Anda berasa selesa dengan kerjaya anda sekarang? Jika jawapannya 'YA', anda harus sentiasa ingat bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh membunuh karier anda secara perlahan-lahan. Antara faktor-faktor yang perlu diperhatikan adalah seperti :
1. BANGGA DIRI
Kejayaan demi kejayaan di tempat kerjaya membuatkan kita lupa diri seketika. Kita sentiasa merasakan apa yang kita lakukan semuanya betul dan merasakan rakan sekerja semuanya salah. Ini adalah permulaaan perjalanan kita berada di tahap yang lemah dan merosot dalam kerjaya. Usah terlalu ego dan riak kerana kita sentiasa akan dinilai oleh majikan dan juga rakan sekerja. Sikap bangga diri yang keterlaluan bukan sahaja membuatkan rakan-rakan sekeliling menjauhi kita, malahan reputasi kerja kita juga secara tidak langsung akan terjejas.
2. MARAH
Kita kena kawal perasaan amarah kita. Kemarahan yang tidak bertempat tidak akan memberi keuntungan apa-apa pun. Sebenarnya tidak seorang pun rakan-rakan sekerja kita suka melihat kita marah. Marah juga menyebabkan reputasi kerja kita rosak sikit demi sedikit tanpa kita sedari. Seseorangn yang suka marah sememangnya tidak punya ramai kawan atau sahabat. Oleh itu pastikan kita dapat mengawal kemarahan kita. Jika kita mengawal kemarahan kita, ianya mudah untuk kita menjalankan tugasan yang diberi dan dapat diselesaikan dengan mudah dalam jangka masa yang ditetapkan.
3. IRI HATI
Penghargaan akan diberi kepada setiap pekerja yang melaksanakan prestasi kerja yang cemerlang. Bagi sesiapa yang belum mendapat penghargaan daripada institusi jabatan kerana kita belum layak untuk menerimanya, maka janganlah kita berasa irihati. Seharusnya kita menjadikan rakan-rakan kita yang berjaya sebagai salah satu motivasi diri supaya kita kuat kerja dan melipatgandakan usaha untuk memajukan diri sendiri. Sikap irihati yang keterlaluan tidak elok kepada kerjaya kita.
4. TIDAK RAMAI KAWAN
Kita harus ingat untuk menjadi seorang pekerja yang baik, kita harus berkawan dengan semua rakan sepejabat. Jangan wujudkan 'KASTA' antara majikan dengan pekerja bawahan. Sikap saling tolong menolong dan bantu membantu dapat memajukan lagi kerjaya kita. Jalan menuju kejayaan terletak pada cara kita bergaul dan cara kita membuat satu keputusan dengan rasional. Apabila kita ramai kawan, apa sahaja yang kita hendak laksanakan pasti memerlukan kerjasama. Tetapi jangan silap memilih kawan, jika kita silap memilih kawan kerjaya kita akan merosot. Oleh itu pilihlah kawan yang boleh membantu dan menjadi pendengar yang baik.
5. MUDAH MERASA PUAS
Setelah kita berjaya mencapai ke satu tahap yang baik. Jika jangan mudah merasa puas. Jika kita leka ianya akan membawa kerosakan. Seelok-eloknya kita harus sentiasa memastikan bahawa kejayaan yang kita kecapi adalah hasil daripada usaha yang berterusan dalam membina kerjaya yang kita kehendaki...
Sumber : MIDI 15 September 2008 oleh REENA ZOLKEPLEE
No comments:
Post a Comment