Saturday, December 19, 2009
Isu kesihatan agar mengusarkan kita akhir-akhir ini
1. Pewangi Kereta
Pewangi kereta kenderaan mengandungi benzene yang meruwap. Walaupun kadar pembebasannya masih pada tahap selamat tetapi kita kena berhati-hati.
(i) ketika kereta berjemur, tahap pembebasan hingga ke tahap 400ppm
(ii) pendedahan berterusan (>4 jam) semasa perjalanan jauh
(iii) pemakaian setiap hari
Bahaya benzene:
(a) mengandungi pengalak kanser (karsinogen)
(b) merosakkan buah pinggang, hati, pengecutan tulang, otak, leukemia
(c) menggangu DNA, peredaran haid, memberi kesan kepada fetus dalam kandungan
(d) mengurangkan sel darah merah, anemia
Tanda-tanda keracunan, gangguan benzene – pening, muntah, mengantuk, sesak nafas, sakit perut, kematian.
1. Minuman berkarbonat yang mengandungi SodiumBenzoate + Vitamin C. Ujian di Malaysia mendapati kadar benzene hasil tindakbalas kimia dalam sekitar 3.2ppb hingga 12.6ppb. Masih dianggap selamat, bagaimanapun,penggunaan berpanjangan, simptom dan kesan juga sep erti Pewangi Kereta.
2. Berhati-hati dengan ikan yang dikenakan ais, tetapi masih segar, berkilat, insang masih merah. Kemungkinan ada kimia sep erti formaldehyle(fomilin) salahsatu jenis bahan dalam pengawetan mayat. Antara tanda-tandanya, lalat menjauhi ikan tersebut. Berhati-hati dengan ayam yang melebihi saiz dan berat dan “segera dewasa untuk tuai�? kerana dikhuatiri disuntik dengan bahan penggalak berasakan kimia berbahaya, penggubah DNA atau unsur haiwan.
3. Seramik-seramik MADE IN CHIN@ , didapati selain tanah liat, terdapat unsur lain sep erti abu tulang binatang-binatang. Tahap bahayanya belum dibuat lagi.
4. Berhati-hati dengan produk bebola ikan, kicap, roti kerana terlalu kerap serbuan oleh pihak berkuasa premisnya didapati kotor, berlumut, berlalat, terdapat najis haiwan dan aspek-aspek kebersihan tidak dijaga oleh para pekerja mahupun pengurusan.
5. Berhati-hati dengan sayur. Penggunaan racun makhluk perosak (merosakan hati, sistem pernafasan, usus) boleh masuk ke dalam tubuh manusia jika tidak dibasuh dengan cara yang betul. Digalakkan direndam melebihi 5 minit menggunakan cuka (sebaiknya jenis buah-buahan/cecair pencuci khusus untuk sayur)
6. Minyak-minyak terkena angin yang melegakan mual, sakit perut dan pening dalam kadar segera. Ianya bertindak dengan mencairkan darah dan kita berasa sembuh dengan cepat. Bagaimanapun penggunaan di hidung yang berlebihan dan pemakaian terlalu kerap dan banyak boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, saluran pernafasan dan kerosakan hati.
7. Berhati-hati dengan daging lembu yang dibawa secara tidak sah ke negara ini. Dikhuatiri dijangkiti virus “lembu gila�? yang boleh merosakkan otak dan kematian. Susah nak beza, elakkan dulu makan daging, kalau masih mahu juga dapatkan daripada pengeluar tempatan.
8. Berhati-hati dengan semua jenis mee terutama mee segera. Kalau nak makan juga, buang air rebusan pertama kerana terdapat unsur pelekat dalam mee tersebut yang berbahaya kepada usus dan buah pinggang. Tahapnya masih selamat dan dibenarkan, dikhuatiri penggunaan berpanjangan memberi kesan yang tidak baik.
