Thursday, September 17, 2009

Petua 4

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG


Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ).. Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan... insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju).. Dan amalkanlah selama satu bulan.

Petua 3

PETUA KECANTIKAN WAJAH


34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker...biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba..

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya...Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya..

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah.......lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

Petua 2

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING


Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Petua 1

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv.. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.

9 Jenis Anak Syaitan

Sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah
kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk

dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar
Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, taksedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak
lemak.Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm

Wednesday, September 16, 2009

Nama2 Jepun Yang Pelik

Nama2 Jepun Yang Pelik
1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang masih gatal - ICHI BAWA

10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA

11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI

10 Mayat tidak busuk

Untuk renungan bersama, insyallah. Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra, sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Monday, September 14, 2009

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SECARA UMUM DAN MAKLUMAN PERUBATAN UMUM.

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SECARA UMUM DAN MAKLUMAN PERUBATAN UMUM.

  • Kesihatan badan, perasaan dan mental adalah penting utk menjamin kesihatan badan secara umum.
  • Penjagaan makanan dan senaman yang berpadanan adalah penting untuk penjagaan tubuh badan.
  • Kasih sayang antara manusia dengan TUHAN akan membuahkan rasa sayang sesama manusia. Rasa sayang inilah yang menjadi makanan bagi kesihatan jiwa dan mental kita. Oleh itu berusahalah kita untuk menjadi hamba TUHAN yang sepatutnya dan berusahalah menjalin kasih sayang sesama manusia; terutamanya hubungan kasih sayang di kalangan suami isteri dan anak- anak. Bagi seorang muslim; solat 5 waktu janganlah ditinggalkan.
  • Dalam kita menjalankan tugas harian kita; pastikan diri kita diaturkan dan didisiplinkan; seperti didahulukan perkara-perkara yang lebih penting dan utama. Dicatitkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita lupa. Dengan itu; urusan harian kita akan lebih tersusun dan teratur; supaya kita lebih bersikap tanggungjawab. Hasilnya; fikiran dan perasaan kita akan lebih tenang dalam menjalankan tanggungjawab harian.
  • Elakkan daripada merokok, mengambil minuman keras, seks bebas dan mengambil dadah (Peringatan kepada warga UIAM,muliakan sahabat anda tanpa mengagihkan kepulan ketagihan anda)
  • Bersenam secara tetap / harian – sekurang kurangnya 20 minit sehari.
  • Makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang; kurangkan pengambilan lemak, garam, gula, pewarna dan pengawet. Lebihkan sayur- sayuran dan buah-buahan, karbohidrat dan protein ikut keperluan. Elakkan makan makanan ringan / segera.
  • Sarapan pagi – eloklah kurangkan pengambilan nasi lemak, roti canai, mee goreng dan nasi goreng; kerana ianya mengandungi kalori yang tinggi dan menggemukkan dan meninggikan paras kolesterol di dalam darah. Ianya eloklah diganti dengan mee hon, laksa, capati, tose, roti kering dan lain-lain.
  • Elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, usus, otak, limpa, hempedu, paru paru dan lain-lain kerana ianya mengandungi kolesterol dan uric acid yg tinggi.
  • Kurangkan pengambilan daging merah kerana tinggi kolesterolnya; ianya seperti daging lembu, kerbau, kambing, babi dan lain lain. Ianya diganti dengan mengambil daging putih seperti daging ayam; terutamanya bahagian dada ayam kerana kurang kolesterol. Kulit ayam dan kuning telur ayam banyak mengandungi kolesterol. Oleh itu; cuba elakkan mengambilnya; putih telur boleh dimakan.
  • Kurangkan pengambilan santan kelapa dan minyak kelapa eloklah diganti dengan minyak zaitun / bunga matahari atau minyak jagung.
  • Kurangkan pengambilan makanan ketika makan malam.
  • Elakkan mengambil susu pekat manis dan air berkarbonat untuk mengelakkan kencing manis.
  • Minum air yang telah ditapis/ disuling dan dimasak.
  • Buatlah pemeriksaan doktor secara tetap ; sekurang kurangnya setiap 3 bulan, walaupun tiada tanda tanda penyakit / sakit. Ianya sangat penting; terutamanya bagi mereka yang telah berumur 30 tahun ke atas; lebih lebih lagi sekiranya ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi di dalam ahli keluarga; terutamanya ibu bapa. Pemeriksaan tekanan darah / gula / kolesterol dan uric acid adalah sangat-sangat penting kerana ianya berkait rapat dengan pemakanan kita. INGAT ! Darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi adalah “MUSUH DALAM SELIMUT” kerana ianya boleh mendatangkan penyakit strok, buta mata, rosak buah pinggang dan serangan jantung dan lain-lain. Seseorang mungkin tiada tanda-tanda awal sebelum mengalami sakit-sakit tadi secara tiba-tiba dan boleh membawa kematian mengejut atau merana sakit yang kronik; seumpama rosak buah pinggang atau lumpuh sebelah badan.
