Menghilangkan pahit peria
Peria memang
pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di
dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan
masaklah peria tadi. Insya Allah, mesti berkesan.
Mencuci Sayuran yang kotor
Walaupun
kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran
berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada
telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak
kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang
panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang
banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti
anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan
sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta
bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan
air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam
dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda
masuklah garam dan cuka.
Biarkan beberapa ketika sayuran tadi
terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran
tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas
dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda
tidak perlu bimbang lagi.
Mengekalkan warna sayur hijau
Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.
Menghilangkan bau di dalam peti sejuk
Ambil
beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di
dalam freezer). Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat
mencuba
Tangan Pijar kerana cili
Mungkin
ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika
terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah
lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera
dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan
dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas
bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu
barulah dicuci dengan sabun dan air bersih.
Menghilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging
Semasa
hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung
gandum, biarkan seketika. Selepas itu basuh dengan air bersih. Insya
Allah. Selamat mencuba.
Mempercepatkan air mendidih
Tiba-tiba
rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang
kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit
minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah
kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda
bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan
lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi.
Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya
dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah
apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula.
Selamat mencuba.
Daging mudah empuk
Untuk
mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, anda hanya
perlu meletakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan anda....
Menghilangkan rasa masin dalam gulai
Biasanya
anda akan merasa risau jika gulai yang dimasukkan terlalu masin. Untuk
menghilangkan rasa masin itu anda bolehlah ikut petua ini. Ambil hampas
kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan kedalam kain dan ikat
kuat-kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini kedalam periuk yang
berisi gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat.
Membersih kerang
Rendam
kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan
daunnya sahaja. Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan
kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan putih.
Menghilangkan bau hamis di kuali
Setelah
digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis.
Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak
menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah
merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.
Menghilangkan kesan kopi, teh dan darah
Kesan-kesan
teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan
menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu.
Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan
serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu
selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada
pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam.
Rendamlah hingga kesan itu tanggal. (1 sudu makan garam - 1 pain air).
Kulit telur lekang dengan mudah
Biasanya
telur ayam itik yang baru saja dipungut dari reban (telur baru) begitu
sukar hendak kita tanggalkan kulitnya selepas direbus. Kulitnya tidak
mudah lekang. Jika dicuba juga menanggalkan kulitnya, isi telur akan
menjadi rosak. Jika anda gemarkan kecantikan isinya, mungkin untuk
hiasan dalam masakan dimajlis tertentu cubalah amalkan petua dibawah
ini.
Sebelum merebus, bersihkan telur-telur itu. Ketika air mendidih,
masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat-rapat. Setelah rebusan
cukup masak, kupaskan telur-telur tadi. Hasilnya, kulit-kulit telur amat
mudah ditanggalkan.
Cara memasak air dengan cepat
Kadang-kadang
kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan lebih cepat
masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air
kemudian masak. Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat. Selamat
mencuba.
Ikan haruan tak hanyir
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.
Menghapuskan bena pada daun sayuran
Cara
untuk menghapuskan bena yang biasanya terdapat pada sayuran seperti
bayam, daun geti dan daun asin-asin (cekur) ialah dengan merendam
sayuran tadi kedalam air beras sebelum ia disiang.
Mengurangkan masin ikan kering
Caranya
dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa. Rendam selama 2
jam kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas.
Elakkan semut dari gula
Untuk
mengelakkan gula daripada dimasuki semut bubuhlah diantara 3 atau 4
biji bunga cengkih kedalam gula itu. Bunga cengkih ini juga akan
memberikan keharuman kepada gula itu.
Meratakan garam untuk kerepek
Terdapat
pelbagai jenis kerepek yang mudah dibuat sekarang ini. Walau
bagaimanapun kadang-kadang terjadi kerepek yang tidak rata garamnya.
Untuk memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, letakkan
garam pada minyak panas yang akan digunakan untuk menggoreng kerepek.
Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda
tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin.
Membuat roti canai lembut
Kebanyakan
suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut
seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini
puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan
elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti
biasa.
Menghilangkan hanyir ikan dan makanan laut
Ikan
yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10
minit sebelum dimasak. Biar seluruh hiriasan @ badan ikan tadi dibaluti
tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram
dengan air asam jawa.
Menghilangkan kesan susu dalam botol
Selain
dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang
tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau
puan-puan merebusnya didalam air panas, ini ada satu cara yang baik.
Jika
hendakkan kesan susu itu segera hilang . Ambil garam makan yang kasar 1
camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya
goncangkan botol itu. InsyaAllah akan bersih dan segera, lebih baik
lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati.
Merangupkan acar mentimun
Hirisan
mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum
campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula
dan cuka secukup rasa.
Getah tidak melekat
Selalunya
getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda
mengupas kulit pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu.
Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah
dilarutkan dengan garam.(air garam). Masukkan pisang muda yang hendak
dikupas kedalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan anda,
kupaslah kulit pisang tersebut tatkala ia masih didalam air garam.
InsyaAllah dengan cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada
kedua belah tangan anda.
Elak Jag Kaca Pecah
Menghidang
minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi
mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu
logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir
kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya
Allah. Selamat mencuba!
Supaya buah epal tidak berubah warna
Setiap
kali anda memotong buah epal untuk dihidangkan kepada tetamu atau
kepada anak-anak suatu perkara yang sering memeninghkan kepala anda
ialah kelihatan epal tersebut yang bertukar warnanya menjadi ke
coklat-coklatan. Ada satu cara untuk anda mengelakkan epal tadi supaya
tidak bertukar warna sebaliknya menjadi lebih menarik untuk dihidangkan,
caranya amat mudah sekali iaitu setiap kali selepas mengupas atau
memotongnya anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan
hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum diangkat untuk
dihidangkan. Cubalah anda pasti tidak akan kecewa.
Menghilang bau hangit nasi
Kebiasaannya
nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu
letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap
selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.
Supaya ayam cepat empuk
Bagi
anda yang masak menggunakan ayam pekan ataupun ayam pasar mengikut
istilah orang-orang sekarang tentulah anda tidak menghadapi masalah ayam
yang keras dan tidak mudah dimakan. Tetapi bagi anda yang menggunakan
ayam kampung ataupun ayam yang anda pelihara sendiri, masalah ayam
keras, liat dan sukar dimakan memang menjadi masalah. Bagaimana pun
dibawah ini diperturunkan beberapa cara yang dirasakan sesuai untuk anda
jadikan panduan untuk melembutkan daging ayam kampung tadi.
Caranya
ambil daun pepaya secukupnya lalu bungkuslah ayam yang sudah disiang
dan dicuci tadi sambil diramas-ramas dan didiamkan beberapa ketika
sebaik-baiknya 15 minit. Setelah itu daun papaya tadi diambil dan
dibuang serta dibersihkan ayam itu. Setelah bersih barulah boleh dimasak
mengikut resepi yang anda rasakan sesuai. Biasanya ayam yang terkena
getah betik atau papaya tadi akan cepat lembut setelah dimasak. Selamat
mencuba.
Peti Sejuk Tidak Berbau
1.
Letakkan seketul kayu arang yang belum dibakar didalam bekas dan
letakkan di dalam peti sejuk. Insya Allah peti sejuk tidak akan berbau.
2.
Bila hendak memakan nenas kulitnya jangan dibuang malah boleh
diletakkan di dalam peti sejuk juga untuk menyingkirkan bau yang kurang
menyenangkan.
Mengatasi masalah stokin longgar
Menghadapi
masalah anak-anak yang bersekolah memang merunsingkan terutama tentang
pakaian mereka. Kerana kebanyakan anak-anak yang bersekolah khusus yang
masih kecik-kecil lagi tidak begitu pandai menguruskan diri sendiri
tanpa perhatian dari ibu sendiri.
Kerana itu menghadapi masalah
stoking longgar memang menjadi masalah utama yang terpaksa anda hadapi.
Disini ada satu cara yang dirasakan sesuai untuk anda ikuti iaitu dengan
mengikut panduan yang kami berikan.
Caranya mudah iaitu terpulang
kepada gaya anda memakainya. Semudah cara ialah dengan melipatkan
stoking yang longgar tadi hingga ke bahagian atas buku lali.
Lipat-kecil-kecil, cara begini bukan sahaja mudah tetapi juga kelihatan
cantiknya.
Tauge segar
Untuk
menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge
yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di
dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.
Empokan kacang hijau
Biasanya
untuk merebus kacang hijau hingga empuk kita memerlukan masa yang
panjang. Bila saja kacang hijau di jerang, masukkan satu camca kecil
minyak masak dan satu camca kecil garam.
Elakkan terung menjadi hitam apabila sudah dipotong
Pada
mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah
apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti
terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan
sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan
garam saja pun boleh.
Atasi nasi mentah
Untuk
mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan
merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi
tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu
berwap.
Menghilangkan kotoran pada kulit kerang
Untuk
menghilangkan kotoran pada kerang ambil beberapa batang serai kemudian
ditumbuk jangan sampai hancur kemudian di rendam bersama air yang sama
cukup dengan kerang tadi. Gaul dengan tangan. Biarkan dalam 10 minit dan
lepas itu kulit kerang akan kelihatan cantik dan bersih. Selamat
mencuba.
Menghilangkan rasa pahit pada sayur peria
Potong
sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih.
Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 - 30
minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu
akan hilang rasa pahitnya.
Khasiat asam jawa
Adakah
anda menghadapi masalah tangan dan hujung kuku berwarna hitam kerana
kerja-kerja dapur yang menyulitkan seperti mencuci periuk belanga
disamping masak-memasak. Jika anda ingin menghilangkan warna
kehitam-hitaman itu cubalah panduan ini dan anda pasti tidak akan merasa
kecewa. Caranya ialah ketika anda habis menggunakan asam jawa ketika
memasak terutama ketika habis menggaulkan ikan untuk menghilangkan bau
hanyirnya anda ramas-ramaskanlah hampas asam jawa tadi dengan tangan,
terutama pada bahagian yang kotor. Jika anda lakukan begini selalu pasti
masalah anda yang kuku hitam dan memalukan itu akan segera hilang. Asam
jawa ini juga baik untuk digunakan untuk mengatasi masalah tumit kaki
yang sering pecah-pecah dan berwarna kehitam-hitaman. Caranya ialah
dengan membersihkan dahulu kaki anda sesudah itu sapukan sedikit dengan
asam jawa, lumiri sekelilingnya diamkan untuk beberapa minit dan
kemudian cucilah dengan air biasa. Lakukan sebelum tidur, pasti masalah
kaki hitam dan berpecah-pecah itu dapat segera diatasi.
Mengurangkan kemasinan ikan masin
Jika
kita ingin menggoreng ikan masin yang terlebih garam supaya tidak
terlalu masin, terlebih dahulu rendam ikan masin tersebut ke dalam bekas
yang berisi air garam juga. Garam yang kita rendam itu akan menyerap
semula garam daripada ikan masin tersebut. Jikalau tidak percaya cubalah
petua ini. Selamat mencuba.
Menghilangkan bau busuk puting
Jika
anda mempunyai anak yang masih kecil dan masih lagi menyusu dengan
menggunakan botol dan puting, tentu anda sering menghadapi masalah
puting botol yang berbau. Walaupun anda telah cuba menghilangkan baunya
yang masam dan mual itu hingga tidak digemari oleh bayi, tetapi anda
masih tidak berjaya. Ada satu cara yang ringkas dan mudah dapat
dijalankan untuk mengatasi masalah ini.
Apa yang anda harus lakukan
ialah dengan merendamkan puting botol tadi dalam air panas kemudian
bubuhlah garam masak secukupnya. Rendam beberapa minit hingga
kekotorannya hilang, hasilnya pasti puting botol tadi bersih dan berbau
harus.
Menghilangkan bau hanyir ikan atau daging
Ambil
sedikit tepung jagung. Sapukan ke serata badan ikan atau daging.
Biarkan beberapa minit, basuh dan dimasak. Insya Allah, bau hanyir itu
akan hilang. Selamat mencuba.
Menyimpan tauhu supaya tahan lama
Tauhu
tidak boleh disimpan terlalu lama walaupun disimpan baik-baik dalam
peti sejuk, kerana ia boleh bertukar menjadi masam. Tetapi ada satu cara
untuk mengatasinya.
Mula-mula anda ambillah tauhu tadi dan
bersihkan, sudah itu tiriskan biar kering. Masukkan dalam satu bekas dan
rendamkan ia dengan air panas, tunggulah sampai air tadi menjadi sejuk
kembali. Sesudah itu barulah keluarkan tauhu tadi dan direndam dalam air
dan simpanlah. Anda tidak perlu bimbang walaupun tidak disimpan dalam
peti sejuk, ianya boleh tahan lama dan tidak akan bertukar menjadi masam
Merangupkan timun acar
Ambil
sedikit kapur sirih, masukkkan ke dalam bekas yang berisi air dan
gaulkan. Masukkkan timun yang hendak dibuat acar tadi. Rendam semalaman
barulah masak. Anda akan dapat rasa timun yang ranggup dan enak. Salamat
mencuba.
Melembutkan cucur
Jika
anda inginkan rasa cucur yang lembut apabila dimasak, bancuhlah adunan
tepung cucur dengan air suam. Kemudian barulah digoreng seperti biasa.
Cucur pasti lembut walaupun telah lama sejuk
Elak sayur keladi gatal apabila dimakan
Keladi
yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam
periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor.
Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah
keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti.
Hilangkan bau dalam peti sejuk
Caranya
mudah sahaja, ambil 2 hingga 3 potong kulit nanas dan masukkan kedalam
peti sejuk. InsyaAllah bau yang kurang menyenangkan dari peti ais akan
hilang dengan sendirinya. Selamat mencuba.
Melambatkan nasi menjadi basi
Biasanya
nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu
banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita
tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan
secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak
tadi tahan untuk seharian.
Melancarkan laci almari yang tersekat
Jika
laci almari atau meja anda tersekat dan sukar dibuka dan ditutup, ambil
lilin dan gosokkan pada bahagian tepi bawah laci anda. Jika laci anda
menggunakan rel dibahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian
tersebut. Selepas itu pasang kembali laci anda dan lihatlah hasilnya.
