Wednesday, January 23, 2013

Tutorial Cara Senang Nak Block Laman Web Lucåh

Tutorial Cara Senang Nak Block Laman Web Lucåh


Kalau nak block website lucah ..saya sarankan guna OpenDNS..ianya percuma & OpenDNS sentiasa update senarai website2 lucah di database nye.
Tutorial ni berdasarkan OpenDNS Family Shield : http://www.opendns.com/home-solutions/parental-controls#family (tidak perlu daftar di web tersebut. Just ikut cara saya di bawah)
1 . Mula², kita kena setkan OpenDNS di dalam modem/router kita.
- Buka IP config modem & login, biasanya 192.168.1.1
- Setiap modem berlainan jenama adalah berbeza interface config nya, tp biasanya, tempat nak tukar DNS tu dia akan tulis DNS. 
Saya tunjuk contoh modem Aztech DSL-1015EN(L)
Lepas jumpa bahagian nak masukkan DNS, sila masukkan kedua² DNS ni :
Primary : 208.67.222.123
Secondary : 208.67.220.123
Selepas itu, klik save & restart/reboot modem anda, penting!
2 - Selepas itu, korang kena clear/flush cache DNS korang..
- Buka Command Prompt : taip ipconfig /flushdns 
- tekan enter dan ia akan bagitau : Succesfully Flushed DNS Resolver Cache
3 - Lepas tu, bukak link ni : https://store.opendns.com/familyshield/welcome/ untuk test samada Modem kita dah pakai DNS yg kita dah set td. kalau menjadi, ia akan cakap mcam ni : 
Kalau tak keluar macam ni, maybe korang ada silap setting DNS td / tidak restart modem
So dah siap....
Jadi, dah boleh mula test menjadi ke tak cara kita ni....
Cara nak test banyak mane web lucah dia dapat block, ikut cara ni :
- cuba taip apa2 keyword lucah seperti (porn atau sex )
lepas tu, bila senarai web lucah di google dah keluar semua tu, try la klik satu2 setiap web... kalau OpenDNS td berkesan, mesej ni yg korang akan dapat
Lepas tu....cuba la test bukak web lucah guna wireless pulak...
Jadi, lepas ni dapatlah korang kawal pengunaan internet di rumah korang, nak elak anak2 atau family korang layan web blue...
Ada apa2 pertanyaan ? Senang je nak setting ni..cuma macam saya cakap td...setiap modem berlainan jenama, bahagian nak set DNS pun berbeza...

No comments: