Friday, November 8, 2013

Mencuci Buah Pinggang

Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2



Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2 | Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain.

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang

Wednesday, October 30, 2013

Silhouette Portrait®

http://www.youtube.com/v/d4fd2GndE8Q?autohide=1&version=3&attribution_tag=nei0RWhRuqT7lF6p_mDoLg&autohide=1&feature=share&showinfo=1&autoplay=1

Wednesday, August 14, 2013

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan | Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
SUMBER:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis
- See more at: http://fuh.my/maksud-tersembunyi-daripada-tanda-tanda-sakit-di-badan/#sthash.9r7VMq6m.dpuf

Monday, June 3, 2013

Kelebihan Dan Kekurangan TV Plasma/LCD/LED/OLED





Teknologi semakin berkembang dari semasa ke semasa tidak terkecuali juga television. Perkembangan teknologi yang semakin pesat memberi impak kepada banyak penemuan baru. Kesannya TV pada hari  ini semakin nipis serta boleh mengeluarkan imej yang berkualiti tinggi (HD) & 3D.

Jadi pada entri kali ni XLAWS ada buat kajian sedikit mengenai penjelasan, kelebihan dan kekurangan diantara TV Plasma, LCD & LED untuk pengetahuan kita bersama.

TV Plasma


Teknologi TV Plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana  gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan  dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi  kemudian mengetuk phospor merah, hijau dan biru sehingga mencipta sebuah gambar. Setiap kumpulan  phospor merah, hijau dan biru ini disebut pixel (elemen gambar).

Kelebihan

  • Screen TV Plasma diperbuat dari kaca, walaupun TV ni berat sedikit tapi selamat kerana tahan lasak sedikit.

  • Harga TV Plasma lebih murah berbanding LCD.

Keburukan

  • Burn in, iaitu masalah yang akan timbul apabila TV kita mainkan imej statik terlalu lama, contohnya logo rancangan National Geographic, bila terlalu lama boleh meninggalkan bekas di situ.

  • Life span, ada jangka masa sebelum TV Plasma korang jadi kurang cerah (brightness) sehingga 50%  dari asal selepas 17 tahun.

  • Banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan imej dari gas.

  • Skrin silau apabila kedudukan TV berdekatan dengan sumber cahaya seperti lampu dan di tepi tingkap.  kerana Skrin diperbuat dari kaca.

TV LCD (Liquid Crystal Display)


TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi akan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Kemudian, tenaga elektrik disalurkan melalui setiap individu hablur yang mana membernarkan kristal untuk menyekat cahaya bagi menghasilkan imej. Krital LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dihasilkan oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton.

Tidak seperti TV Plasma. Disebabkan tiada phospor yang menyala, kurang tenaga elektrik yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya TV LCD sekaligus dapat mengurangkan haba. Selain itu, dengan teknologi TV ini, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.

Kelebihan

  • Skrin macam plastik dan ringan.

  • Kualiti imej sama macam TV Plasma.

  • Kurang silauan lampu dan cahaya kerana skrin bukan diperbuat dari kaca.

  • Risiko skrin untuk pecah adalah sedikit.

Keburukan

  • Berkemungkinan ada masalah untuk dead pix.

  • Tidak mesra alam kerana menggunakan raksa (mercury) semasa proses pembuatannya.

  • Agak mahal.

TV LED (Light Emitting Display)



Bila datang teknologi LED (ada 2 jenis iaitu Full LED & Edge LED), Sumber cahaya yang digunakan sebelum ni, ditukarkan dari lampu kepada LED. Ini membolehkan gambar lebih jelas sebab LED lebih fokus dan tak berkelip. Full LED disusun penuh dibelakang LCD. Kalau Edge LED, LED tersebut disusun hanya di sekeliling bingkai belakang skrin LCD.


TV LED tak sama macam TV biasa. Kualitinya pula bukan biasa-biasa je, tetapi luar biasa kerana LED menggunakan teknologi lampu LED yang terlalu banyak untuk menghasilkan imej pada skrin.

Kalau semasa korang menonton movie atau drama. Jika cerita itu memaparkan pada waktu siang ataupun pelbagai warna. Maknanya lebih banyak lampu LED akan beroperasi untuk menghasilkan imej cerita itu.

Sebaliknya, jika cerita itu mengisahkan pada waktu malam seperti di tempat-tempat gelap. Maka, hanya sesetengah lampu LED saja yang beroperasi yang selebihnya tidak beroperasi kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam. Sebab itu, TV LED ini menjimatkan tenaga elektrik.

Jika ada 2 - 5 lampu LED pecah atau rosak. TV LED masih boleh berfungsi seperti biasa. Cuma kita tidak tahu sejauh mana lampu LED boleh bertahan.

Kelebihan

  • Kualiti gambar cantik (HD)

  • Kurang berat kerana nipis.

  • Jimat tenaga elektrik sehingga 40%.

  • Life span, TV LED kurang menghasilkan haba dan saiz panel jadi semakin nipis serta mesra alam kerana menggunakan mercury free technology.

  • Warna hitam nampak lebih asli.

Keburukan

  • 50% lebih mahal dari LCD. namun harga itu semaking jatuh sehingga sekarang.

OLED/AMOLED (Organic Light Emitting Diode)


OLED/AMOLED pula adalah benda yang sama. Satu dari Sony, dan lagi  satu dari Samsung. Apa kelebihan dia? Sebelum ni, skrin LCD perlukan sumber cahaya dari belakang untuk paparkan cahaya. Dengan OLED, skrin LCD tersebut ditukarkan dengan OLED. Apa itu OLED? Ianya adalah LED Organik yang memancar cahaya dan warna tersendiri. Seluruh skrin diletakkan LED yang bersaiz nano yang akan memancarkan warna tersendiri mengikut signal yang diterima. Jadi, tak perlu lagi sumber cahaya di belakang skrin OLED ni.


Kelebihan

  • Lebih nipis (sebab tak perlu letak lampu atau LED kat belakang skrin).

  • Kontras image lebih tinggi.

  • Boleh hasilkan true black (bila image paparkan warna hitam, OLED yang berkenaan dekat area tersebut akan hanya offkan cahaya dia.

  • Nipis hingga boleh lentur.

  • Kurang guna tenaga (sebab tiada lampu/LED background).

Keburukan

  • Harga mahal.

Tuesday, May 28, 2013

Tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia



100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
P/s : Tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia