Friday, August 27, 2010

Tips Khusyuk Dalam Solat

ASSALAMUAALAIKUM SAHABAT SEKALIAN...

Mukadimah

HAri2 kita asek memikirkan teknik2 kuruskan badan, tips2 mencantikkan muka, teknik2 malam pertama (ops) dan sebagainya tapi kita lupa pula nak mencari tips2 bagaimana mendapatkan khasiat solat yg sebenarnya. kita asek mencari alasan kelekaan kita spt gangguan bising, gangguan syaitan dan sbgnya tapi hakikatnya kita tidak pula ingin menguatkan diri mencari kekhusyukan dalam bersolat.

TIps tips mudah

sebenarnya byk tips2 kita pelajari, tapi kebanyakkannya adalah dlm bentuk abstrak spt pastikan tempat solat bersih, ambil wuduk sempurna, solat dalam gelap dan sbgnya, tapi tiada gunanya jika kita solat tidak fokus kpd apa yg kita kerjakan.

ini ada tips yg lebih mudah kita buat.

1) LIHAT SEJADAH DAN BYGKAN GAMBAR KAABAH ITU SEOLAH2 ANDA DI HADAPANNYA KETIKA ITU.
Dgn cara ini, anda mendapat keikhlasan dan kesungguhan dlm bersolat kerana merasakan anda telah berada di dpn Rumah Allah.

2) FAHAMI MAKNA BACAAN DAN TERJEMAHKANNYA KETIKA SOLAT
Membaca tanpa tahu maksud apa gunanya. jika kita membaca di mulut tapi di waktu yg sama kita menlafazkannya di hati, kita akan lebih mengerti akan maksud kata2 kita itu dan melahirkan kekhusyukkan dalam solat. cthnya ketika menyebut Allahu Akbar ketika takbiratul ihram, pastikan di dalam hati anda menyebut "allah maha besar". begitu juga dgn bacaan lain.

Maksud Bacaan di dalam solat

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
daku dan maafkanlah akan daku.

3) MAKSUDKAN DI DALAM HATI APA YG DILAFAZKAN KETIkA DUA KALIMAH SYAHADAH.
smsa duduk tahiyat, pastikan ketika melafaz syahadah, kita tetapka dalam hati dgn berkata "tiada tuhan selain Allah, nabi muhammad pesuruh Allah"

4) KETIKA INGIN MEMBERI SALAM PERTAMA, ANDAIKAN ITULAH KALI TERAKHIR KITA BERSOLAT KPD ALLAH.
bila kita merasakan kita akan mati selepas selesainya solat itu, kita akan lebih menghargai kerja2 kita dan mencintai solat lantas kita tidak leka dan mengharapkan solat itu akan membantu kita di akhirat kelak.


Semua tips ini bukanlah 100% berhasil jika kita tiada usaha utk melahirkan keikhlasan dalam bersolat. oleh itu, berusahalah utk menunaikan solat dgn tekun dan bersungguh, bkn terpaksa atau dlm keadaan malas. nescaya kita akan menemui kekhusyukan itu.

AAMIIIN...

Monday, August 9, 2010

4 Faedah Bertudung..(perempuan kena baca)

1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa

•Wanita yang sentiasa beriman dan taat,pasti akan mengikut perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan perkara yang dilarang dalam Islam.
•Berbeza dengan orang yang tidak beriman,mereka amat ingkar perintah Allah dan Rasulullah S.A.W.
•Pendek kata,ada sahaja alasan untuk menolak ketetapan Allah
•Maka,renungi ayat berikut :
“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka mengenggamkan tangannya(kikir).Mereka telah lupa kepada Allah,maka Allah melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasiq”

2. Mampu mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat

•Andainya seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dalam keadaan amat seksi,sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat jahat untuk “mendapatkan” wanita itu atau wanita lain seumpamanya bagi tujuan memuaskan nafsunya.
•Tapi berbeza pula jika diperlihatkan wanita solehah yang sentiasa menjaga adab muslimah iaitu lengkap berjilbab.
•Pasti sejuk mata memandang dan terdetik rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki.Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.
•Dalam ayat lain,Allah menyatakan perihal sama tetapi memberi focus keoada suara wanita :
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhatijahat)

3. Membezakan wanita itu muslim atau non-muslim

•Berdasarkan tafsir Ibn Katsir,jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka dimana orang yang merdeka wajib bertudung.
•Manakala dalam tafsiran yang lain,dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
•Wanita Muslimah adalah wanita yang bertamadun.

4. Jilbab mampu menghalang penyakit kulit

•Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitive berbanding kulit lelaki.
•Maka,kulit wanita memerlukan system penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki
•Persekitaran kita kini begitu bahaya kerana terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran.
•Contohnya,udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu ( dangerous particles) ditambah pula dengan pencemaran cahaya serta radioaktif.
•Pencemaran cahaya berpunca dari penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara,lalu sinar matahari yang berbahaya mudah terlepas ke permukaan bumi mengakibatkan gagal ditapis oleh ozon.
•Maka,alternative terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini tentunya berpakaian baik iaitu mampu menutupi semua bahagian badan yang sensitive.
•Ia sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab.
•Ia sungguh relevan pada hari ini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita,terutama wanita yang lebih jauh sensitive terhadap kesan pencemaran tersebut.
•Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjang,maka pakailah pakaian yang menutup aurat.
•Ia lebih selamat dan dijamin oleh Allah sejak dahulu lagi.