10 Tempat Paling Terlarang Untuk Dimasuki Di Muka Bumi
Tidak
banyak yang diketahui oleh orang ramai tentang kewujudan tempat
terlarang di muka bumi ini. Bagi sesiapa sahaja yang nekad untuk mencuba
masuk, pastinya nyawa mereka bakal menjadi taruhan.
Memetik dari laman pulptastic.com, di bawah adalah senarai 10 tempat paling terlarang di dunia untuk anda lawati.
#10. Pulau Gunung Berapi Surtsey
Surtsey
adalah adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di luar pantai
selatan Iceland. Ia mula wujud selepas letusan gunung berapi yang
bermula pada tahun 1963 dan berakhir pada tahun 1967.
#9. Mount Weather
Pusat
Operasi Kecemasan Cuaca Gunung atau lebih dikenali sebagai ‘Mount
Weather’ adalah sebuah pusat dimana tidak ada sesiapa pun orang awam
yang boleh melawati tempat ini. Terletak di Virginia Amerika Syarikat.
Pusat itu adalah sebagai penempatan semula pegawai peringkat tertinggi
tentera jika berlaku bencana alam terbesar negara.
#8. Mezhgorye
Mezhgorye
adalah sebuah bandar tertutup di Republik Bashkortostan, Rusia.
Dikatakan bahawa orang-orang yang tinggal di bandar tersebut terlibat
dengan bidang pekerjaan yang dirahsiakan sekitar Gunung Yamantaw. Gunung
tersebut disyaki menjadi lokasi program nuklear yang merupakan tempat
penyimpanan khazanah negara Rusia, sehingga kini kawasan tersebut adalah
sulit. Dakwaaan samada wujud loji nuklear benar atau tidak, tiada siapa
yang tahu.
#7. Metro-2
Metro-2
adalah sistem bawah tanah rahsia yang tidak asing lagi dengan penduduk
Moscow. Ia dibina oleh Joseph stalin dan sehingga kini ada khabar angin
mengatakan ia masih dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan Rusia.
Terowong
Metro-2 berfungsi untuk menghubungkan Kremlin dengan Ibu Pejabat
Perkhidmatan Keselamatan Perekutuan Rusia. Ia juga sebagai tambahan
lokasi rahsia lain yang amat penting untuk negara pada era pemerintahan
Stalin.
#6. North Sentinel Island
Sebuah
Kepulauan Andaman di Teluk Bengal dimana menempatkan sekumpulan orang
asli. Penduduknya dianggarkan berjumlah hampir 400 orang. Puak yang
dikenali sebagai Sentinel ini menolak sebarang hubungan dari luar masuk
ke dalam masyarakat mereka.
Dan mereka adalah manusia terakhir di muka bumi ini yang tidak mahu menerima ketamadunan moden sehingga kini.
Cubaan
sekumpulan pengkaji untuk datang melawat ke kawsan puak ini disambut
dengan anak panah dan tombak dan lebih tragik lagi pada tahun 2006 dua
orang nelayan mati terbunuh setelah bot mereka terdampar di pulau
terebut.
#5. Arkib Rahsia Vatican
Arkib
ini menempatkan sebahagian besar rahsia sulit pemimpin dan Raja Eropah
sekitar tahun 1881. Antara yang tersimpan adalah dokumen sulit King
Henry VIII dari England.
Dari namanya
sahaja, anda boleh tahu pulau ini merupakan pulau yang sangat
berbahaya. Pulau yang terletak di pantai Sao Paolo, Brasil ini menjadi
rumah bagi sekitar 4.000 ular paling berbisa di dunia.
#4. Pulau Ular, Brazil
Pulau
ini dikatakan sebagai satu-satunya habitat untuk ular paling beracun di
dunia iaitu Bothrops Insularis. Tidak hanya itu, masih banyak ular
berbisa lain yang mendiami pulau bernama Ilha de Queimada Grande .
Pemerintah
Brasil pun sudah mengumumkan larangan dari masuk ke pulau itu. Namun
masih ada saja yang nekad untuk mencuba masuk masuk, akibatnya ada orang
yang dilaporkan hilang ataupun telah meninggal dunia di sana.
#3. Woomera, Australia
Kawasan
Woomera merupakan tempat larangan untuk di masuki oleh orang awam.
Arahan ini dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Udara Australia. Sebabnya
adalah kerana Woomera merupakan kawasan yang digunakan untuk melakukan
uji kaji terhadap senjata berbahaya, bermula dari roket sehingga senjata
nuklear.
Jadi masuk kawasan ini
tanpa kebenaran boleh membunuh anda ketika waktu uji kaji dilakukan.
Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pihak
pemerintah Australia
# 2. Havenco, England
Tempat
yang dibina pada tahun 2000 ini awalnya adalah pusat penyimpanan data,
penyedia server internet, dan sehingga proses enkripsi.
Pelanggan
HavenCo adalah syarikat yang ingin mengelakkan hukuman kerana laman
webnya memiliki kandungan yang berbahaya dan boleh merosakkan seseorang
seperti pornografi , spam, dan hacking. Namun, pada tahun 2008, tempat
ini telah ditutup setelah berlaku masalah pada sistem operasi utamanya.
Tempat ini masih menjadi misteri dan tetap sulit untuk dimasuki oleh
orang awam.
#1. Area 51
Negara
Amerika sangat terkenal dengan rahsia sulit kerajaan mereka.
Termasuklah Area51 yang terletak di Nevada ini. Tujuan utama kawasan ini
dibina masih dibincangkan sehingga kini. Khabar angin mengatakan pusat
tersebut dicipta untuk membangunkan teknologi rahsia buatan Amerika
Syarikat.