  • Sebaiknya dibuat pemeriksaan darah secara menyeluruh seluruh badan dan ujian kencing; juga ujian saringan atau screening test bagi penyakit kanser bagi mereka yang telah berumur 50 tahun ke atas.
  • Bagi pasangan bakal-bakal pengantin; eloklah dibuat ujian screening untuk penyakit Hepatitis B, sakit kelamin sepert VDRL/TPHA , HIV dan lain-lain bagi mengelak penyakit-penyakit bahaya seperti Hepatitis B, syphilis , AIDs dan lain-lain yang boleh menjangkiti pasangan masing-masing dan juga bakal bayi yang akan dilahirkan.
  • Buatlah pemeriksaan ECG – bagi ujian jantung bagi lelaki yang telah berumur 35 tahun ke atas; sekurang-kurangnya 2 kali setahun walaupun tiada tanda-tanda sakit dada. Tambahan pula sekiranya anda mengalami darah tinggi dan paras kolesterol tinggi dalam darah; kerana anda berisiko tinggi utk mendapat serangan jantung.Tetapi ianya adalah wajib dilakukan ECG segera sekiranya anda mengalami sakit dada dibahagian tengah atau kiri dada; dimana sakit dada ini bertambah kita melakukan kerja-kerja berat. Bagi perempuan adalah juga digalakkan buat ECG.
  • Berhati-hati selalu dengan penyakit-penyakit yang menular melalui darah ; oleh itu pastikan pisau cukur, berus gigi, jarum dan lain-lain JANGAN dikongsi. Ketika anda ingin menolong seseorang yang dalam perdarahan seperti kemalangan jalanraya; pastikan anda tidak terdedah dengan darah seseorang secara langsung; sebaiknya eloklah memakai sarung tangan.
  • Dalam kita menjaga kesihatan buah pinggang kita; pastikan pengambilan air suling, rawat segera sekiranya ada masalah kencing kotor / kencing berkuman atau batu karang. Elakkan pengambilan ubat-ubat tanpa nasihat doktor atau farmasi. Pastikan kencing manis dan darah tinggi anda dirawat secara sempurna dan terkawal / stabil.
  • Untuk makluman; asap rokok mengandungi nikotin yang tinggi ; di mana ianya boleh menyebabkan rangsangan urat saraf yg menyarafi salur darah supaya mengecut; akibatnya edaran darah ke organ-organ penting seperti otak, jantung, buah pinggang, mata dan lain-lain akan rosak secara perlahan lahan. Akibatnya anda sangat terdedah kepada risiko penyakit strok, sakit serangan jantung, rosak buah pinggang, buta mata dan lain-lain. Asap rokok juga boleh mengubah sel-sel normal di bahagian saluran pernafasan untuk bertukar kepada sel-sel kanser. Asap rokok juga boleh meyempitkan saluran pernafasan seseorang dan menyukarkan untuk membuang kahak dan akhirnya mengakibatkan sesak nafas yang kronik.
  • Pengambilan makanan laut seperti udang, sotong ,ketam dan ikan bilis eloklah dikurangkan bagi mereka yang tahap kolesterol dan uric acid yang tinggi di dalam darah.
  • Paras uric acid yang tinggi di dalam darah boleh mengakibatkan batu karang di dalam buah pinggang, saluran ureter dan pundi kencing.
  • Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyempitkan saluran darah. Akibatnya pengedaran darah ke organ-organ penting akan terganggu; akibatnya ianya boleh menyebabkan strok, serangan jantung, buta mata, rosak buah pinggang, penyakit salur darah peripheral (peripheral vascular disease ) dan lain-lain. Kolesterol yang tinggi juga boleh mengakibatkan pembentukan batu karang di dalam hempedu.
  • Pesakit darah tinggi dan kencing manis hendaklah diperiksa darah buah pinggang dan kolesterol secara berkala, diperiksa ECG utk mengesan sakit arteri koronari / sakit jantung dan diperiksa secara klinikal bagi mengesan penyakit salur darah sempit dan penyakit urat saraf peripheral – seperti kebas-kebas di hujung kaki atau tangan bagi pesakit kencing manis. Mereka juga dinasihatkan untuk diperiksa oleh pakar mata; sekurang kurangnya 2 kali setahun atau ikut keperluan keadaan pesakit; ianya kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi boleh merosakkan salur darah mata dan boleh mengakibatkan buta.
  • Pastikan anda berusaha utk mendapat berat badan yang ideal atau bersesuaian dengan ketinggian anda; iaitu BMI ( Body mass index ) dalam julat yang normal.
  • Pelbagai penyakit berkait dengan obesiti / kegemukan; seperti darah tinggi, kencing manis, strok, jantung, ketidaksuburan, batu dalam hempedu, sakit sendi dan tulang dan lain lain.
  • Sekiranya anda kehilangan berat badan secara mendadak ; hendaklah disegerakan berjumpa dengan doktor untuk diperiksa secara teliti; di antara penyebabnya ialah kencing manis,thyrotoxicosis / sakit tiroid, kanser, batuk kering, AIDs, penyakit murung / depression dan segala macam penyakit kronik yang lain. Pemeriksaan darah mungkin diperlukan.
  • Mereka yang ingin mengambil supplemen atau vitamin kesihatan seelok-eloknya mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu; kerana supplemen tertentu sesuai untuk keadaan pesakit yang tertentu. Pastikan ubat-ubat vitamin ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya terjamin keberkesanan dan keselamatannya.
  • Bagi penjagaan tulang belakang pula; eloklah jangan mengangkat benda-benda berat dalam keadaan berdiri dan membongkok; tetapi sebaiknya mengangkat sambil mencangkung kerana sendi lutut boleh membantu untuk mengagihkan beban berat. Memakai back support adalah digalakkan; terutamanya bagi mereka yang bekerja mengangkat benda-benda berat atau duduk dalam keadaan posisi duduk yang lama bagi mengelakkan pembongkokan tulang belakang.
  • Bagi penjagaan bayi; susu ibu adalah yang terbaik dan makanan tunggal sehingga umur 5 bulan; sebaiknya diteruskan sehingga anak berumur 2 tahun. Susu formula boleh mendatangkan kesan alahan seperti selsema/ batuk/ lelah/ eczema – kemerahan kulit dan gatal / berak berak air/ berak keras / bayi menangis selepas diberi susu formula dan lain lain. Oleh itu jangan dedahkan bayi anda kepada risiko alahan ini.
  • Bayi yang berumur dari 5 bulan hingga kanak-kanak beumur 5 tahun adalah berisiko tinggi untuk mendapat FEBRILE FIT / sawan kerana demam panas.
  • Oleh itu; pastikan anak anda tidak dibiarkan demam panas tanpa rawatan segera. Tepid Sponging dengan cara meletakkan kain yang dibasahkan pada dahi anak anda / dimandikan ; pastikan anak anda tidak dipakaikan dengan pakaian yang tebal ; supaya haba panasnya mudah turun. Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur ; mengikut dos yang tepat adalah diperlukan untuk menurunkan suhu badan secara cepat.
  • Bagi kesihatan lelaki yg mengalami “Erectile Dysfunctional” atau lemah tenaga bathin; samada alat kelelakiannya tidak boleh terangsang langsung, atau lemah rangsangan atau tidak boleh bertahan lama atau langsung tidak boleh mencapai klimaks; kebanyakannya disebabkan oleh faktor stress – seperti tiada keyakinan diri utk memuaskan pasangan, takut, cemas, risau, atau penat fikiran atau perasaan. Rosaknya urat saraf dan penyempitan salur darah yg diperlukan untuk ereksi juga mungkin menjadi penyebab utk masalah ini; terutamanya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.Oleh itu, pesakit yg mengalami masalah ini dinasihatkan supaya berfikiran dan berperasaan tenang dan berkeyakinan diri, pastikan kencing manis dan darah tinggi anda terkawal.Selain itu; ada juga masalah lemah tenaga bathin ini disebabkan oleh kesan sampingan ubat; seperti ubat darah tinggi yg bernama “Atenolol & metoprolol “.Pesakit yg mengalami masalah ini dinasihatkan jangan sesekali mengambil / membeli ubat seumpama “viagra” sebelum anda diperiksa oleh doktor anda.Ubat seumpama ini adalah merbahaya diambil sekiranya anda menghidapi penyakit jantung dan darah tinggi.
  • Bagi pesakit asma pula; dinasihatkan supaya anda mengenalpasti faktor faktor alahan yg boleh mencetuskan asma; seperti habuk, asap, debu bunga,makanan tertentu, alahan ubat, alahan gigitan/ sengatan serangga etc.Pesakit asma adalah mudah utk mendapat “ANAPHYLAXIS” yg mana ianya boleh membawa maut dalam tempoh beberapa minit !! Keadaan anaphylaxis ini akan saya terangkan di ruang yg lain.Penyakit asma yg berulang ulang / kerap berlaku; dinasihatkan supaya menggunakan rawatan inhalor & aerochamber; di mana terdapat 2 jenis inhalor – yg berwarna biru/ hijau – utk melegakan sesak nafas secara segera dan digunakan bila perlu & yg berwarna coklat utk mencegah; dimana ianya digunakan secara tetap.Terdapat juga inhalor yg mengandungi kombinasi ini yg digunakan secara tetap seperti seretide inhalor, foracort inhalor etc.
  • Bagi pesakit darah tinggi adalah dinasihatkan supaya membeli alat utk memeriksa tekanan darah supaya tekanan darah anda terkawal dan diperiksa sendiri di rumah.Begitu juga bagi pesakit kencing manis; dinasihatkan supaya membeli “glucometer” – alat utk memeriksa paras gula dalam darah.
  • Ramai di kalangan kita yg menhadapi masalah “allergic rhinitis” atau keadaan di mana seseorang mengalami tanda tanda terbersin, terbatuk batuk, selsema, gatal gatal mata, gatal gatal telinga, gatal gatal hidung, kemerahan mata – apabila seseorang terdedah kepada faktor faktor allergic seperti habuk, asap, perubahan cuaca sejuk, debunga, makanan laut, hawa dingin, bulu kucing dan lain lain.Oleh itu; cubalah kenalpasti penyebab-penyebab alahan ini dan cubalah elakkan.Mungkin anda terpaksa mengambil ubat “anti histamine” apabila perlu atau mengikut arahan doktor.Ada juga ubat yg terpaksa diambil utk jangka masa panjang utk menguatkan sistem imun badan bagi melawan kesan alahan ini.
  • Sekiranya allergic rhinitis ini tidak dirawat; ianya boleh mengakibatkan “sinusitis” atau lebih dikenali sebagai resdung.Ianya berlaku apabila lendir lendir jernih yg terkumpul di saluran pernafasan atas telah dijangkiti kuman; di mana hingus berwarna kuning atau hijau, sakit kepala, hidung tersumbat, hilang deria rasa atau bau.Keadaan ini hendaklah dirawat dengan antibiotik yg bersesuaian.
  • Anda dikehendaki mengenalpasti ubat yg anda pernah allergik ketika berjumpa doktor atau membeli ubat di farmasi; seumpamanya gatal kemerahan kulit, bengkak-bengkak muka atau bibir , sesak nafas secara tiba-tiba apabila anda memakan ubat atau menerima suntikan dari mana-mana klinik; kerana ianya adalah amat-amat merbahaya sekiranya anda mengalami keadaan “ANAPHYLAXIS” yang boleh membawa maut secara tiba tiba.Keterangan lanjut berkenaan ANAPHYLAXIS – sila baca bahagian KES KES KECEMASAN yg biasa berlaku di klinik Dr Azmi.

Saturday, September 5, 2009

Hukum Kencing berdiri

Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.

Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.

Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri.

[Hadis daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath ?no: 5998 (Bab Nama-nama yang bermula dengan Muhammad, hadathana Muhammad bin al-Hasan bin Makrum...........) dan isnadnya dinilai sahih oleh penyemak: Mahmud Hasan Ismail. Juga dikeluarkan oleh al-Bazzar dan dinukil oleh al-Haithami dalam Majma al-Zawaaid, jld 2, ms 83, no 2454 dengan lafaz yang sedikit berbeza. Kata al-Haithami: Para perawi al-Bazzar adalah perawi yang sahih.]

Hudzaifah r.a. pernah berkata: Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri.

[Sebahagian dari hadis yang panjang, dikeluarkan oleh Ibnu Jarud, Muslim, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, lihat Sahih Muslim ?no: 273. (Kitab Taharah, Bab Menyapu di atas kasut)]

Sementara itu ada sebuah athar drpd A’isyah r.a.: Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.

[Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi ?no: 012. (Kitab Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).]


Penerangan A’isyah ini tidaklah bertentangan dgn penerangan Hudzaifah. Penafian A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir.

Oleh itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah.


`websource`

Fenomena Kena Tindih

Fenomena kene tindih... kepercayaan ataupun kebenaran?

Just To Share...
Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu... aderla dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku sedar... boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak..... pastu 5 minit baru leh gerak.... aku dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila tim e2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.... otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button.... dipanggil reticular activating system RAS...... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate...

So, bila kita bangun, RAS switched on balik...... kita sedar fully awake state.... tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar....

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.... heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

Jangan lupa membaca doa bila mahu tidur...