Saturday, May 22, 2010

Korang Terasa Berat Dan Malas Untuk Melakukan Solat

Assalamualaikum,

Banyak sebab kenapa kita malas solat, pertamanya..Dosa, mungkin ramai yang sedar..setiap hari korang melakukan dosa...yang banyaknya Dosa mata dan mulut, Maki hamun orang, kutuk dan fitnah orang..Siaran2 TV, Drama banyak memaparkan..Artis2 yang tidak menutup aurat..

Dosa itu menghalang Hidayah dari Allah, Selain itu Dosa juga menyusahkan seseorang itu untuk menerima Ilmu pengetahuan..

Kedua, Kemungkinan seseorang yang malas solat itu menghadapi Gangguan Makhluk Halus..Kaedah untuk melawan makhluk halus tanpa pergi ke mana pusat rawatan bergantung kepada individu itu sendiri..aku akan sertakan topik ni dengan Audio MP3 Ruqyah yang boleh dimuat turun secara percuma kat sini..



http://chullenmn.multiply.com/music/item...h_20_songs

Bacaan Ayat suci Al-Quran seperti Ayat Ruqyah ini juga bertujuan untuk mencuci hati seseorang dari kotoran dosa yang telah dilakukan..Moga Diampuni Oleh Allah S.W.T.

Ketiga, Hawa Nafsu..Manusia diciptakan dengan Nafsu, hawa nafsu dan nafsu adalah berlainan..Hawa nafsu bermaksud kehendak kepada kaum hawa..nafsu pula adalah kehendak..contohnya bila seseorang itu lapar, dia akan mencari makanan..

Pernah diceritakan nafsu ni..pernah direjam di dalam Api Neraka sebanyak 3x..barulah diberikan kepada manusia..

"HAWA NAFSU BOLEH DIKALAHKAN DENGAN BERPUASA, UNTUK MENGELAKKAN SESEORANG DARI BERHAWA NAFSU, SESEORANG ITU PERLULAH MENJAUHI DARI PERKARA-PERKARA YANG MERANGSANG SYAHWAT, SEPERTI MENJAUHI DARIPADA BAHAN-BAHAN LUCAH..ATAU MAKAN BENDA-BENDA YANG BOLEH MENINGKATKAN SYAHWAT SEPERTI "LAuk Kari"..Sebenarnya banyak lagi kaedah lain yang boleh mengalahkan nafsu..

Hawa nafsu juga boleh dikalahkan dengan hati dan iktikad dan azam yang baik dan berterusan..untuk mendapat hati yang baik, perbanyakkanlah bacaan Al-Quran..Sekurang-kurangnya Surah Yassin..try buat 3x sehari selama 7 hari berturut2..

Keempat, Adalah kerana hati kita kosong, berapa ramai orang islam yang berpaling dari mendengar kuliyah-kuliyah agama..bila hati kita kosong, kita akan mudah terjebak dengan benda2 maksiat..tambah2 ni zaman moden..orang nak bagi peringatan pun takut..takut kena kutuk Ortodoks..atau ketinggalan zaman..

tempat untuk dengar kuliyah agama..

http://www.kuliyah.net
http://www.myceramah.com

ini adalah cara yang aku praktikkan, iman manusia bukanlah iman seperti para Nabi, yang sentiasa naik...Iman manusia kadang2 naik..kadang2 turun..sebab tu kena sentiasa berhati2..

beruntung kepada orang yang tinggal dekat dengan Masjid dan Surau..Kalau nak iman kita sentiasa kuat dan solat kita susah untuk ditinggalkan..datang solat berjemaah tanpa meninggalkan takbir pertama selama 40 hari..selain itu, boleh juga praktikkan sembahyang sunat..rawatib, cuba jangan tinggal solat sunat rawatib..yang solat sunat sebelum/selepas solat sunat fardhu..

tapi sembahyang, biar cukup rukun, wudhuk biar betul2..Kalau tak pasti cubalah tanya Ustaz-ustaz atau tok imam yang ada kat masjid tu..

Insya'Allah..


Sekiranya ada yang salah dalam posting ni, tolong tegur..semoga kita diberkati Allah..

No comments: