Sebut sahaja hubungan intim, di fikiran sudah membayangkan sebuah kamar tidur yang dibayangi sinaran rembulan.Cukup romantis dan mempesonakan.Kerana itu tidak hairanlah kebanyakkan pasangan gemar memilih waktu tersebut untuk berasmara.
Hakikatnya,seks tidak diwajib dilakukan sebaik melabuhkan tirainya bahkan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pagi,tengah hari ataupun petang.Bagaimanpun,terdapat kajian menunjukkan seks dilakukan pada waktu-waktu berbeza mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Tengah hari - panas dan terang
Tengah hari sering dijadikan waktu berehat setelah penat melakukan kerja dari pagi.Sama ada dipejabat mahupun di rumah,waktu berkenaan selesa dipilih bagi melepaskan lelah seketika.
Bagaimanapun,untuk berasmara pada waktu tersebut mungkin tidak selesa kerana cuaca yang panas dan keadaan yang terang sekali gus membuatkan mood romantik yang diinginkan terbantut.
Apalagi untuk menghidupkan rangsangan seksual,sudah tentu mustahil.Ditambah pula setelah selesai ejakulasi,pasangan tentunya berasa lebih penat dan akhirnya tertidur.Secara tidak langsung,ia benar-benar mengganggu dan menjejaskan produktiviti kerja.
Malam-lebih sensasi romantikSejuk,selesa,tenang dan romantis.Mungkin itulah gambaran yang sesuai diberikan saat melakukan hubungan diwaktu malam.Satu bonus sekiranya kediaman anda terletak jauh dari kesibukkan kota sambil di keliling bukit bakau yang menghijau.
Berduaan dalam kamar peraduan pasti membibitkan rangsangan seksual biarpun dengan sentuhan yang tidak disengajakan.Mungkin kerana ini rata-rata pasangan gemar memilih waktu malam sebagai saksi cinta mereka.
Lazimnya,setelah penat beradu kekuatan hormon adrnalin yang dikeluarkan membuatkan suami isteri keletihan dan mengantuk.Sekiranya terlena di ketika ini,tentunya mimpi yang dialami lebih indah dan meyeronokkkan disebabkan waktu yang dipilih amat sesuai untuk beristirahat.
Pagi-segar dan tenaga
Nyenyak beradu semalaman,tubuh pastinya lebih segar dan bertenaga saat bangun pada waktu pagi.Tentunya keadaan sebegini mendorong anda melakukan hubungan intim bersama pasangan dalam suasana yang sejuk dan sunyi.
Kebiasaannya,lelaki masih menyimpan sisa eraksi yang berlaku secara spontan ketika tidur malam tadi.Dari situlah ia merangsang sekaligus membangkitkan keghairahan untuk melakukan hubungan seksual.
Bagaimanapun,kesibukan bersiap ke pejabat sedikit sebanyak menggangu kelancaran aktiviti tersebut.Mungkin,jika berlangsung sekalipun ia sedikit sebanyak mencetuskan rasa kurang selesa dan tergesa-gesa.
No comments:
Post a Comment