Sunday, November 25, 2012

Kesalahan Besar Dalam Bacaan Al-Fatihah

Kesalahan Besar Dalam Bacaan Al-Fatihah




Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati
  • DU LI LAH ( bila dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya DULILLAH
  • HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya HI ROB
  • KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KI YAU
  • KANNAK (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAK
  • KANNAS (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAS
  • IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA....IYA bermaksud matahari.
Quote:
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada

"matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!! "
  • SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
  • AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
  • Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
  • malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
  • siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya

Friday, November 23, 2012

Koleksi Petua

Koleksi Petua
Menghilangkan pahit peria
Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya Allah, mesti berkesan.

Mencuci Sayuran yang kotor
Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.
Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.

Mengekalkan warna sayur hijau
Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.


Menghilangkan bau di dalam peti sejuk
Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer). Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat mencuba

Tangan Pijar kerana cili
Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih.


Menghilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging
Semasa hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung gandum, biarkan seketika. Selepas itu basuh dengan air bersih. Insya Allah. Selamat mencuba.

Mempercepatkan air mendidih
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.


Daging mudah empuk
Untuk mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, anda hanya perlu meletakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan anda....

Menghilangkan rasa masin dalam gulai
Biasanya anda akan merasa risau jika gulai yang dimasukkan terlalu masin. Untuk menghilangkan rasa masin itu anda bolehlah ikut petua ini. Ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan kedalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini kedalam periuk yang berisi gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat.

Membersih kerang
Rendam kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan daunnya sahaja. Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan putih.

Menghilangkan bau hamis di kuali
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali  habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.

Menghilangkan kesan kopi, teh dan darah
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal. (1 sudu makan garam - 1 pain air).


Kulit telur lekang dengan mudah
Biasanya telur ayam itik yang baru saja dipungut dari reban (telur baru) begitu sukar hendak kita tanggalkan kulitnya selepas direbus. Kulitnya tidak mudah lekang. Jika dicuba juga menanggalkan kulitnya, isi telur akan menjadi rosak. Jika anda gemarkan kecantikan isinya, mungkin untuk hiasan dalam masakan dimajlis tertentu cubalah amalkan petua dibawah ini.
Sebelum merebus, bersihkan telur-telur itu. Ketika air mendidih, masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat-rapat. Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur-telur tadi. Hasilnya, kulit-kulit telur amat mudah ditanggalkan.

Cara memasak air dengan cepat
Kadang-kadang kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan lebih cepat masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air kemudian masak. Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat. Selamat mencuba.

Ikan haruan tak hanyir
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.

Menghapuskan bena pada daun sayuran
Cara untuk menghapuskan bena yang biasanya terdapat pada sayuran seperti bayam, daun geti dan daun asin-asin (cekur) ialah dengan merendam sayuran tadi kedalam air beras sebelum ia disiang.


Mengurangkan masin ikan kering
Caranya dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa. Rendam selama 2 jam kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas.

Elakkan semut dari gula
Untuk mengelakkan gula daripada dimasuki semut bubuhlah diantara 3 atau 4 biji bunga cengkih kedalam gula itu. Bunga cengkih ini juga akan memberikan keharuman kepada gula itu.


Meratakan garam untuk kerepek
Terdapat pelbagai jenis kerepek yang mudah dibuat sekarang ini. Walau bagaimanapun kadang-kadang terjadi kerepek yang tidak rata garamnya. Untuk memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, letakkan garam pada minyak panas yang akan digunakan untuk menggoreng kerepek. Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin.


Membuat roti canai lembut
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.


Menghilangkan hanyir ikan dan makanan laut
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hiriasan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.

Menghilangkan kesan susu dalam botol
Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya didalam air panas, ini ada satu cara yang baik.
Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang . Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu. InsyaAllah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati.


Merangupkan acar mentimun
Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.

Getah tidak melekat
Selalunya getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda mengupas kulit pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu. Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah dilarutkan dengan garam.(air garam). Masukkan pisang muda yang hendak dikupas kedalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan anda, kupaslah kulit pisang tersebut tatkala ia masih didalam air garam. InsyaAllah dengan cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda.


Elak Jag Kaca Pecah
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba!

Supaya buah epal tidak berubah warna
Setiap kali anda memotong buah epal untuk dihidangkan kepada tetamu atau kepada anak-anak suatu perkara yang sering memeninghkan kepala anda ialah kelihatan epal tersebut yang bertukar warnanya menjadi ke coklat-coklatan. Ada satu cara untuk anda mengelakkan epal tadi supaya tidak bertukar warna sebaliknya menjadi lebih menarik untuk dihidangkan, caranya amat mudah sekali iaitu setiap kali selepas mengupas atau memotongnya anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan. Cubalah anda pasti tidak akan kecewa.


Menghilang bau hangit nasi
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.

Supaya ayam cepat empuk
Bagi anda yang masak menggunakan ayam pekan ataupun ayam pasar mengikut istilah orang-orang sekarang tentulah anda tidak menghadapi masalah ayam yang keras dan tidak mudah dimakan. Tetapi bagi anda yang menggunakan ayam kampung ataupun ayam yang anda pelihara sendiri, masalah ayam keras, liat dan sukar dimakan memang menjadi masalah. Bagaimana pun dibawah ini diperturunkan beberapa cara yang dirasakan sesuai untuk anda jadikan panduan untuk  melembutkan daging ayam kampung tadi.
Caranya ambil daun pepaya secukupnya lalu bungkuslah ayam yang sudah disiang dan dicuci tadi sambil diramas-ramas dan didiamkan beberapa ketika sebaik-baiknya 15 minit. Setelah itu daun papaya tadi diambil dan dibuang serta dibersihkan ayam itu. Setelah bersih barulah boleh dimasak mengikut resepi yang anda rasakan sesuai. Biasanya ayam yang terkena getah betik atau papaya tadi akan cepat lembut setelah dimasak. Selamat mencuba.

