Friday, April 29, 2016

Merugilah Jika Anda Tak Membacanya,Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!.















 


Tanda tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Umumnya orang salah faham akan perkara ini. Bacalah info dibawah agar anda memahaminya. Informasi di bawah ini Merupakan info yang paling baik..
.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi tubuh yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana info ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada permasalahan dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital meskipun sakit hanya datang dalam waktu relatif cepat saja kerana mungkin saja dengan datang dalam waktu relatif cepat adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)..
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras racun yang tinggi. Mata jadi merah mengisyaratkan tubuh kita lagi tengah dalam sistem pembuangan racun.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Mengisyaratkan sistem penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Manfaat hati lemah, pembuangan toksin tengah berlaku. Ini dapat tunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Masalah emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung memiliki jalinan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar dahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa dahak : Paru-paru mengandungi racun yang terlalu berlebih. Umumnya kahak pekat keluar selepas beberapa hari mengonsumsi RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Sistem buang racun di bahagian kerongkong dan paru-paru, umumnya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah pada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Sistem buang racun sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah sinyal bahawa badan kita membutuhkan banyak air untuk buang racun.
b) Sakit kerongkong. Seperti diatas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan manfaat sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) System penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang dikarenakan oleh system penghadaman yang kurang sempurna serta menyebabkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan manfaat penghadaman dulu dengan RG saat sebelum mengonsumsi zat besi.
b) Bibir kering serta pecah. Perut mengandungi banyak bahan racun.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan system pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Tunjukkan jantung memiliki permasalahan, seperti lemak yang terlalu berlebih, injap jadi lemah, saluran koronari tersumbat dan sebagainya lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi jadi pecah-pecah (ulser). Mengisyaratkan darah mengandungi asid terlalu berlebih.
c) Mulut berbau busuk. Sistem penyeimbangan manfaat perut untuk pembuangan racun.

7. TELINGA : Terkait dengan buah pinggang.
a) Telinga merasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi racun terlalu berlebih.
b) Telinga berdengung : Tengah menjaga buah pinggang yang lemah. Umumnya tapak kaki merasa sakit saat bangun pagi serta sakit itu hilang sesudah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Tubuh mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Tubuh singkirkan racun lewat perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Tubuh singkirkan racun yang berlemak serta racun yg tidak larut di air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Sistem singkirkan racun lewat kulit disebabkan terlampau banyak mengonsumsi obat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Sistem pembuangan racun yang larut di air. Oleskan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Mengisyaratkan manfaat buah pinggang yang lemah. Selepas sistem gugur, rambut bakal tumbuh awal mulanya dengan lebih sihat serta subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Tunjukkan ada luka di bahagian sendi berkenaan serta tanda- sinyal penyakit pirai (gout).
ii) Tak rasa panas Sinyal tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii)Sakit di bahagian bahu. Mengisyaratkan saluran darah sudah jadi keras serta manfaat metabolisme tak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas tubuh tak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Sinyal tanda lemah atau sakit jantung. Bila rasa kebas jadi sakit di bahagian lengan serta abadi disana, ini mengisyaratkan serangan sakit jantung mungkin saja berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah tubuh tak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Mengisyaratkan buah pinggang lemah. Umumnya dikarenakan oleh kekurangan senaman serta duduk terlampau lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Tunjukkan kekurangan manfaat alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan manfaat buah pinggang disebabkan lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Tunjukkan sinyal awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
 
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
 
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
 
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
 
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
 
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
 
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
 
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
 
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
 
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
 
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
sumber : http://semua-infoterbaru.blogspot.co.id

