Amalan-amalan
ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya
dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh
menjadi punca kebaikan dunia dan akhira t. Di antaranya:
1.Menyempatkan diri
beribadah
Allah tidak sia-siakan penga bd ian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya
dalam hadis qudsi: “Wahai
anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya
dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah jatuh kas ih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia
berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak
istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan
segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah
bin Abb as r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan
dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja
membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan
baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini
rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati
mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan
ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang
ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu
bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya
maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu
Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa
juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa
kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan
menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan
meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan
anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki
melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang
lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk
tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat
saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak
tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan
kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan
banyak-banyak
Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada
hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan
tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut R as ulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang
siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia
menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal
berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan
meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah
berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan
rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu
ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)
14.Melazimi solat malam
(tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya
dimakbulkan Allah.
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia
(aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis
qudsi: “Wahai anak Adam,
jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan
siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang
harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada
Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah
kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan
demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ."
(Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “…
dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali
Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan
bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan
ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman
dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara
konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab
Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah
(Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika
diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu
rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa
amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu
a’lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan
mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita
meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih
dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yan g dicintai-Nya dan yan g
tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yan g dicintai-Nya
saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yan g boleh membawa
kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya
Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi,
hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat
jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
yan g haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.
Firman-Nya: “Barang siapa
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq:
3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya
kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi
rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah
kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari
Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut diatas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah akan beri “jalan
keluar (dari segala perkara yan g menyusahkan), dan memberinya rezeki dari
jalan yan g tidak terlint as di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yan g
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi
sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan
rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.