Peti Sejuk Tidak Berbau
1. Letakkan seketul kayu arang yang belum dibakar didalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Insya Allah peti sejuk tidak akan berbau.
2. Bila hendak memakan nenas kulitnya jangan dibuang malah boleh diletakkan di dalam peti sejuk juga untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Mengatasi masalah stokin longgar
Menghadapi masalah anak-anak yang bersekolah memang merunsingkan terutama tentang pakaian mereka. Kerana kebanyakan anak-anak yang bersekolah khusus yang masih kecik-kecil lagi tidak begitu pandai menguruskan diri sendiri tanpa perhatian dari ibu sendiri.
Kerana itu menghadapi masalah stoking longgar memang menjadi masalah utama yang terpaksa anda hadapi. Disini ada satu cara yang dirasakan sesuai untuk anda ikuti iaitu dengan mengikut panduan yang kami berikan.
Caranya mudah iaitu terpulang kepada gaya anda memakainya. Semudah cara ialah dengan melipatkan stoking yang longgar tadi hingga ke bahagian atas buku lali. Lipat-kecil-kecil, cara begini bukan sahaja mudah tetapi juga kelihatan cantiknya.


Tauge segar
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.

Empokan kacang hijau
Biasanya untuk merebus kacang hijau hingga empuk kita memerlukan masa yang panjang. Bila saja kacang hijau di jerang, masukkan satu camca kecil minyak masak dan satu camca kecil garam.

Elakkan terung menjadi hitam apabila sudah dipotong
Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh.

Atasi nasi mentah
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap.


Menghilangkan kotoran pada kulit kerang
Untuk menghilangkan kotoran pada kerang ambil beberapa batang serai kemudian ditumbuk jangan sampai hancur kemudian di rendam bersama air yang sama cukup dengan kerang tadi. Gaul dengan tangan. Biarkan dalam 10 minit dan lepas itu kulit kerang akan kelihatan cantik dan bersih. Selamat mencuba.

Menghilangkan rasa pahit pada sayur peria
Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 - 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.

Khasiat asam jawa
Adakah anda menghadapi masalah tangan dan hujung kuku berwarna hitam kerana kerja-kerja dapur yang menyulitkan seperti mencuci periuk belanga disamping masak-memasak. Jika anda ingin menghilangkan warna kehitam-hitaman itu cubalah panduan ini dan anda pasti tidak akan merasa kecewa. Caranya ialah ketika anda habis menggunakan asam jawa ketika memasak terutama ketika habis menggaulkan ikan untuk menghilangkan bau hanyirnya anda ramas-ramaskanlah hampas asam jawa tadi dengan tangan, terutama pada bahagian yang kotor. Jika anda lakukan begini selalu pasti masalah anda yang kuku hitam dan memalukan itu akan segera hilang. Asam jawa ini juga baik untuk digunakan untuk mengatasi masalah tumit kaki yang sering pecah-pecah dan berwarna kehitam-hitaman. Caranya ialah dengan membersihkan dahulu kaki anda sesudah itu sapukan sedikit dengan asam jawa, lumiri sekelilingnya diamkan untuk beberapa minit dan kemudian cucilah dengan air biasa. Lakukan sebelum tidur, pasti masalah kaki hitam dan berpecah-pecah itu dapat segera diatasi.


Mengurangkan kemasinan ikan masin
Jika kita ingin menggoreng ikan masin yang terlebih garam supaya tidak terlalu masin, terlebih dahulu rendam ikan masin tersebut ke dalam bekas yang berisi air garam juga. Garam yang kita rendam itu akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut. Jikalau tidak percaya cubalah petua ini. Selamat mencuba.

Menghilangkan bau busuk puting
Jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan masih lagi menyusu dengan menggunakan botol dan puting, tentu anda sering menghadapi masalah puting botol yang berbau. Walaupun anda telah cuba menghilangkan baunya yang masam dan mual itu hingga tidak digemari oleh bayi, tetapi anda masih tidak berjaya. Ada satu cara yang ringkas dan mudah dapat dijalankan untuk mengatasi masalah ini.
Apa yang anda harus lakukan ialah dengan merendamkan puting botol tadi dalam air panas kemudian bubuhlah garam masak secukupnya. Rendam beberapa minit hingga kekotorannya hilang, hasilnya pasti puting botol tadi bersih dan berbau harus.


Menghilangkan bau hanyir ikan atau daging
Ambil sedikit tepung jagung. Sapukan ke serata badan ikan atau daging. Biarkan beberapa minit, basuh dan dimasak. Insya Allah, bau hanyir itu akan hilang. Selamat mencuba.

Menyimpan tauhu supaya tahan lama
Tauhu tidak boleh disimpan terlalu lama walaupun disimpan baik-baik dalam peti sejuk, kerana ia boleh bertukar menjadi masam. Tetapi ada satu cara untuk mengatasinya.
Mula-mula anda ambillah tauhu tadi dan bersihkan, sudah itu tiriskan biar kering. Masukkan dalam satu bekas dan rendamkan ia dengan air panas, tunggulah sampai air tadi menjadi sejuk kembali. Sesudah itu barulah keluarkan tauhu tadi dan direndam dalam air dan simpanlah. Anda tidak perlu bimbang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk, ianya boleh tahan lama dan tidak akan bertukar menjadi masam


Merangupkan timun acar
Ambil sedikit kapur sirih, masukkkan ke dalam bekas yang berisi air dan gaulkan. Masukkkan timun yang hendak dibuat acar tadi. Rendam semalaman barulah masak. Anda akan dapat rasa timun yang ranggup dan enak. Salamat mencuba.

Melembutkan cucur
Jika anda inginkan rasa cucur yang lembut apabila dimasak, bancuhlah adunan tepung cucur dengan air suam. Kemudian barulah digoreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun telah lama sejuk


Elak sayur keladi gatal apabila dimakan
Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti.

Hilangkan bau dalam peti sejuk
Caranya mudah sahaja, ambil 2 hingga 3 potong kulit nanas dan masukkan kedalam peti sejuk. InsyaAllah bau yang kurang menyenangkan dari peti ais akan hilang dengan sendirinya. Selamat mencuba.


Melambatkan nasi menjadi basi
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian.

Melancarkan laci almari yang tersekat
Jika laci almari atau meja anda tersekat dan sukar dibuka dan ditutup, ambil lilin dan gosokkan pada bahagian tepi bawah laci anda. Jika laci anda menggunakan rel dibahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian tersebut. Selepas itu pasang kembali laci anda dan lihatlah hasilnya. Laci lebih mudah dibuka dan tidak akan tersekat lagi.

