Wednesday, April 28, 2010

13 tips untuk berhenti merokok

No. 1: Mengetahui kenapa anda hendak berhenti merokok

Anda ingin berhenti merokok tetapi anda tahu kenapa?Merokok tidak baik untuk kesihatan tidak cukup sebab untuk berhenti merokok.Untuk memotivasikan,anda perlukan alasan,sebab yang kukuh dan tersendiri.Mungkin salah satu sebab ialah anda ingin melindungi keluarga anda daripada menjadi perokok pasif atau secondhand smoker.Mungkin juga kanser paru-paru menakutkan anda.Atau anda ingin kelihatan dan merasa lebih muda.Pilihlah sebab yang cukup kuat untuk pilihan berhenti merokok.


No. 2: Jangan pilih cara ‘Cold Turkey’

Memang macam senang jer nak buang rokok dan beritahu yang anda berhenti merokok. tapi cara sebegini (cold turkey) bukan sesuatu yang mudah. Sesiapa yang mencuba untuk berhenti merokok tanpa terapi atau medikasi,95% akan relaspe atau kembali menjadi perokok. Penyebabnya..merokok adalah satu ketagihan. Otak sudah terbiasa bergantung dengan kehadiran nikotin. Bila tiada nikotin, akan ada simptom ‘nicotine withdarawal’ .

No. 3: Cuba Terapi Penggantian Nikotin

Bila anda berhenti merokok,’nicotine withdrawal’ atau ketiadaan nikotin menyebabkan anda merasa bengang,tertekan,tidak senang duduk ataupun cepat marah. Keinginan untuk merokok mungkin agak keterlaluan.. dan terapi penggantian nikotin boleh membantu anda mengurangkan keinginan tue.Kajian menyarankan supaya memilih gula getah nikotin,lozenges dan pelekat dalam membantu peluang untuk berhenti merokok dengan jayanya apabila menggunakan program seperti ini. Tetapi menggunakan produk dan merokok sangat tidak digalakkan.

4: Bertanya mengenai preskripsi ubat

Untuk mengurangkan kekurangan nikotin tanpa menggunakan produk yang menggunakan nikotin maka hendaklah anda bertanya kepada doktor anda tentang preskripsi ubat. Terdapat ubat yang boleh mengurangkan keinginan dengan mengubah bahagian pada otak yang telah terjejas dengan nikotin. Perubahan ini juga menyebabkan seseorang tidak ingin untuk merokok. Ubatan lain juga boleh membantu masalah seperti tertekan dan sukar untuk menumpukan perhatian. 

No. 5:Jangan lakukannya seorang

Beritahu kawan,keluarga dan kawan sekerja yang anda ingin berhenti merokok. Sokongan mereka mungkin akan membawa perubahan. Anda juga boleh mendaftar untuk kumpulan sokongan atau bercakap dengan kaunselor. Terapi perlakuan adalah sejenis kaunseling yang membantu anda mengenal pasti dan kekal dengan strategi untuk berhenti merokok. Menggabungkan terapi perlakuan dengan terapi penggantian nikotin atau ubat-ubatan akan meningkatkan keazaman anda untuk berhenti merokok.


No. 6: menangani tekanan

Satu sebab anda merokok ialah kerana nikotin membantu anda untuk relaks. Bila anda berhenti merokok, anda perlu cara lain untuk menangani tekanan. Cuba try dapatkan urutan, mendengar muzik yang relaks, belajar yoga or tai chi..Jika boleh, elakkan situasi yang boleh memberi tekanan pada anda semasa minggu pertama anda berhenti merokok.


No. 7: Jauhi alkohol dan penyebab lain

Sesetengah aktiviti mungkin boleh menggalakkan anda untuk merokok. Alkohol adalah penyebab yang utama maka cuba kurangkan minum alkohol jika anda mula2 untuk berhenti. Jika kopi adalah penyebab, tukar kepada teh untuk minggu seterusnya. Dan jika biasanya anda merokok selepas makan, cuba sesuatu yang lain seperti gosok gigi atau makan gula-gula getah. 

No. 8: Bersihkan rumah anda

Apabila anda telah habiskan rokok terakhir anda, buang semua bekas abu rokok dan pemetik api. Basuh baju-naju yang berbau rokok dan bersihkan karpet,sofa dan lain-lain. Gunakan penyegar udara untuk menghilangkan bau rumah anda dengan bau yang lebih segar. Anda tidak perlu lihat atau bau sesuatu yang mengingatkan anda tentang rokok.

No. 9: Cuba dan cuba lagi

Sangat biasa bila terdapat relapse atau kembali kepada tabiat asal iaitu merokok. Ramai perokok cuba beberapa kali sebelum betul-betul berhenti merokok. Kaji emosi dan sebab yang membawa anda kepada relapse. Gunakan ia sebagai peluang untuk mengukuhkan sebab untuk berhenti merokok. Bila telah buat keputusan untuk mencuba semula, tandakan “tarikh berhenti” diantara bulan hadapan. 

No. 10: Banyakkan bersenam

Aktiviti fizikal boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Bila anda inginkan merokok, capai kasut roda atau kasut sukan. Senaman ringkas juga boleh membantu seperti bersiar-siar dengan binatang peliharaan ataupun mencabut rumput di halaman rumah. Pembakaran kalori berlebihan akan mengurangkan risiko penambahan berat badan apabila berhenti merokok.


No. 11: Makan buahan dan sayuran

Jangan cuba untuk diet semasa berhenti merokok kerana ini akan menambahkan tekanan. Akan tetapi amalkan untuk makan buahan,sayuran dan produk rendah lemak. Kajian daripada University Duke mengatakan bahawa makanan ini akan menyebabkan rokok mempunyai rasa yang amat teruk.Ini juga membantu anda melawan keiniginan merokok.

No. 12: Pilih hadiah anda

Selain daripada faedah mendapat kesihatan yang baik, anda juga boleh menjimatkan wang. Hargai diri anda dengan membelanjakan kepada sesuatu yang anda suka dan menarik.


No. 13: Lakukan untuk kesihatan anda

Kurang merokok akan memberi faedah kesihatan serta-merta. Ia akan menurunkan tekanan darah anda dan nadi anda selepas 20 minutes. Dalam sehari, paras oksigen dan karbon monoksida dalam darah akan kembali normal dan risiko mendapat serangan penyakit jantung berkurangan. Faedah jangka masa panjang termasuklah mengurangkan risiko strok, kanser paru-paru dan lain-lain kanser.. 
__________________

No comments: