Saturday, September 6, 2014

Taip perkataan2 ni kat Google search

1. Type in “Google Gravity” and click on “I’m Feeling Lucky”
(Wait a Sec to Experience the Effect of Gravity)


2. Type in “Elgoog”and click on “I’m Feeling Lucky”
(The Mirror Effect is On)

3. Type in “Google Sphere” and click on “I’m Feeling Lucky”
(See the Spinning Effect)


4. Type in “Who is the Cutest” and click on “I’m Feeling Lucky”
(See who’s so Cute and Beautiful/ Handsome)


5. Type in “Google Loco” and click on “I’m Feeling Lucky”
(See what’s Moving)


6. Type in “ LOL Limewire” and click on “I’m Feeling Lucky”
(See that You are as a Pirate)


7. Type in “Epic Google” and click on “I’m Feeling Lucky”
(Google Epic Search Enlarging)

8. Type in “Rainbow google” and click on “I’m Feeling Lucky”
(Watch Out The Rainbow Formation)


9> Type in “Annoying Google” and click on “I’m Feeling Lucky”
(Annoying Google Search)


10. Type in “Google Pacman” and click on “I’m Feeling Lucky”
(Doodle Pacman News)


11. Type in “Google Magic” and click on “I’m Feeling Lucky”
(The Letter O From Google Becomes Invisible)


12. Type in “Google Color (Ex: pink,blue)” and click on “I’m Feeling Lucky”
(Change Page Backround Colour & Built Your Own Name Search Engine)


13. Type in “Google Heart Page” and click on “I’m Feeling Lucky”
(The Oldest Google Friend)


14. Type in “Epic Box” click on “I’m Feeling Lucky”
(Watch Out Epic Powermans)


15. Type in ”Sexy Snape” click on “I’m Feeling Lucky”
(Watch Sexy Snape Video)


16. Type in “Weenie Google” click on “I’m Feeling Lucky”
(Weenie Google Shortens)


17. Type in “Who’s Awesome” click on “I’m Feeling Lucky” any one dare 2 try???
(Check Out Who is Awesome)


18. Type in “20b.org” Click on “I’m Feeling Lucky”
(Watch the Video)


19. Type "Let it snow" and Click On “I’m Feeling Lucky”.
(Feel Snow -- Season Greetings)


20. Type "Do A Barrel Roll" and Click On "I'm Feeling Lucky".
(Google Page rotates One Big Roll)


21. Type "Googel Guitar" and Click On "I'm Feeling Lucky".
(Play Google Guitar & Enjoy)

22. Type "Google Reverse Image Search" and Click On "I'm Feeling Lucky".
(Google Reverse Image Search - Avoid Scams) -

Friday, September 5, 2014

Mitos Derma Darah - Ternyata Palsu

Derma darah mampu menyelamatkan nyawa. Banyak rawatan di hospital akan terjejas tanpa bekalan darah yang mencukupi. Tetapi ramai antara kita yang memberi pelbagai alasan untuk tidak menderma darah - dan kebanyakan alasan ini hanyalah mitos semata-mata. Berikut adalah beberapa mitos yang lazim didengar dan ketahui mengapa anda sebenarnya tidak perlu bimbang untuk menderma...

1. Mitos #1: Anda takut sakit/jarum

Semua orang takutkan jarum. Sememangnya sakit apabila dicucuk tetapi proses menderma darah tidaklah begitu menyakitkan. Hanya seperti digigit serangga dan ia akan hilang dalam beberapa saat sahaja. Jika anda masih takut melihat jarum itu, pejamkan mata anda dan bayangkan sesuatu yang indah. Mungkin sesuatu yang menyeronokkan selepas menderma nanti - membeli-belah, menonton wayang atau menjamu selera? Bukankan setiap kebaikan ada ganjarannya?





2. Mitos #2: Menderma darah akan meningkatkan berat badan
Sebenarnya, anda akan kehilangan berat badan apabila menderma darah. Setiap kali anda menderma, anda akan kehilangan satu paun berat dan membakar 650 kalori bagi setiap pain darah yang didermakan. Bukankan itu satu insentif yang menarik? Menderma untuk kebajikan sambil menguruskan badan – terbaik!