Menghilangkan arang di periuk
Setengah-setengan suri rumah ingin memasak masakan cara kampung dengan menggunakan dapur arang atau dapur kayu. Namun Masalah yang timbul adalah untuk mencuci kembali periuk yang digunakan agar seperti sediakala sukar diatasi. Untuk mengatasi masalah tersebut sebelum periuk itu digunakan, periuk tersebut hendaklah disalut dibahagian luarnya dengan sabun serbuk dicampur tepung gandum dan sedikit air. Insya Allah masalah kesukaran menanggalkan arang diperiuk tadi akan mudah diatasi.
Mencantikkan Telur Rebus
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.
Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci
Untuk menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung gandum dan daun pisang. Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika membasuh.
Supaya Telur Tahan Lama
Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.

Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya...
Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko
Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau nipis selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan berkarat itu.

Taugeh tahan lama
Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam. Letakkan sedikit asam gelugur dan simpan di dalam peti ais.

Ayam goreng lebih sedap
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba....

Hilangkan rasa pijar pada tanganSemasa memasak mengunakan cili (cili padi atau cili kering) tangan kita akan terasa pedas/pijar. Untuk menghilangkannya, selepas memegang cili, gosok sekeliling jari jemari dengan garam selama 1-2 minit. Selepas itu basuh dengan air.
Mengatasi Nasi Lembik
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Mengelakkan makanan melekat di kuali
Apabila menggoreng ikan atau lain-lain makanan seperti nasi goreng dan mee goreng, ianyas selalu melekat di kuali jika kuali tidak panas. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku, goreng sedikit garam dalam kuali itu tanpa minyak sampai kuning kemudian barulah dimasukkan minyak dalam kuali. Selamat mencuba

Untuk merangupkan cucur udang
Jika puan ingin merangup dan menambah selera cucur udang, caranya ialah masukkan empat sudu besar minyak masak untuk satu kilo tepung gandum. Ketika masak jangan kuatkan api biar sederhana dan untuk melembutkan rasa di dalamnya masukkan serbuk penaik satu sudu teh kecil dan biarkan lima minit. Selamat memcuba ya.

Membuat sambal yang sedap
Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila sudah direbus cili tadi hendaklah ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering itu digoreng di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit tetapi jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah dimesin bersama minyak yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3 minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya tidak memerlukan minyak yang banyak dan masa untuk memasak sungguh sekejap dan kita akan dapat sambal yang sungguh sedap. Sambal yang kita masak cepat pecah minyak dan wangi
Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.

Mengempukkan daging
Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.

Merangupkan ayam goreng
Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Selamat mencuba
Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.

Mengelak daripada nasi mentah
Sekiranya nasi yang anda masak mentah, anda jangan padamkan api. Buka tudung periuk dan tudung dengan plastik, kemudian baru tudung semula dengan tudung periuk. Tunggu selama 5 minit, insya Allah nasi anda akan masak.

Mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi
Untuk mengelakkan nasi yang dimasak dari cepat basi, semasa anda membasuh beras kali pertama hingga ke tiga dengan menggunakan tangan anda. Selepas itu untuk kali ke empat bila anda masukkan air ke dalam beras itu anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur. Bagi tujuan mengukur anda perlu mengagak sahaja.

Untuk mempercepatkan kacang hijau yang direbus kembang
Untuk mencepatkan kacang hijau yang direbus kembang untuk dijadikan bubur, masukkan satu atau dua sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang tersebut dan lihatlah hasilnya. Tak perlu tunggu lama untuk kacang tersebut kembang.
Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

Jika nasi hangit
Tugas memasak bukan sahaja dikhaskan untuk perempuan malah lelaki pun kadang kala terpaksa memasak terutamanya orang bujang. Tetapi pada masa kini biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada ketikanya cara lama juga digunakan. Jika kita memasak nasi dan secara tidak sedar nasi yang kita masak itu hangit tentulah menyebabkan selera kita berkurangan. Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi. Biarkan selama 10 minit. Kemudian angkat gelas, Insya Allah nasi tersebut tidak berasa hangit lagi.

Merangupkan ayam goreng
Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

Menghilangkan bau peti sejuk
Selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari.

Cara hilangkan getah di pisau
Layurkan atau panaskan pisau atas api di dapur sehingga nampak getah di atas pisau mendidih. Kemudian lapkan atau sapukan pisau tadi dengan suratkhabar. Anda akan melihat pisau anda kelihatan kembali bersih. Ulangi lagi jika masih terdapat getah di permukaan pisau tersebut. Selamat mencuba.
Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.

Menyedapkan Sambal Sotong
Adalah elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah kira celur terlebih dahulu.

Kekalkan kesegaran tomato tanpa menyimpan dalam peti ais
Buah tomato yang baru dibeli, jika tidak digunakan jangan dibasuh tetapi simpankan dalam bekas yang kering. Bekas tersebut hendaklah tidak ditutup dan pastikan tempat simpanan tidak terkena sinaran matahari. Ini untuk menjamin supaya tomato tersebut tidak mudah layu ataupun kecut.

Menghilangkan kesan hitam pada kulit kerang
Cuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan bilas dengan air bersih. Kemudian barulah dimasak.

Melembutkan donat
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk. Untuk mengelakkannya puan-puan bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.
Bersihkan Siput Sedut
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.

Membuat krim coklat yang berkilat
Tentu ramai yang menginginkan kek coklat yang cantikkan? Caranya mudah jer, apabila krim coklat yang dibuat daripada coklat masakan tu dah masak, letakkan lebih kurang sesudu mentega untuk menjadikannya berkilat, sebelum disapukan di atas kek kita.

Elak ikan goreng melekat pada kuali
Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak tersebut sebelum masukkan ikan.
Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siram kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan dihurung lalat.
Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan beberapa tangkai bunga cengkih dalam balang gula anda dan tutup rapat.

Memekatkan kuah
Kadang-kadang masakan kita cair. Untuk memekatkannya masukkan ubi kentang ke dalam masakan tersebut.

Mengelakkan Lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.


Hilangkan rasa hanyir ikan
Bagi penggemar ikan patin tentu anda mengalami masalah untuk hilangkan bau hanyir ikan tersebut. Untuk mengatasinya, bersihkan ikan tersebut dengan menggunakan air cucian beras beberapa kali dan selepas itu barulah dibersihkan menggunakan air biasa. Petua ini juga boleh digunakan untuk ikan-ikan yg berbau hanyir. Selamat mencuba.