Friday, February 5, 2016

Tun Mahathir

Ada orang kata Tun Mahathir lah punca apa yang berlaku sekarang... zaman Tun Mahathir ada peras ugut... memang betul.. memang betul..
Tapi zaman mahathir... walau pun ada krisis tapi negara tetap berjalan lancar...malah negara Malaysia di kagumi oleh satu Dunia kerana mahathir..
ingat masa tu SATU ASIA duit jatuh... tapi kita sebagai rakyat boleh di katakan tak terasa... mahathir dengan Daim langsung tutup aliran duit keluar negara... sekat duit keluar.... batal note 500 dan 1000... jual jet semata mata pertahankan mata wang negara... tolak tawaran pinjaman IMF...kena kutuk pulak tu sebab tolak pinjaman imf.... tapi sudahnya negara kita dapat bertahan dengan baik... pembangunan berjalan dengan teratur... dan negara lain yang dulu pinjam imf... maseh berhutang...terikat dengan imf..
Nak lagi hebat... pernah tahukah korang tahu bahwa Tun Mahatihr dan seangkatannya pernah secara senyap senyap ambil alih syarikat terbesar dibritish dan seterusnya mengambil alih ekonomi negara yang dulunya di bawah british???? Peristiwa itu amat manis sebab dulu kita hanya merdeka pada nama tapi banyak aset negara di kuasai british tapi berkat kebijaksanaan tun.. kita kembali kuasai ekonomi kita sendiri... Sehingga ianya jadi kejutan satu dunia...
Carilah maklumat tentang mahathir di luar negara... boleh di katakan semua pemimpin luar negara kagum dengan tun Mahathir.. kelantangan beliau bersuara... prinsip beliau tentang kekejaman yahudi semua secara terang.. Tun Mahathir la yang membuatkan Malaysia terkenal di dunia... sampaikan kemajuan Dubai pun di kaitkan dengan Tun Mahathir..
Tapi berbeza dengan pimpinan Najib... terlalu boros duit keluar... seminggu sebelum GST bermula beli jet... jet dah ada 7 tau sekarang... seminggu selepas GST bermula semua menteri naik gaji rm5000... melabur di luar negara yang langsung tak de keuntungan... mara pun dengar ada melabur di luar negara... dengan cara rosmah berbelanja ... semua satu dunia tau...
Tambah pula nak di masukkan 1.5 juta bangla masuk malaysia... tahu tak masa bangla 1.5 juta tu bila dah berkerja di sini.. berapa banyak pula duit malaysia yang keluar?????
Ingatlah selagi laju deras mata wang kita keluar.... selagi itulah rm kita jatuh...
Tahu tak sekarang di asia hanya malaysia duit rm kita yang ketara jatuh??? Sampai sekarang satu langkah pun takde cara selamatkan duit ringgit kita.. ada tak.. atau pun menteri kewangan kita maslan sibuk dengan nasi goreng die dan suruh kita berjimat di atas landasan yang dia buat... ada rasa macam pendapat dungu tak..
Yang si menteri Nazri pulak bangga duit jatuh sebab katanya pelancong akan suke berbelanje kat sini.. akai ada tak... korang tak da usaha langsung naikkan mata wang malaysia ke... yang nampak naik semuanya menjadi beban pada rakyat....
Berkata tentang brim... mahathir tak pernah setuju tentang pemberian brim.. sebab duit tu duit hangus... memang duit tu berbelanja di negara kita juga... tapi ibarat duit hangus..ibarat duit sogok... cuba duit brim tu di masukkan sebagai subsidi minyak... harga minyak rasa akan lebih murah.. atau duit brim tu di kumpul dan di jadikan modal penubuhan syarikat gergasi di malaysia.. dan rakyat kita berkerja disana... kita dapat gaji... kerajaan dapat untung...
Malang sungguh sebab kita punya menteri menteri yang rasa bijak pandai seorang demi seorang buat stetmen bodoh... boleh dikatakan takde langsung bila menteri keluar stetmen... kita sebagai rakyat boleh mengucapkan terima kasih.... ini tidak... semua stetmen rasa nak balas dengan tapak kaki... nasib baik kita ada bekas TPM muhidin yang sedar... yang nampak...
Dengan GST lagi... dengan kenaikan satu persatu harga barang... kes topup pun tak boleh selesai... mula cerita ... topap dah sedia ada cukai sst 6%... di ganti dengan gst 6% maksud tiada sebarang kenaikan...tapi apa yang dah jadi... senyappppp... sebab melalui topup keuntungan dah berapa keuntungan masuk....
Semua macam dah tak nampak keluhan rakyat... semua buat buat tak tau.... sebab nak selamatkan pangkat dan gaji...
Jangan cari salah Tun Mahathir... itu semua kecil jika di bandingkan dengan apa yang kita kecapi sekarang...pimpinan mahathir jauh beza terurus... Berterima kasih lah dengan Tun Mahathir... tanpa die kita tak kan maju seperti sekarang... PM lain cuma sambung siram air je... pokok Mahathir dah tanam dah berbunga
Jangan kita cari salah Tun Mahathir... tak di nafikan tetap ada kelemahan dan krisis dalam pemerintahan Mahathir... tapi kita pandang jauh berfikiran terbuka... buka mata seluasnya dan lihat segala pembangunan pencapaian yang di bawa oleh mahathir... kita ambil yang positif... pemimpin luar boleh segan bangga dengan cara mahathir... kenapa tidak kita bangga...
Setiap pemimpin ada kelemahan masing masing... tapi kelemahan mahathir bukan menghancurkan negara... tapi beliau naik kan nama Malaysia.
Silap kita cuma cari salah menyalahkan mahathir... kenapa tak ambil yang positif tentang tun? Ego sangat kah kita? Pandai sangatkah kita? Belajarlah rendah diri...
Terlalu mudah mencari salah Tun Mahathir bukan penyelesaian... beliau dah tunjukkan bukti jenama kan Malaysia...
Kenapa mesti orang luar, pemimpin luar negara yang kagum dan tabik pada Mahathir? Siapa lagi pemimpin kita yang di segani selain Tun...
Tun amat tegas dan berani... walaupun Tun berada di studio di tengah tengah kota London... dan di tanya kenapa Mahathir menentang yahudi.. Tun tetap dengan pendiriannya... percaya tak carilah video interview Mahathir di tengah kota London dan lihat bagaimana Mahathir lantang bersuarakan prinsipnya...
Di tanya... bukankah Mahathir sepatutnya sudah mengundurkan diri anda patut diam... Tun berkata apakah saya harus diam bila melihat seseorang melakukan sesuatu yang tak baik dengan negara saya di dalam negara saya....dan saya harus diam?? pasti saya tak boleh diam sebab itu akan menjadikan saya tidak bertanggung jawap pada negara saya sendiri...
Carilah videonya dan tengok....
siapa yang boleh gantikan Tun Mahathir???
Siapa lagi yang tegas seperti Mahathir
Belum ada sesiapa....
Saya tidak kata Tun Mahathir itu sempurna tapi sekurang kurangnya berfikiranlah terbuka dengan dirinya.
Kalau Tun Mahathir seperti "mereka" tak payahlah Tun susah payah tegur demi kita
Betul kata Tun Mahathir... Melayu Mudah Lupa
Kita maseh beruntung sebab TMJ berani tegur tentang konflik dalam negara walau di balas pedas oleh menteri yang pegang kipas...
Saya sendiri pangkah umno setiap kali pilihan raya lepas.. kalau macam ni.. apa yang nak di harapkan..
Tanggung jawap kita kuatkan silahratulrahim... kuat kan melayu... kuatkan islam... sebab melayu kita dah lemah sekarang... dah hanyut...
Bangsa lain yang pegang ekonomi kita... kita tak boleh salahkan mereka sebab mereka rajin... tapi dimana pemuda pemudi kita...??? Hanyut....
Dah sampai masa kita kukuhkan ekonomi kita sendiri... bagaimana? Tentulah bermula dengan diri kita sendiri...
Jangan marah tapi itulah kenyataan
Kita berdoalah negara kita dapat kekal aman sejahtera... segala ancaman dapat kita tangani.. sebab Malaysia adalah negara teristimewa di dunia yang punya bermacam bangsa,agama dan budaya...
Salah petik... maka kembalilah kita pada permusuhan kaum.... masa tu... kalau berlaku.. orang luar cuma tepuk tangan ajek... dengan tunggu masa nak selit dalam masalah dan berlagak hero..
Akan datang... walau parti manapun yang memerintah esok...tolonglah kekal kan jenama Malaysia kita selama ini.... sebab... itulah kita... bahasa kita bahasa melayu kita... islam agama rasmi kita...
Pun begitu kita patut bangga sebab Malaysia adalah satu satunya negara di dunia yang rakyatnya bebas mengamalkan agamanya masing masing dalam harmoni dan aman....
Saya sendiri kalau di beri peluang ingin berdepan bertentang mata dengan Tun Mahathir berbual masa beliau masih hidup.... andailah dapat.... saya bersyukur andai dapat di pertemukan dengan tokoh yang saya kagumi....
Kawan kawan
Bersamalah kita gengam tangan kuat kuat bersama dan kekalkanlah.... sebab... sedikit punca.... nyawa boleh jadi begitu amat murah...
# Sumber aku menulis:
Apa yang di depan mata
Apa yang ada di dada akhbar kita

Monday, February 1, 2016

Minuman Menakjubkan

Minuman Menakjubkan Untuk Cairkan Lemak Dalam Masa 4 Hari


Masalah kegemukan atau lemak dalam badan yang berlebihan adalah salah satu masalah yang membimbangkan ramai orang. Lemak yang berlebihan dalam badan membuatkan kesihatan tubuh badan semakin berkurangan dan akan mudah terdedah dengan risiko penyakit.
Penyakit utama yang sering terjadi disebabkan lemak berlebihan di dalam badan adalah obesiti dan penyakit jantung. Ini sudah pasti membimbangkan ramai orang yang memiliki lemak badan yang berlebihan.

 
Ramai antara kita yang ingin mencari cara cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.
Kali ini saya ingin berkongsi satu minuman ajaib yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk menyiapkannya. Minuman ini sangat berkesan untuk meleburkan lemak berlebihan di dalam badan anda.
Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
  • 8 ½ cawan air ditapis
  • 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
  • 1/2 timun, dihiris nipis
  • 1/2 lemon, dihiris nipis
  • 12 daun pudina
Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?
Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.

Sekarang mari kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.

Timun
timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.
Halia
Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.
Lemon
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.
Pudina
Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.
Air
Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mencukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.