Sunday, February 24, 2013

Remove Shortcut Virus

step

1, masukkan thumdrive anda ke komputer anda, pastikan anda hold key shift ketika anda sedang memasukkan thumdrive anda.


2. setelah anda memasukkan thumdrive anda, tekan start menu - all programs - accessories - command prompt (windows vista/7) ataupun hanya taip CMD pada search bar di start menu anda.

3. dialog command prompt akan keluar, anda hanya perlu menaip latter thumdrive anda, sebagai contoh, latter thumdrive yang anda masukkan tadi ialah F, jadi anda perlu taip F: kedalam CMD.

4. kemudian masukkan command yang diberikan dibawah
del *.lnk       // LNK tau, bukan ink, tulis dalam huruf kecil.lepas tue hit enter key, Command ini untuk delete semua shortcut yang ada.
attrib -s -h /s /d       //Seperti previous post, command ini untuk unhide semua file dan folder.
del autorun.inf       //virus shortcut akan menggunakan autorun ini untuk automatically run apabila thumdrive dimasukkan.
setelah itu, anda telah berjaya menyelesaikan masalah virus shortcut anda, tugas terakhir yang anda perlu lakukan ialah

5. delete program virus tersebut! paling penting bagi mengelakan gejala yang sama berulang, untuk mengenali program virus tersebut, berikut adalah klu-klunya.
     5.1 mempunyai nama yang aneh dan tidak tersusun seperti assbtez dan sebagainya, nama adalah berbeza bagi setiap thumdrive yang berbeza, sekiranya anda masukkan thumdrive lain yang terkena virus ini, namanya pasti akan berbeza.
    5.2 mempunyai icon seperti ini
mungkin virus ini dibuat mengunakan VB atau creator virus ini like VB too much

    5.3 ada 2 program, pastikan delete kedua-duanya, kedua-duanya mempunyai nama yang berbeza, persamaan antara mereka ialah icon yang sama :)

6. selesai, thumdrive anda telah berjaya dibersihkan.

Lompat Tali Bakar Kalori Cara Mudah Untuk Slim

Lompat Tali Bakar Kalori Cara Mudah Untuk Slim




UNTUK kelihatan langsing, pasti ada antara kamu sanggup berhabis untuk membeli pelbagai peralatan sukan menurunkan berat badan.

Tahukah kamu, dengan hanya melakukan lompat tali boleh membakar kalori dengan pantas dan mudah berbanding senaman lain.

Senaman menggunakan tali itu adalah sejenis latihan kardio sederhana yang memberi tindak balas besar kepada tubuh selain dapat menjimatkan wang dan masa.

Dengan hanya melompat tali tanpa henti selama 10 minit, kira-kira 132 kalori dalam tubuh dapat disingkirkan.

Tambahan


Actually , skippping rope takde apa-apa kebaikan pun kalau tak digunakan . hahaha . Yang kebaikannnya adalah apabila ia digunakan untuk bersenam :D Baca tuuuu , kalau tak guna takde kebaikan yee . Kalau setakat beli untuk hiasan baik x payah . semak jeee :P

Antara kebaikkannnya ;

1 . Lompat 10 minit bersamaan dengan apabila berjalan selama 8 minit . Kalau dah malas jalan tu , lompat je la guna skipping rope 

2 . Lompat selama 1 jam boleh membakar samapai 1000 kalori . Kalau dah lompat dua jam Boleh bakar sampai 2000 kalori . Tapi masalahnya sanngup ke lompat-lompat sampai dua jam . bhahahhaa

3. Boleh kuatkan hati , jantung dan dapat turunkan kolestrol . Bagi orang-orang yang lemah jantung ni sangat terbaik laa XD


4 . Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko sakit jantung

5 . Untuk mengatur pernafasan . Kalau rasa-rasa pernafasan tak berapa teratur sila la cuba . Lepas ni mesti teratur punya :D
6. Menurunkan berat badan dengan cepat . Sangat terbaik la buat yang nak kurus tu . ( nasihat untuk diri sendiri )
7. Melatih otot kaki , dada , tangan dan bahu . Boleh bagi muscle ketat-ketat jugak . haha