Hilangkan kesan hitam pada periuk

Apabila kita telah merebus telur mungkin terdapat kesan hitam selepas siap merebusnya. Ini akan menyebabkan periuk kita tidak cantik. Untuk menghilangkannya, ambil asam keping sebanyak 2 atau 3 keping dan tambah sedikit air, kemudian masak di atas api sehingga mendidih dan kesan hitam itu hilang. Insyaallah periuk anda akan berkilat dan boleh digunakan semula.

Memekatkan Sup
Kadang-kadang kita terbubuh  banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.


Menggoreng ikan
Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng, sebelum masukkan ikan, panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam keping. Setelah panas barulah dimasukkan ikan. Terpulang pada puan-puan sama ada ingin turut menggoreng ikan bersama asam keping tersebut kerana ianya tidak menjejaskan rasa ikan yang digoreng.

Merasa garam dalam masakan
Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya. Selamat mencuba

Cili masuk mata
Jika kita menumbuk sambal dan termasuk dalam mata kanan, jirus ibu jari kaki kiri. Dan kalau terkena mata kiri, jiruskan ibu jari kaki kanan.
Menghilang Tanda Hitam Pada Periuk
Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali. 

Menjernihkan minyak masak
Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak tadi, InsyaAllah minyak itu akan menjadi jernih semula.

Melembutkan daging/ayam kampung
Caranya ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging atau ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah daging/ayam tadi akan menjadi lembut.


Ayam Sentiasa Segar
Balik saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam plastik. Ini boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika, dan lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk


Merangupkan ayam goreng
Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci
Untuk menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung gandum dan daun pisang. Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika membasuh

Ayam goreng lebih sedap
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba.


Mengenak dan mewangikan ikan kukus
Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan air limau nipis selama satu jam. Racikkan halia dan disumbatkan pada penutup insang ikan sebelum di kukus.
Hilangkan Lendir Bendi
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.

Nasi tidak berbau hangit
Sekiranya anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik, kemungkinan masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, cuba anda gunakan petua ini. Basuh setangkai cili kering dan masukkan ke dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa minit sebelum nasi dihidangkan. InsyaAllah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.

Kuali Melekat
Kuali baru selalunya melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.
Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

Daging kambing tidak berbau
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. Selamat Mencuba

Mengelakkan pisang cepat busuk
Ambil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, insya Allah pisang tidak cepat busuk. Selamat Mencuba...

Merangupkan cucur
Tambah majerin dan air kapur bersama tepung beras. Insya Allah cucur anda akan menjadi rangup dan menyelerakan
Cara Menyimpan Udang
Walaupun tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan petua ini. Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat. InsyaAllah udang tersebut akan tetap segar meskipun disimpan sehingga 2 hari.

Sudu Berkarat
Ambil sedikit cuka/secubit garam dan air paip. Kemudian campurkan bahan-bahan tadi berserta sudu dan rendam semalaman. Anda lihatlah hasilnya

Menghilangkan bau cili semasa memasak
Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. Selamat mencuba.

Cara Melembutkan Daging
Bagaimanapun daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.
Melembutkan daging secara tradisi.

Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolihlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolihlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.
Melembutkan daging secara moden.
Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.
Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang bolih didapati disesetengah pasar raya.

 
Mencuci seterika kotor

Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang.
Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan
Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan. Kemudian, bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi.

Ayam Sentiasa Segar
Balik saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam plastik. Ini boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika, dan lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk.

Periuk bocor
Periuk bocor boleh ditampal dengan menggunakan asam jawa, ambil sedikit asam jawa kemudian tampal dibahagian yang bocor sebelum digunakan untuk memasak. Langkah ini hanya untuk menampak lubang kecil sahaja.


Mencantikkan sayur yang telah di celur
Kaum ibu yang mementingkan pemakanan yang sihat pasti akan menghidangkan makanan sayur untuk sajian mereka. Biasanya sayur akan nampak layu bila dicelur atau rebus. Bagi mengilatkan sayur tersebut, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Bila sudah mendidih barulah dimasukkan sayur untuk dicelur. Sayur pasti akan nampak berkilat dan enak dimakan.
Hilangkan Bau Botol Atau Balang
Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2 hilang, baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih.

Memelihara buah daripada lebam
Tentu anda semua perasan apabila buah yang sudah dipotong lambat dimakan, buah itu akan menjadi lebam. Cara mengatasinya mudah saja. Sapukan garam halus pada buah yang sudah dipotong ataupun bilas buah yang dipotong dengan air garam. Mudah sajakan.

Bahan proses, bagaimana menyimpannya?
MAKANAN proses adalah makanan di dalam tin atau makanan yang segera boleh dimakan. Sekiranya perlu dimasak, ia hanya menggunakan masa yang sedikit sahaja. Tentu di dapur anda banyak menyimpan bahan makanan proses ini. Tahukah anda apa cara yang betul untuk menyimpannya?
1. Bahan makanan yang mudah ini sama ada barangan tin atau berbungkus perlu disimpan di tempat sejuk, kering
dan gelap. Keadaan basah akan menyebabkan tin
berkarat. Suhu yang sesuai untuk menyimpannya
ialah antara 9 hingga 10 darjah selsius.
2. Bilik perlu mempunyai tingkap yang ada skrin bagi
mengelakkan kemasukan serangga. Udara segar
sangat diperlukan. Cermin tingkap yang berwarna gelap juga perlu untuk mengurangkan cahaya matahari menembusi ke bilik itu. 
3. Rak makanan sebaiknya diperbuat daripada jenis besi yang tidak boleh berkarat seperti keluli kalis karat atau plastik.
4. Rak tersebut perlu diletakkan 10 sm jauh dari dinding dan di bahagian bawah rak tersebut hendaklah 23 cm tingginya dari lantai supaya senang dibersihkan. 
5. Apabila menggunakan tong untuk menyimpan bahan makanan, tong-tong ini perlu yang beroda supaya senang dialihkan semasa berkemas.
6. Makanan di dalam botol seperti jeruk, jem dan kaya perlu disimpan di tempat yang sejuk dan gelap kerana cahaya terang akan merosakkan makanan itu. Makanan ini juga hendaklah disimpan di dalam peti sejuk sekiranya terdapat peraturan yang mengkehendakinya selepas botol itu dibuka. 
7. Mentega dan marjerin perlu dibungkus ketat sebelum disimpan di dalam peti sejuk. 
8. Makanan campuran atau makanan siap sedia terutama sekali yang mempunyai campuran sos dan telur mayonis perlu disimpan di dalam peti sejuk dan hendaklah digunakan dengan seberapa cepat. 
9. Makanan yang kering hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih, kering dan kedap udara. 
10. Makanan sejukbeku perlu disimpan pada suhu 18 darjah celcius. Elakkan menyimpan balik makanan selepas dinyahbeku. Mungkin tidak merbahaya sekiranya makanan sejukbeku disimpan lama tetapi ini akan mengubah bentuk, warna, tekstur dan juga rasanya.
Pengisar Sentiasa Tajam
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