Semoga maklumat ini menjadi manfaat kita bersama untuk dijadikan panduan sahaja. Keputusan dan hak ditangan anda.
Tolong sebarkan email ini jika anda sayangkan rakan-rakan dan
keluarga anda!!
Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang
mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada
kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis
bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric
dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika
memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan
masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang,
kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem
pembiakan.
Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan
jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik sep erti
pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk
mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada
kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi
pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand
atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut.
Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya
disebabkan bahan kimia yang terdapat
dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam
makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan
semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan
berkilat sep erti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah
melamine.
Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan
bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu
melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk
crystal sep erti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah
pinggang.
Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu
kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit
buah pinggang di China disebabkan oleh
bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat
kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan
telah membunuh beratus-ratus binatang
peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan
pinggan melamine.
Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia
termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk
keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat
dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan
tidak beracun.
Banyak kerajaan di Eropah , New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat,
dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk
pinggan yang diperbuat daripada melamine.
Khas untuk kita yang nak sihat
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .
Khasiat - Khasiat Makanan
Masakkannya dengan membubuh susu lembu asli. Nasi tersebut boleh menambahkan air mani dan menguningkan warna kulit badan.
KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR BASAH
1- Menguatkan hati dan jantung.
2- Menguatkan emosi.
3- Mengubati penyakit batuk.
4- Menguningkan warna kulit.
5- Menghilangkan perasaan marah.
6- Mencairkan lendir dan kahak.
7- Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
8- Menghilangkan bau mulut yang busuk.
9- Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah dihadam.
10-Menghilangka rasa pedih dan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
KHASIAT BUAH ZAITUN
1- Melambatkan rambut dari beruban.
2- Melawaskan perut.
3- Melicinkan dan melembutkan kulit, juga mengeluarkan parasit.
4- Minyaknya yang bergaram jika disapukan ke kulit yang terkena api, dapat menghilangkan lecur.
KHASIAT BUAH TIN
1- Jika dimakan buah yang kering (tidak terlalu banyak) :
a- Terhindar dari bahan-bahan keracunan.
b- Melicinkan tekak dan dada.
c- Mencucikan hati dan jantung.
d- Membersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus.
2- Jika dimakan buah yang masih basah (segar) :
a- Jika dimakan bersama buah pala, sekiranya sebelum terminum / termakan racun pembunuh, Insya Allah terselamatlah (jadi tawarlah racun).
b- Menghilangkan penyakit buasir.
3- Jika dimakan seperti biasa, dapat :
a- Mempercepatkan pertumbuhan gigi.
b- menyembuhkan penyakit bengkak telinga.
KHASIAT BUAH BIDARA
Buah yang pertama kali dimakan oleh Nabi Adam Alaihi salam.
1- Boleh menguatkan kecerdasan otak.
2- Melicinkan perjalanan usus-usus.
3- Menghilangkan penyakit kuning.
4- Mencantikkan kulit.
5- Membuka selera makan.
6- Menghilangkan kahak.
7- Menghilangkan penyakit lambat hadam.
- Ianya boleh dimakan sama ada buah yang masih segar atau kering.
KHASIAT BUAH TEMBIKAR DENGAN BUAH KURMA
Ianya dapat meredakan kepanasan dalam badan dan menghadamkan makanan dalam usus.
Caranya: Hendaklah dimakan kedua buah tersebut sebelum memakan makanan lain.
KHASIAT BUAH DELIMA
Buah yang manis :
1- Membaikkan usus-usus dan menguatkannya.
2- Ianya kurang sesuai untuk orang demam.
3- Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur.
4- Untuk membersihkan bahagian dalam halkum dan sesuai mengubati batuk.
Buah yang masam :
1- Melawaskan kencing.
2- Menyucikan perut dan mencegah dari muntah.
3- Menurunkan kepanasan hati dan menguatkan anggota badan.
4- mencegah penyakit bagi hati dan penyakit dudina.
