kurangkan.

Mengulik lebih dalam kesan negatif terlalu sering melakukan, ini penjelasan yang wajib anda semak dari buku "Arabic Kamasutra" karya Muhammad al-Baz.
Memaksakan diri untuk melakukan sanggama dapat memadamkan hasrat yang bersifat alami. Dengan begitu, organ-organ tubuh yang alami akan menjadi lemah, semangat menurun gerakan tubuh berkurang, perut menjadi besar dan hati lemah, serta proses pencernaan di dalam badan menjadi tidak baik

Sel darah menjadi rosak, urat-urat menjadi lemah, proses penuaan menjadi lebih cepat, keceriaan dan kewibawaan wajah menghilang, pandangan mata lemah, rambut menjadi nipis dan mudah gugur. Bahkan, boleh menyebabkan kebotakan dan menyebabkan darah jadi beku.
Terlalu sering melakukan sanggama juga boleh membahayakan urat saraf, menimbulkan gementar dan gerakan yang lemah, membahayakan dada dan paru-paru, serta membuatkan buah pinggang menjadi kurus. Bahaya yang paling besar akan menimpa orang-orang yang memiliki tubuh kurus kering.

Terlalu sering melakukan sanggama akan mempercepatkan proses penuaan yang berlaku di dalam tubuh mereka. Apalagi mereka yang mempunyai urat-urat yang tampak (dilihat dari kulit bahagian luarnya) dan darah yang sedikit.
Sementara itu, tubuh-tubuh yang basah, yang mempunyai urat-urat yang lemah, mempunyai sedikit darah dan berhawa dingin, lebih jauh daripada proses penuaan dan pengeringan.
Orang-orang yang mempunyai tubuh yang berhawa panas, yang mempunyai urat-urat yang kering, besar dan penuh dan yang mempunyai banyak darah adalah orang-orang yang mampu untuk sering melakukan sanggama dan jarang terkena bahayanya.

Namun, apabila mereka tidak melakukan senggama boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang buruk seperti pening, sakit kepala, menurunnya nafsu seksual, keletihan, bahkan boleh menimbulkan pembengkakan pada batang dan "bola" Mr P.

Mereka yang bertubuh kurus boleh dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu:
1. Bertubuh kurus, berkulit lembut, berwarna merah putih agak kehitaman atau agak sedikit dan kental. Nafsu seksual mereka juga tidak besar. Tubuh-tubuh mereka berhawa dingin dan kering. Sanggama merupakan bahaya yang sangat besar bagi mereka.
2. Bertubuh kurus, mempunyai kulit berwarna kemerah-merahan dan kehitaman, mempunyai urat-urat yang besar, mempunyai banyak darah, serta mempunyai urat saraf dan tulang-tulang rawan yang kasar. Air mani mereka sedikit dan kental.

Nafsu seksual mereka sangat besar. Tubuh-tubuh mereka berhawa panas dan kering. Tubuh mereka ditumbuhi bulu-bulu yang lebat. Kulit mereka keras dan kasar. Bahayanya senggama bagi mereka adalah sesuai dengan besarnya urat-urat mereka, banyaknya darah mereka dan sesuai dengan pertumbuhan mereka.

Saturday, November 19, 2011

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala khinzir dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala khinzir dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

p/s : Marilah kita sama2 ambil iktibar...

Petua Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

2. Memperbanyak istighfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa

4. Sentiasa ingat Allah

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10. Berpagi-pagi

11 . Menjalin silaturrahim

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim:

7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

20. Bertawakal
_______________

Wednesday, November 9, 2011

Adat dan Tatatertib Orang Melayu

Orang Melayu zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan samaada di rumah mahupun di majlis-majlis keramaian.Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi. Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Berikut adalah beberapa pantang larang Melayu yang berkaitan dengan MAKAN:

* Makan mencangkung payah dapat rezeki.

* Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.

* Makan beras mentah dapat penyakit kuning.

* Makan telur tembelang dapat penyakit barah.

* Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.

* Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.

* Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.

* Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.

* Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.

* Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.

* Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.

* Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.

* Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.

* Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

* Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

* Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.

* Makan pisang kembar, akan beranak kembar.

* Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

* Makan sisa anak, anak akan degil.

* Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

* Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

* Bila makan, pinggan tidak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

* Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

* Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

* Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

* Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.

* Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.

* Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

* Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

* Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.

* Makan beras mentah dapat penyakit kuning.

* Makan telur tembelang dapat penyakit barah.

* Makan kepala ayam akan berlaku mengantuk semasa bersanding.

* Makan sisa anak, anak akan menjadi degil.

* Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.

* Makan kalau tidak basuh pinggan sendiri, nanti lambat dapat menantu.

* Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.

* Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.

* Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.

* Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.

* Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.

* Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

ADAT & TATATERTIB

+ Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan makanan atau minuman, jangan sekali menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.

+ Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu. Kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.

+ Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika kita ingin menanamkan kemesraan dan semangat kekeluargaan di kalangan anak-anak.

+ Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.

+ Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri. Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

+ Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.

Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.

+ Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain. Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan. Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.

+ Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.

Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.

+ Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.

+ Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.

Wednesday, November 2, 2011

Kucing Binatang Suci

"Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis.
Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing
kerana dianggap suci.

Lantas kenapa Rasulullah Saw, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak
najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak
terdapat najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk
menolak sel bakteria.

Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Pada
permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing,
benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat
berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling
canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan
membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Telah dilakukan berbagai
penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi
kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan
usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian
khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan
lidahnya. Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun
dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80%
jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif
berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu
masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada
tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter,
streptococcus, dan taphylococcus.

Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam. Berbagai sumber yang dapat
dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing
tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman Menurut Dr. George
Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali
ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu
akan sakit.

Subhanallaah ! Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak
terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah
sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). Doktor
haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing
mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk
pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan,
dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya.

Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar
bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya
kuman pada tubuh kucing. Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang
telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih
secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca
situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah
toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada
tubuh makhluk yang hidup?

silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing Perhatikan
apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini: Hadis
Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua
Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa
itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di
bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.†Abu
Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?†Ia menjawab, “Ya.†Lalu, Abu
Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis.
Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),†(HR
At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). Diriwayatkan dan Ali
bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan
suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air
wudhu untukku ke dalam bejana.†Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah
selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati
bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum
lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab,
“Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori
sesuatu, malah tidak ada najis.†Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih
At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah
semangkuk bubur.

Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu,
ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah
menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu
memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan
kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah
memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis.

Ia binatang yang berkeliling.†Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw
berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan
Al-Daruquthni). Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah
Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih?
Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata
sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang
lalu. "