Friday, February 15, 2013

BADI MAYAT BENAR2 WUJUD @ PERASAAN

Suatu hari saya dikunjungi oleh pasangan suami isteri yang datang untuk mendapatkan rawatan. Ketika mereka datang si suami memapah isterinya dalam keadaan yang amat payah kerana isterinya tidak dapat berjalan. Kelihatan kaki dan tangan isterinya bengkak dan mengeluarkan bahang seperti orang yang kena demam panas. Isterinya tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata kerana menahan kesakitan yang amat sangat. Kedengaran dia hanya mengerang kesakitan.
Menurut si suami, isterinya terkena badi mayat, dan semenjak empat hari yang lalu dia mengadu arwah adiknya yang baru meninggal dunia seminggu yang lepas kerap datang menemuinya meminta tolong. Konon adiknya tersiksa di alam barzakh dan meminta isterinya mengadakan kenduri arwah untuknya.
Kebetulan ketika itu pelajar-pelajar yang baru mengikuti kursus Rawatan Islam anjuran saya datang ke rumah untuk bertukar-tukar pendapat. Jadi pada hari itu dapatlah kami ramai-ramai melakukan rawatan keatas wanita tersebut.
Saya bertanyakan dengan lebih lanjut, bagaimana punca isterinya boleh sakit sebegini. Menurut si suami lagi, ketika arwah adik isterinya meninggal dunia, mayatnya disimpan di bilik mayat hospital. Kemudian mereka diminta datang untuk pengesahan waris, ketika sampai di bilik mayat, isterinya membuka kain penutup mayat untuk melihat wajah si mati, kebetulan apabila terbuka sahaja kain penutup mayat, tiba-tiba telefon bimbit beliau berdering menyebabkan beliau terlalu terkejut dan jatuh terkulai. Seluruh anggota badan isterinya menjadi lemah dan sejak kejadian itu isterinya mulai jatuh sakit.
Setelah mendapat penjelasan, kami pun memulakan sessi rawatan. Kami beramai-ramai membaca ruqyah. Kelihatan wanita tersebut amat tidak selesa dan mula mengerang dengan agak kuat. Saya menyedari bahawa jin yang menganggu wanita tersebut sudah menzahirkan dirinya. Saya mula berinteraksi dengan bertanyakan jin tersebut siapakah dia. Pada mulanya dia mengaku bahawa dia adalah arwah adik wanita tersebut yang baru meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia memberitahu mukanya sudah pecah dan sudah tidak seperti muka manusia lagi. Dia meminta belas kasihan supaya membantunya.
Menyedari bahawa ini adalah tipu daya jin, saya meminta ia keluar dan mengugut untuk menyiksanya dengan siksaan yang berat, kerana dia menganggu wanita ini dan membuat tipu daya untuk memesongkan aqidah manusia. Setelah saya mengenakan beberapa siksaan barulah jin tersebut mengaku bahawa dia sebenarnya adalah jin dari bilik mayat hospital. Dia mengambil kesempatan untuk masuk kedalam tubuh wanita tersebut ketika wanita itu didalam keadaan terperanjat sewaktu di bilik mayat hospital tempohari.
Perlu kita ambil perhatian, diantara waktu dan ketika-ketika jin suka menganggu dan masuk ke tubuh manusia ialah ketika manusia terlalu suka, terlalu sedih, terlalu marah, terlalu bernafsu dan terlalu takut atau terlalu terperanjat. Kerana itulah Islam menganjurkan kita agar sentiasa berada didalam keadaan tenang dan jangan bersifat keterlaluan didalam satu-satu perkara kerana dikhuatiri syaitan akan mencampuri urusan kita ketika itu.
Akhirnya jin tersebut bersetuju keluar dan berjanji tidak akan mengganggu wanita itu lagi. Setelah ia sedar, saya beri dia minum segelas air rawatan dan minta ia sapukan sedikit kemukanya. Apa yang saya tidak sangka, selepas lima minit wanita tersebut sedar, dia sudah mula boleh bercakap dan tubuh badannya yang bengkak dan amat panas tadi, telah kembali normal seperti biasa. Sewaktu mereka pulang juga wanita tersebut sudah boleh berjalan sendiri, dan tidak dipapah lagi oleh suaminya.
Keesokan harinya saya mendapat panggilan telefon dari suami wanita tersebut, mengucapkan terima kasih dan memberitahu isterinya sudah sihat sepenuhnya.
Maha Suci Allah, Dialah Pemilik Kesembuhan, Dialah yang menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan

Thursday, February 7, 2013

Fakta Sains Tentang Ular Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Sains Tentang Ular Yang Perlu Anda Tahu





* Ular adalah karnivor (pemakan daging).


* Ular tidak mempunyai kelopak mata.


* Ular tidak boleh mengunyah makanan jadi mereka menelannya keseluruhan.


* Ular mempunyai rahang fleksibel yang membolehkan mereka untuk makan mangsa yang lebih besar daripada kepala mereka.




* Ular ditemui di setiap benua dunia kecuali Antartika.


* Ular mempunyai telinga dalaman tetapi tidak yang bersifat luaran.


* Ular yang digunakan dalam persembahan ular bertindak balas terhadap pergerakan, bukan bunyi.


* Terdapat sekitar 3000 jenis spesis ular.




* Ular mempunyai anatomi yang unik yang membolehkan mereka untuk menelan dan mencerna mangsa besar.




* Ular dilindungi dalam skala atau 'scutes' pelbagai bentuk dan saiz.




* Kulit ular lancar dan kering.




* Ular menyalin kulit mereka beberapa kali setahun dalam proses yang biasanya berlangsung selama beberapa hari.




* Beberapa spesies ular, seperti cobras dan mambas hitam, menggunakan racun untuk memburu dan membunuh mangsa mereka.




* Ular bau dengan lidah mereka.




* Ular sawa membunuh mangsa mereka dengan ketat melingkari dan menyesakkan ia dalam proses yang dipanggil penyempitan.




* Sesetengah ular laut sebahagiannya boleh bernafas melalui kulit mereka, membolehkan untuk selaman dalam air.




* Anacondas adalah yang terbesar, bukan spesis ular berbisa yang ditemui di Amerika Selatan yang boleh mencapai lebih 5 meter (16 kaki) panjang.





* Reticulates Python boleh berkembang lebih 8.7 meter (28 kaki) panjang dan dianggap sebagai ular terpanjang di dunia.




Sumber : sciencekids.co.nz