Melembutkan daging/ayam kampung
Caranya ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging atau ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah daging/ayam tadi akan menjadi lembut. 

Cara Mengawet Telur Mentah
Agar telur yang akan disimpan tahan lama, sebelum disimpan terlebih dahulu dicuci dengan air bersih. Selanjutnya, rendamlah telur tersebut ke dalam air kapur dan garam selama dua hari dua malam. Setelah itu angkat, lapkan dan disimpan di tempat dingin.

Tips Memilih & Mengolah Kerang
1. Kerang, adalah haiwan laut mempunyai kulit luar, memiliki kandungan protein yang tinggi di samping mineral seperti zat besi, seng, kalsium, yodium dan selenium. 
2. Kerang boleh dimasak dengan atau tanpa kulit. Jenisnya bervariasi, di antaranya kerang bulu, kerang darah, kerang hijau, kerang kepah yang disebut juga kerang tahu atau kerang putih, kerang kampak (scallop) dan tiram. 
3.  Pilih kerang yang hidup dan segar. Tandanya, kulitnya tertutup atau menutup sendiri jika diketuk. 
4.  Kerang dijual segar atau ketika dibuka isinya nampak segar. 
5.  Rendam kerang dengan kulitnya dalam air bergaram dan simpan dalam bekas tertutup di tempat gelap agar kotoran luruh. Berus kulit kerang di bawah air mengalir hingga kotoran terbuang. Pegang kerang dengan tangan lalu keluarkan daging dengan menyelipkan pisau kecil di antara kulitnya.
6.  Kerang lazat dikukus atau direbus. Untuk mendapatkan rasa kerang rebus yang benar-benar sedap,rebus kerang dalam air mendidih yang sudah dibubuh garam, serai, daun salam dan lengkuas di atas api sedang hingga masak.
7.  Untuk mendapatkan rasa kerang kukus yang lazat, rendam kerang segar dalam air yang sudah dibubuh garam, bawang putih selama 15 minit dan kukus selama 20 minit hingga masak.
8.  Sambal untuk dimakan bersama kerang rebus atau kerang kukus ialah sambal botol yang khusus untuk makanan seafood (laut). Tapi untuk rasa yang lebih istimewa, cuba adunkan 2 sudu makan nenas parut, 2 sudu makan sambal botol perasa manis pedas, 1 sudu makan mentega kacang botol dan 2 sudu teh air jeruk limau.

Panduan memilih daging
Belilah daging di kedai-kedai rasmi yang telah memiliki surat tanda niaga. Sebelum diolah, daging direbus terlebih dahulu dalam air mendidih dengan suhu 100 darjah selsius, minimum 1 jam. Daging harus dipotong kecil-kecil supaya tingka kematangannya merata, dan panas dapat sampai ke bahagian dalam. Semakin besar potongannya, semakin lama waktu yang diperlukan untuk merebus.
Lebih baik daging digoreng dalam hirisan nipis, dimasak menjadi gulai atau rendang kerana waktu pemanasannya lama dan suhu didih minyak dapat mencapai sekitar 160 darjah selsius. Hindari pengolahan dengan menggunakan pemanasan dalam waktu singkat (misalnya dibuat sate), apalagi pengolahan daging setengah masak seperti steak ala barat (untuk pengolahan seperti ini kita harus yakin bahawa daging benar-benar bebas penyakit).
Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.

Tip Memilih & Memelihara Oven
JIKA ingin membeli oven, pilih yang sesuai dengan keperluan anda sehari-hari. Berikut, tip memilih dan menjaga oven yang baik.
Tentukan kapasiti oven yang sesuai dengan keperluan. Apakah keluarga anda sering kali harus memanggang masakan dalam jumlah besar atau sebaliknya?
Pilih oven yang mudah dibersihkan dan mempunyai jendela pada bahagian depan oven sehingga anda dapat melihat makanan yang sedang dipanggang.
Auto-timer penting bagi anda yang jarang berada di dapur sehingga anda dapat memanggang tanpa khuatir panggangan anda akan hangus. Selain itu, lebih baik menggunakan pengatur waktu saat memanggang daripada membuka dan menutup pintu oven sehingga suhu dalam oven tidak turun.
Sebelum digunakan, panaskan terlebih dahulu oven selama 10 minit hingga mencapai suhu yang sesuai. Usahakan selalu memeriksa suhu oven, caranya letakkan pengukur suhu pada bahagian tengah oven dan panaskan oven hingga suhu 180 darjah selsius. Jika tidak sama bererti oven anda 'bocor' dan perlu diservis.

Pekatkan Kuah
KADANG kala makanan berkuah yang kita masak agak cair dan tidak pekat seperti yang kita inginkan. Jadi, untuk memastikan makanan berkenaan menjadi likat tambahkan sama ada gula, keledek yang telah dilenyek atau sedikit tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia menjadi pekat dan tidak lagi cair. Untuk memekatkan kuah bancuh dua sudu besar tepung jagung dan masukkan ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga boleh mengurangkan rasa masin masakan.

Elakkan tauhu daripada melekat
Tahukah anda cara mengatasi masalah tauhu yang melekat pada kuali ketika menggoreng? Caranya ialah taburkan sedikit garam halus di permukaan atas dan bawah tauhu sebelum menggoreng. Hasilnya tauhu itu tidak akan melekat dan hancur ketika digoreng.
Menyegarkan Kembali Sayur
Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.

