Thursday, August 16, 2012

Default Yahudi tipu kita kambing dan kopi kegemaran Nabi Muhammad



Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Sunday, August 12, 2012

Kelebihan Minum Air Kosong Ketika Perut Kosong







Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik.

Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi.

Ia juga baik untuk penyakit antaranya :

  • penyakit sakit kepala
  • sakit badan
  • sistem jantung
  • artritis
  • degupan jantung yang pantas
  • epilepsi
  • kegemukan berlebihan
  • asma bronkitis
  • TB
  • meningitis
  • buah pinggang dan air kencing
  • muntah-muntah
  • gastrik
  • cirit-birit
  • buasir
  • kencing manis
  • sembelit
  • semua penyakit mata
  • rahim
  • kanser dan gangguan haid
  • hidung telinga
  • penyakit tekak



Kaedah-kaedahnya :


1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air

2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.

6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.



Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:


1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)

2. Gastrik (10 hari)

3. Diabetes (30 hari)

4. Sembelit (10 hari)

5. Kanser (180 hari)

6. TB (90 hari)

7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.



Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.


Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita.




Ini adalah cara & tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk.

Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan!

Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum .





Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.

Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan.

Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.





Apabila ini ‘enapcemar’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.

Ia akan selari dengan enzim intestine.

Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.



Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung :


• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,

• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.

• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.

• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.

• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.

• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

Berhati-hati selepas menziarahi orang meninggal




Hanya sekadar kongsi INFO...yg baik jadi tauladan
& yg jahat jadi sempadan..Insyallah....

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah....
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of
this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from
melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,
tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya

bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi
dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak
berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat
saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang

tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.

Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan

hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.

Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata
di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang
hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke
bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri
untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari
Allah....katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian
jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal

mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah
mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu
menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi
saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd
hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya

(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti
kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan

mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan
air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man
(tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan
bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku
pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man
meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik
Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi

saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi
saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin
yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama
terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang
terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan
ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada
saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga
yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan
itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu
terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man
sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari
alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke
alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya

sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang
kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat
untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.
Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man
(jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat
Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.