Boleh mengubati penyakit kuning mata putih :
- Ambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu, kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.
Khasiat Bijinya:
1- Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk.
2- Jika menelan 3 bijinya akan terhindar sama sekali dari sakit mata untuk sepanjang tahun itu.
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
Informasi tentang gula
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh.Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh.
Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!
Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yanglain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga. Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi 16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia? Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi diMalaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah! "Kita adalah apa yang kita makan".
Selamat maju jaya!
4 Cara Hentikan Dengkur
1. Mengubah posisi tidur
Dengkuran berbunyi ketika posisi tidur terlentang sehingga lidah tertarik ke belakang dan aliran udara mengalami penyempitan. Oleh itu, cubalah ubah posisi tidur kpd mengiring agar terhindar dari berdengkur.
2. Turunkan 10% berat badan
Orang yg overweight atau mempunyai berat bdan berlebihan mempunyai jaringan leher yg tebal dan memungkinkan timbulnya risiko berdengkur. Jika anda salah seorang daripadanya turunkan berat badan anda kira-kira 10%. Ia dapat membantu menghentikan kebiasaan yg menganggu tidur itu.
3. Hindari alkohol dan ubat penenang
Ubat penenang seperti pil tidur atau alkohol dgn kadar rendah boleh menyebabkan berdengkur kerana ia akan menekan pernafasan anda. Oleh itu, jauhi kedua-duanya.
4. Hirup wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan dengkuiran. Salah satu cara utk menghindari hidung tersumbat ialah engan meyedut wap air sebelum tidur.
Friday, December 11, 2009
Rahsia : 25 Tanda-tanda Sakit
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
- 1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
- Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
- Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
- Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
- Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
- 2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
- Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
- Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Bersin ;
A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- 3.BATUK
- Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
- Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
- 4.KERONGKONG
- Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
- Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
- 5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
- Bibir pucat
A. Sistem penghadaman yang lemah.
B. Perut mengandungi angin.
C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
- 6.MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
- Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
- Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
- Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
- 7.TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)
- Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
- Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
- 8.KULIT BERPELUH :
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
- 9.RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
- 10.KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
- 11. KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
- 12. RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
- 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
A. Sakit Sendi
- Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
- Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
- Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
B) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.
F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
- 14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
- 15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
B. MUNTAH DARAH
- Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
- 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
- 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
- 18. KENCING
A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
B) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
- 19. BUANG AIR BESAR
A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
C) NAJIS BERDARAH
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berlaku.
- 20. BADAN
A) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.
- Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang
berlebihan.
C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.
D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
- 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
- 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.
- 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
- 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.
Thursday, December 3, 2009
MISTERI SEGITIGA BERMUDA MISTERI SEGITIGA BERMUDA
Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga
segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga kini. Kalau kita ambil
kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yang
berbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang
sama ia juga menyimpan misteri.
Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda tentu pernah
mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling tidak kehilangan skuadran
TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort Lauderdale, Florida pasti
mendatangkan pelbagai tanda tanya.
Apa yang ada di Bermuda Triangle?
Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke
utara. Anda dikira 'hilang' . Satu lagi tempat dikenali sebagai "Devil's Sea"
oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai
laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan serupa.
Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki,
sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan okey. Radar
di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka berada. Semuanya kelihatan
normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud
sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi
apa-apa kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib!
Apa yang sebenarnya telah berlaku?
Teringat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda, maksudnya, "Apabila salah seorang berada di tempat yang
terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya
bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan
sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan
tempat itu)."
Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling
digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini
terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan
Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus - panas
dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.
Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara-perkara
aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas
dan sejuk dan 'istana' syaitan yang mungkin tersembunyi di situ.
Berdasarkan sebuah buku bertajuk "Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segi
tiga Bermuda" oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang mendedahkan
bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan
muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan
oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam
memiliki semua jawapan untuk semua persoalan.