salam, posting harini adalah berkenaan dengan perkataan tu.. sebenarnya perkataan "melayu" tu adalah merujuk kepada salah satu bangsa/kaum di malaysia, tapi sejak kebelakangan ni perkataan tu dah digunakan dengan situasi-situasi yang tak betul..
contohnya:
"alah, biasa lah tu, datang lambat, janji melayu lah katakan"
"kotor betul lah rumah orang tu, alah biasalah, melayu, memang lah pemalas"
"ape ni meniaga, makan tak sedap, tapi jual mahal-mahal, macam mana melayu nak maju"
"malas, pengotor, tak tepati janji, bodoh, sombong, bongkak, ini lah melayu, tah bila nak berubah agaknya"
dan yang paling kelakar, perkataan-perkataan macam ni, keluarnya dari mulut orang melayu jugak..
pernah tak kita kaji, kenapa "kata2 adalah senjata yang paling merbahaya"
"kata2 lebih tajam dari pisau", "kata2 adalah senjata orang2 mukmin"
sebab, setiap apa yang diperkatakan kita, walaupun kita tak suka ataupun tidak berniat, jika di sebut berterusan, perkara itu pasti jadi..
contoh yang ringkas bahawa kata2 tu bahaya:
"seorang gadis melaporkan kepada polis bahawa beliau dirogol oleh sipolan bin sipolan"
walaupun sipolan ni tak bersalah, tapi dia pasti ditahan untuk disoal siasat..
"seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada seorang pesalah, walaupun pesalah itu tentu bersalah atau tidak bersalah"
pesalah ini boleh terbunuh dengan hanya kata2 hakim itu tadi..
jadi, itu satu contoh dimana kata2 ini adalah senjata ataupun tools yang paling berharga, tapi kenapa semua orang seakan2 tak faham dengan perkara ini? sesedap rasa menjadikan perkataan "bangsa melayu" untuk dikaitkan dengan kelemahan seseorang..
tak mustahil satu hari nanti kita akan dapat dengar perkataan seperti ni "kau ni melayu lah!!!"( nada marah, dan digayakan untuk mengherdik)
melayu tak bersatu.. ini betul, melayu tak bersatu, tapi kerana apa? kerana pemimpin? kerana ulama? kerana penjaga bangsa? bukan.. tapi kerana diri sendiri.. diri sendiri telah menanamkan sikap benci kepada orang melayu sendiri, diri sendiri telah menanamkan sikap tidak percaya kepada bangsa melayu sendiri dan diri sendiri telah mengatakan mahu mengubah orang melayu yang berfikiran 3rd class.. padahal diri sendiri itu pun sedang berfikiran 3rd class, sambil memperlekehkan orang lain yang sebangsa melayu.. jika dilihat secara teliti, keburukan2 yang dilakukan melayu itu bukan lah dilakukan oleh orang melayu saja, bangsa2 lain pun turut melakukan kesalahan ataupun tabiat buruk seperti diatas.. malayu pendengki? bangsa lain pun ada yang pendengki.. melayu berlagak? bangsa lain pun ada yang berlagak.. melayu malas? bangsa lain pun ada yang malas.. melayu miskin? bangsa lain pun ada yang miskin.. tapi kenapa perkara2 ni difokuskan kepada orang melayu sahaja? dan yang paling menyayat hati, ianya di war2kan oleh bangsa melayu sendiri.. mungkin tujuannya adalah untuk membangkitkan kesedaran, dan untuk menggalakkan perubahan kepada melayu, tetapi caranya dah salah.. cara yang betul adalah melalui perbuatan, bukan dengan kata2... perbuatan dari diri sendiri, bukan menuggu perbuatan orang lain.. dan jika betul ingin menggunakkan kata2, gunakan lah kata2 yang positf..
semua manusia adalah sama, tiada perbezaan... bangsa adalah kelainan dari segi kulit, bahasa dan budaya.. jika seorang baby cina di bela oleh orang jepun sedari umur 1bulan, adakah baby ini akan bercakap bahasa cina? mengamalkan tarian singa? menyambut chinese new year? pastinya tidak..
dan jika baby cina ini dibela oleh orang korea? adakah dia masih digelar orang cina?
Nabi Muhammad S.A.W bersabda "“Barangsiapa meniru suatu kaum maka ia termasuk dari kaum tersebut”"
untuk mengubah dunia, kita kena ubah diri sendiri, kerana mengubah diri sendiri adalah lebih mudah dari mengubah diri orang lain, dan buangkan sikap berfikiran negatif, berfikiran positif terhadap satu sama lain..
No comments:
Post a Comment