3. Mitos #3: Mereka akan mengambil setiap titis darah anda.

Jangan bimbang. Petugas kesihatan juga adalah manusia biasa, bukannya pontianak yang akan menyedut darah anda sehingga kering. Mereka akan mengambil satu pain darah sahaja. Setiap orang dewasa lazimnya mempunyai 10 pain darah di dalam tubuhnya. Ini bermakna anda hanya memberikan satu persepuluh sahaja daripada darah anda. Tubuh anda pula akan segera menggantikannya dengan menghasilkan plasma darah baharu dalam masa 24 jam dan sel darah merah tambahan antara 4 hingga 6 minggu.





4. Mitos #4: Anda tidak boleh menderma kerana sedang mengambil ubat-ubatan


Tidak semestinya. Hanya sesetengah ubat, seperti ubat pencair darah, yang boleh mengecualikan anda daripada menderma. Ubat-ubatan lain tidak menjejaskan kelayakan anda sebagai seorang penderma darah. Sebaik-baiknya, maklumkan kepada petugas kesihatan mengenai ubat-ubatan yang anda ambil. Mereka akan mengesahkan sama ada anda boleh menderma darah ataupun tidak.





5. Mitos #5: Anda tidak boleh menderma kerana menghidap diabetes


Seramai 3.6 juta rakyat Malaysian dewasa menghidap diabetes. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka, anda masih boleh menderma jika memenuhi syarat-syarat kesihatan yang lain. Anda hanya dikecualikan jika anda mengambil insulin perolehan lembu – iaitu insulin yang dihasilkan daripada haiwan tersebut. Malah, pesakit diabetes yang menderma darah membuktikan sifat penyayang rakyat Malaysia yang tetap ingin membantu walaupun diri sendiri mengalami masalah kesihatan.





6. Mitos #6: Anda boleh dijangkiti penyakit semasa menderma darah


Oh tidak. Setiap penderma akan diberikan jarum baharu yang steril dan jarum ini akan dibuang selepas digunakan. Petugas kesihatan pula dilatih secara profesional dan harus mengikut prosedur rawatan yang ditetapkan. Pernahkah anda mendengar mengenai seseorang yang dijangkiti penyakit semasa menderma darah? Belum pernah, kan?





7. Mitos #7: Kumpulan darah anda tidak diperlukan


SEMUA kumpulan darah (O, A, B, AB) adalah sama pentingnya. Meskipun statistik menunjukkan bahawa darah kumpulan A sering mengalami kekurangan bekalan, keperluan darah yang semakin meningkat bermakna kita memerlukan seberapa banyak derma untuk semua kumpulan darah. Di Lembah Kelang sahaja, bekalan yang diperoleh daripada 400 hingga 450 penderma diperlukan setiap hari untuk memenuhi keperluan di hospital-hospital kerajaan dan juga swasta. Apa jua kumpulan darah anda, mendermalah!





8. Mitos #8: Ramai lagi yang menderma, jadi saya tidak perlu melakukannya


Tidak benar sama sekali. Hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia yang menderma darah secara berkala, berbanding 5 peratus di kebanyakan negara lain. Jumlah penderma yang sangat sedikit ini pastinya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia. Ini meningkatkan risiko kita sebagai orang awam – bagaimana sekiranya anda atau yang tersayang dimasukkan ke hospital dan memerlukan darah segera sedangkan bekalan tidak mencukupi?




Namun ia masih belum terlambat. Anda mampu mengubahnya. Jadilah seorang penderma pada Hari Kemerdekaan ini. Marilah kita bersama-sama memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi untuk setiap pesakit yang memerlukannya, sekaligus membantu menyelamatkan nyawa.

Semangat perpaduan mengalir dalam setiap titisan darah kita – merah sama merah, tiada bezanya. Jom raikan semangat perpaduan ini dengan bersama-sama mengambil bahagian di kempen derma darah #kitasama Astro. Kepada yang berminat, sila layari www.astro.com.my/negaraku untuk butiran lanjut.