Wednesday, March 21, 2012

Seks Waktu Pagi


Seks Waktu PagiBiasanya pasangan muda suami isteri lebih selesa melakukan hubungan intim pada sebelah malam , terutama di hari kerja. Padahal satu kajian mengatakan, seks di waktu pagi akan menimbulkan sensasi kenikmatan yang berbeza!
Lebih bersemangat
Lelaki biasanya ‘terbangun’ setelah tidur, ini bererti anda berdua boleh melakukan hubungan intim tanpa perlu melakukan pemanasan terlalu lama. Secara psikologi, anda juga semakin percaya diri dan bersemangat ketika mengetahui bahawa pasangan juga bersedia menerima ‘aksi’ anda bila -bila masa.
Lebih rileks
Bangun tidur adalah keadaan yang paling rileks bagi setiap orang, situasi ini sangat menguntungkan bagi pasangan suami isteri kerana akan lebih mudah mencapai orgasme. Selain itu, anda berdua belum sempat memikirkan hal-hal lain seperti pekerjaan ataupun masalah lainnya, sehingga hubungan seks pun lebih lancar.
Lebih berkualiti
Hubungan seks di waktu pagi, meskipun dengan waktu terbatas, dijamin hasilnya lebih berkualiti. Ini adalah kerana tubuh anda dan pasangan berada dalam keadaan yang paling fit sehingga kepuasan yang diperolehi pun semakin maksima.
Menjadi perangsang yang menyenangkan
Anda boleh menganggap ’serangan fajar’ ini sebagai perangsang. Semacam menu pembuka, untuk menantikan hidangan yang seterusnya di malam hari. Aksi di waktu pagi itu menjadi semacam perangsang membangkitkan ghairah seks anda.
Seks pagi juga dapat menjadi pendorong agar anda lebih bersemangat menjalani aktiviti dan rutin sepanjang hari itu.

Berasmara Tidak Semestinya Malam


Sebut sahaja hubungan intim, di fikiran sudah membayangkan sebuah kamar tidur yang dibayangi sinaran rembulan.Cukup romantis dan mempesonakan.Kerana itu tidak hairanlah kebanyakkan pasangan gemar memilih waktu tersebut untuk berasmara.
Hakikatnya,seks tidak diwajib dilakukan sebaik melabuhkan tirainya bahkan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pagi,tengah hari ataupun petang.Bagaimanpun,terdapat kajian menunjukkan seks dilakukan pada waktu-waktu berbeza mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Tengah hari - panas dan terang
Tengah hari sering dijadikan waktu berehat setelah penat melakukan kerja dari pagi.Sama ada dipejabat mahupun di rumah,waktu berkenaan selesa dipilih bagi melepaskan lelah seketika.
Bagaimanapun,untuk berasmara pada waktu tersebut mungkin tidak selesa kerana cuaca yang panas dan keadaan yang terang sekali gus membuatkan mood romantik yang diinginkan terbantut.
Apalagi untuk menghidupkan rangsangan seksual,sudah tentu mustahil.Ditambah pula setelah selesai ejakulasi,pasangan tentunya berasa lebih penat dan akhirnya tertidur.Secara tidak langsung,ia benar-benar mengganggu dan menjejaskan produktiviti kerja.
Malam-lebih sensasi romantik
Sejuk,selesa,tenang dan romantis.Mungkin itulah gambaran yang sesuai diberikan saat melakukan hubungan diwaktu malam.Satu bonus sekiranya kediaman anda terletak jauh dari kesibukkan kota sambil di keliling bukit bakau yang menghijau.
Berduaan dalam kamar peraduan pasti membibitkan rangsangan seksual biarpun dengan sentuhan yang tidak disengajakan.Mungkin kerana ini rata-rata pasangan gemar memilih waktu malam sebagai saksi cinta mereka.
Lazimnya,setelah penat beradu kekuatan hormon adrnalin yang dikeluarkan membuatkan suami isteri keletihan dan mengantuk.Sekiranya terlena di ketika ini,tentunya mimpi yang dialami lebih indah dan meyeronokkkan disebabkan waktu yang dipilih amat sesuai untuk beristirahat.
Pagi-segar dan tenaga
Nyenyak beradu semalaman,tubuh pastinya lebih segar dan bertenaga saat bangun pada waktu pagi.Tentunya keadaan sebegini mendorong anda melakukan hubungan intim bersama pasangan dalam suasana yang sejuk dan sunyi.
Kebiasaannya,lelaki masih menyimpan sisa eraksi yang berlaku secara spontan ketika tidur malam tadi.Dari situlah ia merangsang sekaligus membangkitkan keghairahan untuk melakukan hubungan seksual.
Bagaimanapun,kesibukan bersiap ke pejabat sedikit sebanyak menggangu kelancaran aktiviti tersebut.Mungkin,jika berlangsung sekalipun ia sedikit sebanyak mencetuskan rasa kurang selesa dan tergesa-gesa.