Petua Mencegah Mata Rabun

- Pilihan 1: Ambil Periuk Kera dan masakkan dalam periuk. Ambil air rebusan tersebut dan sapukan pada mata anda setiap pagi atau malam.
- Pilihan 2: Ambil Akar Jambu Batu dan
rebus dengan 3 gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga airnya tinggal 1
gelas. Tapis air rebusan itu dan minum. Amalkan selalu.
- Pilihan 3: Ambil 1 genggam bunga
Tongking dan rebus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Setelah air
rebusan ini sejuk, tapis airnya dan minum. Amalkan selalu.
- Pilihan 4: Ambil 30 helai daun Sirih
dan rebus bersama 1 gelas air sehingga mendidih. Minum setiap pagi. (Air
rebusan ini boleh digunakan untuk diminum sebanyak 4 kali lagi)
- Pilihan 5: Rebuskan batang dan daun Bayam Merah dan makan sebagai ulam bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.
- Pilihan 6: Kupaskan kulit Bawang Putih dan tumbuk atau hiriskan. Masukkannya ke dalam masakan harian anda.
- Pilihan 7: Ambil teras kayu Merungai dan rendam dalam air kelapa selama 5 minit. Kacau rata dan minum selalu.
- Pilihan 8: Sediakan 20 helai daun
Sirih dan satu oz. kunyit. Parut kedua-dua bahan tersebut. Letakkan di
atas penapis, tuangkan air panas dan perah.Minum air yang sudah ditapis
sebanyak 2 gelas setiap hari.
No comments:
Post a Comment