Pelbagai Cara Simpan Daun Herba
Kebanyakan orang gemar menggunakan pelbagai daunan (tergolong di dalam daun herba seperti daun saderi, daun bawang, daun pudina, daun basil dan daun ketumbar). Selain mungkin gemarkan rasanya, daun herba juga bagus untuk kesihatan. Bagi mereka yang mungkin sedang diet atau mahu mengurangkan garam di dalam masakan, boleh memasukkan dedaunan ini di dalam masakan. Bagi memudahkan anda memasak, ada baiknya anda menanam sendiri pohon-pohon herba. Namun anda masih boleh menyimpannya dengan pelbagai cara:-

Posted at 10:17 pm by promote5
Comments (12)  


Feb 23, 2006
Tips Kesihatan
Merawat demam campak. Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).

Khasiat kapur sirih
Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.

  • Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.
  • Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.
Pulihkan kulit melecur.
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.

Anak-anak kencing malam
Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya.


Menormalkan suhu badan.
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga

Menghilangkan parut
Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.


Pulihkan bengkak di kaki.
Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh

Menghilangkan bau badan
Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi. Cara merendamnya adalah  sama seperti kita merendam kain dengan air sabun biasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.


Menghilangkan bau badan.
Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian


Hilangkan batuk
Anda dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa helai daun pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Bahan-bahan ini digaul dan dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan sapukan disekeliling leher atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali anda diserang batuk-batuk. Perlu diingatkan petua ini hanya untuk batuk yang bermula dari gatal-gatal tekak iaitu batuk ringan. Jika batuk anda didapati begitu serius adalah lebih elok meminta nasihat doktor


Mari hapuskan kelemumur.
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.

Mengelakkan kulit berparut selepas bersalin
Dalam masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barutlah perut seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas pantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika anda mengamalkan ini dengan tekun nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut


Menghilangkan bau badan
Dengan hanya menggunakan beberapa helai daun sirih, anda dapat menghilangkan bau peluh dibadan anda yang merimaskan diri anda sepanjang hari. Caranya sebelum anda mandi gosoklah badan anda (keseluruhan) dengan beberapa helai daun sirih. Tentukan dibahagian sudut anggota badan anda dapat digosokkan dengan baik. Selepas itu barulah anda bersihkan badan dan terus mandi. Hasilnya badan anda tidak akan berbau peluh lagi walaupun pada suatu waktu badan anda terlalu banyak mengeluarkan peluh. Bagaimana pun amalkan dua tiga kali dalam sebulan.

Menghilangkan panau.
Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.

Melegakan tekak akibat batuk
Asam jawa bukan sahaja amat berguna bagi masakan ia juga boleh dijadikan ubat penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang serak akibat batuk. Caranya ambil sedikit air asam jawa yang telah dibancuh dengan air suam-suam kuku, bancuh bersama sedikit gula dan masukkan kedalam botol kemudian tutup rapat-rapat. Rendamkan botol yang berisi air asam jawa yang pekat tadi kedalam air selama satu malam. Keesokan harinya, minumlah, mudah-mudahan tekak anda akan merasa lega dan suara tidak lagi serak.


Meredakan batuk.
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.

Menghitamkan alis mata
Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis...
Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.

Mengubati penyakit jantung.
Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.

Kuku mencengkam
Sakit pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi. Jika anda menghadapi masalah untuk mengatasi cengkaman kuku yang menyakitkan itu, ketika memotong kuku janganlah dikorek tepinya lagi. Apa yang boleh anda lakukan cuba belah kuku ibu jari anda disebelah tengah anggaran sikit sahaja untuk mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh ditengah tempat anda membelahnya. Jika keadaan kuku anda menjadi buruk seperti sudah bengkak dan menanah, jangan dibelah kuku itu dahulu tetapi cuba merawatnya hingga sembuh. Caranya bungkus ibu jari kaki itu dengan inai yang sudah ditumbuk lumat, amalkan sehingga sembuh.


Merawat darah tinggi.
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan

Merawat Kudis
Kudis merupakan penyakit yang sering diidapi oleh anak-anak. Selain daripada ditubuh badan anak-anak juga ada yang mengidap kudis dikepala. Untuk merawatnya, ambil beberapa helai pucuk daun keriang, sedikit daun ribu-ribu, mata kunyit dan beras, giling hingga lumat berserta sedikit air. Kemudian sapukan bahan ini pada kudis-kudis itu.

Menghilangkan jerawat batu.
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.


Supaya gigi terlihat lebih putih
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.


Hapuskan pecah-pecah telapak kaki.
Ambil buah betik yang masih muda dan potong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu. Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akan hilang.

Ubat sakit gigi
Caranya paling mudah iaitu dengan mengambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil kedalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.


Masalah cirit-birit
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula

Menyembuhkan gusi bengkak
Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh. Dan yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.


Pulihkan sakit tekak.
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Sakit kepala  
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua Insya Allah akan beransur baik.

rambut
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang²nya seminggu sekali.
2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

Menghilangkan parut jerawat
Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka dengan air suam. Selamat mencuba.

Hilangkan karat pada gigi
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.

Legakan Sakit kepala
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.

Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

Kulit Berkedut
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.

Sakit Gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.

Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.

Petua Menghentikan Pendarahan
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.

Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.

Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.

Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.

Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.

Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.

Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.

Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.

Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.

Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyembuhkan Demam
Ambillah segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring airnya dengan sehelai kain (diperah dan ambil patinya). Kemudian air pati itu diminum. Insya-Allah, dalam jangka masa 12 jam kita akan merasa perubahannya.


Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.Selamat mencuba.
Selsema
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk. Untuk bayi ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.


Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus.
Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Mata bengkak
Mata bengkak biasanya disebabkan oleh lebihan air pada bahagian mata. Ia di sebabkan oleh kekurangan tidur, stress atau keliling mata berlemak. Oleh kerana itu anda perlu berikah perhatian lebih kepada kesihatan mata. Anda boleh mengelakkan masalah ini. Misalnya, pastikan makan malam tiga jam sebelum tidur. Hindari juga minum dengan banyak. Krim malam juga boleh menjadi punca masalah ini. Teliti krim malam anda. Pastikan formula krim malam anda tidak terlalu berat. Rehatkan mata anda dengan uncang teh yang basah. Letakkannya di tengah-tengah mata dan biarkannya sehingga kering. Asid tannic dalam teh dapat berfungsi sebagai astringent. Senaman mata juga penting. Caranya, lirikkan mata anda ke beberapa arah berbeza. Lakukannya dengan kerap. Latihan ini berfungsi untuk merehatkan otot mata dan membantu mengurangi cairan
.

Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Mengatasi semut masuk dalam telinga
Kadang-kadang ada antara anak anda atau anak-anak jiran yang telinganya dimasuki oleh serangga seperti semut yang sukar untuk dikeluarkan. Biasanya keadaan ini berlaku apabila bangun dari tidur ataupun suka bermain disemak-semak, khususnya pada anak lelaki. Mengeluarkan semut tersebut memang satu perkara yang paling menyulitkan sekali, semakin dicungkil untuk dikeluarkan semakin dalam masuknya dan makin menyakitkan. Sebenarnya ada satu cara yang paling baik untuk dilakukan biasanya dilakukan oleh kebanyakan orang tua-tua. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengambil kapur sirih sebaik-baiknya yang lembut yang telah banyak terendam dengan air. Sapukanlah kapur sirih tadi pada sekeliling telinga anak anda bahagian luar telinganya sahaja. Biarkan seketika pasti semutnya akan keluar dengan sendirinya. Inilah dia petua orang tua-tua.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Rambut merah dan bercabang
Jika anda mendapati rambut anda merah dan bercabang, janganlah merasa runsing, sebaliknya cubalah mengubatinya sendiri. Caranya terlalu mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan murah didapati. Anda hanya perlu ambil air dari rebusan kangkung tadi dan didinginkan dan tiris dia dari daunnya. Kemudian anda ambil air daun tadi dan cucuklah atau siramkan kepada rambut anda yang telahpun dicuci bersih. Lakukanlah setiap hari sambil rambut tadi diramas-ramaskan dengan air daun kangkung itu. Hasilnya anda akan mendapati rambut anda yang merah dan bercabang itu akan segera menjadi hitam dan sihat.

Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Khasiat bawang1. pening kepala:
potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. lemah otot:
ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. demam selsema:
makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
4. susah hadam:
rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.


Kalau kaki dimakan air
Mula-mula anda ambillah gambir yang telah anda tumbuk halus kemudian campurkan dengan minyak kelapa, kacau biar sebati dan sapukanlah kepada bahagian kaki anda yang tadal dan pedih itu. Buatlah selalu, pasti rasa sakitnya akan hilang tidak berapa hari kemudian.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda.
Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Susah buang air besar
Jika anda menghadapi masalah sukar buang air besar setiap pagi cuba amalkan panduan ini, ia mungkin boleh memberikan bantuan kepada anda jika didapati sesuai dengan tubuh anda. Caranya amat mudah iaitu minum air kopi pahit yang tidak diberi gula sedikitpun, tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi tadi. Sesudah dibancuh pekat anda minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi. Amalkan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Alergi pagi
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Sembuhkan kurap
Kurap adalah satu penyakit yang tidak bahaya, tetapi memalukan. Sungguhpun dizaman moden ini sudah tidak begitu ramai orang yang mengidap penyakit ini, namun masih ada orang yang tidak berdaya untuk mengelaknya. Disini akan diperturunkan satu cara tradisi dalam menghapuskan penyakit kurap. Iaitu dengan menggunakan kapur sirih bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat. Lepas itu lumurlah ke tempat yang ditumbuhi kurap tadi.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali.Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Hilangkan bengkak
Banyak petua atau cara hendak mengubati penyakit bengkak-bengkak dikaki atau tangan (bukan biri-biri). Setengah petua tidak serasi dengan penyakit tersebut. Bagi mereka yang sudah banyak mencuba beberapa petua tradisi untuk mengubati penyakit tersebut, tetapi tidak juga sembuh-sembuh, cubalah pula satu lagi petua tradisi seperti dibawah.
Setakat ini petua ini begitu menjadi dan didapati begitu sesuai untuk penyakit tersebut. Ambilkan daun betik dan rebus sehingga mendidih. Kemudian, campurkan garam secukup rasa. Minumlah air tersebut satu gelas tiap-tiap hari dalam masa dua minggu. Bengkak-bengkak di kaki dan tangan anda akan kembali surut tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Buang sampah dimata
Pernahkah mata anda dimasuki sampah atau habuk. Jika ini terjadi tentunya mata anda terasa pedih atau kesat sehingga menganggu penglihatan anda. Kadang kadang jika ini terlalu serius, mata anda akan menjadi merah dan bengkak-bengkak. Bila berkeadaan begini apakah tindakan anda?.  Mengikut petua, anda disyorkan mencampurkan beberapa butir garam kedalam air suam-suam panas. Seelok-eloknya isikan air kedalam besen.  Cecahkan muka anda kedalam air dan kenyit berulang-ulang sehingga mata anda terasa ringan. InsyaAllah  sampah atau habuk yang terlekat pada mata anda akan hilang kedalam air.

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut .

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Mengempiskan Perut
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.
Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Mengurangkan penyakit kencing manis
Selain dari menerima rawatan doktor bagi merawat penyakit kencing manis anda juga bolehlah menggunakan lobak putih yang telah diparut halus. Kemudian embunkan semalaman atau disimpan didalam peti sejuk. Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama ampasnya. Amalkan cara ini selalu, insyaAllah penyakit anda akan sembuh. Petua ini juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Bagi ibu yang mengandung
Bagi wanita yang hamil selalunya akan mengalami mabuk, dan muntah-muntah. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah tujuh tangkai pucuk kecil jambu batu (jambu biawas) dan tumbuk dengan sedikit garam. Bila sudah lumat, campurkan dengan segelas air suam dan biarkan ia hening. Bila sudah hening bolehlah diminum. Ini perlu diamalkan selama tiga (3) hari berturut-turut, iaitu pada tiap-tiap pagi.

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Melangsingkan badan
Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu dengan air suam-suam kuku dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi kurus kering nanti.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam.
Merawat penyakit buasir.
Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Semoga Anda Sihat
Mungkin anda pernah mendengar atau membaca kata-kata istilah MEDITASI DAN KOSENTRASI yang membawa erti dalam bahasa kita, lebih kurang ialah: Penghayalan dan penghayatan untuk mencapai sesuatu melalui alam ghaib.

Dan ada pula yang mengatakan satu daripada pelajaran ilmu kebatinan, kerana ia lebih menumpukan pergerakan tubuh badan yang digerakkan oleh kekuatan dalam hati sanubari seseorang disamping mental yang kukuh. Kerana mengikut pelajaran ini, hanya bagi mereka yang mempunyai kekuatan mental dan pemusatan pemikiran yang jitu saja dapat menguasai, kalau tidak akan sia-sia saja mengikuti pelajaran yang akan disampaikan melalui ruangan ini.
Ia bukan ilmu sihir, bukan juga silap mata, tetapi setiap diri manusia itu mempunyai magnet dan elektrik yang dapat memancarkan keajaibannya untuk penyembuhan dan memberikan tubuh badan jadi sihat dan kuat.Ia tidak boleh digunakan untuk trujuan jahat atau cuba menguji kebolehan orang lain, ia hanya satu cara untuk menjaga kesihatan tubuh badan seseorang kerana semakin kita bertambah umur, semakin kurang tenaga dan kesihatan kita, justeru itu untuk terus sihat kenalah kita mengatur hidup dan mengamalkan sesuatu ilmu yang boleh menambahkan kekuatan tubuh, biarlah kita hidup yang dihidupkan dan bukan sebagai hidup-hidupan.
Kejayaan atau tidaknya pelajaran ini anda ikuti, adalah tergantung pada keyakinan, tekun dan mengamalkan mengikut peraturan yang diterangkan disini.
Apakah persediaan yang perlu anda kendalikan?  Jawabnya, tidak ada apa-apa yang diperlukan, hanya kesungguhan dan meneruskan pelajaran ini tanpa di selang seli. Sekali kita lakukan, kemudian berhenti, bila teringat baru nak buat latihan, kalau macam ini akan sia-sia sajalah pelajaran yang anda ikuti. Cuba dan latihlah hingga berjaya, kalau ada sesuatu yang kurang faham, sila hubungi kami, Semuga Anda Sihat.
Untuk permulaan ini cubalah yang mudah dan senang difahami, kerana latihan ini sangat berguna untuk meneruskan lagi latihan-latihan yang lebih sukar, sebagai asasnya ia perlu dipelajari dengan teliti agar tidak keliru.
Sebagai asas latihan ia memerlukan ketekunan dan penuh kesabaran ibarat menebuk ruyung mahukan sagunya. Untuk ini kita perlu mempelajari bagaimana cara untuk mengambil ASABAT atau Prana yang membangunkan tenaga dalam sebagai kekuatan batin dalam diri kita sendiri.
Asabat banyak terdapat di alam ini, terutama dalam udara, lebih-lebih lagi cahaya matahari. Kerana itulah kita mencari Asabat untuk mendapatkan kesaktiannya melalui pernafasan dan pandangan MATA ke arah matahari yang menjadi sumber Asabat.
Cara untuk latihan ini ialah: Dengan duduk bersila, tenangkan fikiran, kaki jangan dilipatkan seperti duduk bersila biasa, bebaskan sahaja jangan bertindih antara satu sama lain. Tangan letakkan dikedua-dua lutut pun dengan secara bebas, jangan tekan atau kaku - rilek sahaja.
Badan hendaklah duduk tegak dan lurus. Pejamkan mata, kendurkan semua urat saraf, fikiran terus tenang jangan mengingatkan sesuatu melainkan Allah.
Ketika itu hilangkan semua fikiran yang negatif atau sesuatu yang menganggu fikiran, tenang setenang-tenangnya. Tumpuan hanya kepada Allah. Sesudah tenang, mulakanlah menarik nafas secara teratur atau berirama sekiranya fikiran masih kusut atau belum tenang jangan lakukan kerana sia-sia saja membuat latihan.
Setelah semuanya tenang dan nafas teratur ikutilah arahan ini:
1.  Tarik nafas melalui lubang hidung selama lapan (8) detik atau lapan denyutan 
     nadi kita.
2.  Udara ditahan dirongga dada selama empat (4) detik atau empat denyutan nadi.
3.  Lepaskan udara yang ditahan didada tadi selama lapan (8) detik atau lapan 
     denyutan nadi.
Sewaktu menarik nafas, perut kita hendaklah dikempiskan rongga dada kita kembangkan. Sewaktu mengeluarkan nafas janganlah tergesa-gesa, aturlah tarikan / turunnya nafas, jangan seperti nafas orang yang lepas lari 400 meter.
Hembuslah nafas keluar biarlah secara teratur mengikut latihan dengan waktu yang telah ditentukan secara halus.
Jangan dipaksa kalau berlatih. Sebaik-baik latihan tarik nafas ini kalau dapat biarlah waktu pagi antara pukul lima atau enam pagi, kira-kira lima belas minit selama lebih kurang tiga minggu.
Tempat untuk latihan ialah tempat terbuka atau diruang rumah yang banyak jendela, ataupun dihalaman rumah belakang, sebaik-baiknya kawasan yang dikelilingi warna-warna daun atau tumbuh-tumbuhan yang menghijau.
FAEDAHNYA:
1.  Badan akan terasa sihat dan terhindar dari segala penyakit.
2.  Jalan darah akan mengalir dengan lancar, fikiran akan dapat berfungsi dengan baik 
     serta mempunyai wajah yang gilang gemilang, kelihatan lebih muda.
3.  Menyimpan lebih banyak tenaga sakti atau elektrik yang disebut Asabat atau Prana.
4.  Timbul rasa percayakan diri sendiri lebih yakin kalau dibandingkan dengan sebelum 
     anda menjalani latihan ini.
5.  Tenaga kundalini dapat hidup atau dikejutkan dalam diri melalui latihan ini.
6.  Jiwa bertambah tenang dan pancaindera yang keenam dapat berfungsi.
Lakukanlah latihan ini dengan rutin secara teratur disamping kita menjalankan tugas harian. Anda akan merasakan perubahan demi perubahan yang menggembirakan setelah melakukan selama tiga minggu kerana ketika itu perjalanan nafas kita lancar, tidak termengah-mengah.
Sehingga bertemu lagi, diucapkan selamat mencuba semuga berhasil hendaknya