Laci lebih mudah dibuka dan tidak akan tersekat lagi.
Menghilangkan arang di periuk
Setengah-setengan
suri rumah ingin memasak masakan cara kampung dengan menggunakan dapur
arang atau dapur kayu. Namun Masalah yang timbul adalah untuk mencuci
kembali periuk yang digunakan agar seperti sediakala sukar diatasi.
Untuk mengatasi masalah tersebut sebelum periuk itu digunakan, periuk
tersebut hendaklah disalut dibahagian luarnya dengan sabun serbuk
dicampur tepung gandum dan sedikit air. Insya Allah masalah kesukaran
menanggalkan arang diperiuk tadi akan mudah diatasi.
Mencantikkan Telur Rebus
Rebuskan
telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam
air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan
kembali telur itu.
Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci
Untuk
menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti
yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung
gandum dan daun pisang. Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih
tetapi dapat menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika
membasuh.
Supaya Telur Tahan Lama
Bersihkan
semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas
yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
Hilangkan lemak ayam
Basuh
ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan
ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air
selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu
barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan
sebelum memasakkannya...
Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko
Rendam
teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau nipis
selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko
itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan berkarat itu.
Taugeh tahan lama
Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam. Letakkan sedikit asam gelugur dan simpan di dalam peti ais.
Ayam goreng lebih sedap
Untuk
mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas
bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan
pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan
angkat. Selamat mencuba....
Hilangkan rasa pijar pada tanganSemasa
memasak mengunakan cili (cili padi atau cili kering) tangan kita akan
terasa pedas/pijar. Untuk menghilangkannya, selepas memegang cili, gosok
sekeliling jari jemari dengan garam selama 1-2 minit. Selepas itu basuh
dengan air.
Mengatasi Nasi Lembik
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.
Mengelakkan makanan melekat di kuali
Apabila
menggoreng ikan atau lain-lain makanan seperti nasi goreng dan mee
goreng, ianyas selalu melekat di kuali jika kuali tidak panas. Satu cara
untuk mengelakkan ini berlaku, goreng sedikit garam dalam kuali itu
tanpa minyak sampai kuning kemudian barulah dimasukkan minyak dalam
kuali. Selamat mencuba
Untuk merangupkan cucur udang
Jika
puan ingin merangup dan menambah selera cucur udang, caranya ialah
masukkan empat sudu besar minyak masak untuk satu kilo tepung gandum.
Ketika masak jangan kuatkan api biar sederhana dan untuk melembutkan
rasa di dalamnya masukkan serbuk penaik satu sudu teh kecil dan biarkan
lima minit. Selamat memcuba ya.
Membuat sambal yang sedap
Sambal
yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting
kecil-kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila
sudah direbus cili tadi hendaklah ditoskan selama 20 minit. Kemudian
cili kering itu digoreng di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit
tetapi jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah dimesin
bersama minyak yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia
akan tahan selama 3 minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya
tidak memerlukan minyak yang banyak dan masa untuk memasak sungguh
sekejap dan kita akan dapat sambal yang sungguh sedap. Sambal yang kita
masak cepat pecah minyak dan wangi
Harumkan Bawang Tumis
Bagi
menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih
itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam
ketika menumis.
Mengempukkan daging
Kebanyakan
daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam
masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang
singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus
daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang
singkat.
Merangupkan ayam goreng
Semasa
hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak,
kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Selamat mencuba
Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus
daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan
buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga
buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan
kandungan kolestrol dan bau hamis daging.
Mengelak daripada nasi mentah
Sekiranya
nasi yang anda masak mentah, anda jangan padamkan api. Buka tudung
periuk dan tudung dengan plastik, kemudian baru tudung semula dengan
tudung periuk. Tunggu selama 5 minit, insya Allah nasi anda akan masak.
Mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi
Untuk
mengelakkan nasi yang dimasak dari cepat basi, semasa anda membasuh
beras kali pertama hingga ke tiga dengan menggunakan tangan anda.
Selepas itu untuk kali ke empat bila anda masukkan air ke dalam beras
itu anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk
mengukur. Bagi tujuan mengukur anda perlu mengagak sahaja.
Untuk mempercepatkan kacang hijau yang direbus kembang
Untuk
mencepatkan kacang hijau yang direbus kembang untuk dijadikan bubur,
masukkan satu atau dua sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang
tersebut dan lihatlah hasilnya. Tak perlu tunggu lama untuk kacang
tersebut kembang.
Nasi Lemak Cepat Masak
Jika
ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke
dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga
nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
Jika nasi hangit
Tugas
memasak bukan sahaja dikhaskan untuk perempuan malah lelaki pun kadang
kala terpaksa memasak terutamanya orang bujang. Tetapi pada masa kini
biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada
ketikanya cara lama juga digunakan. Jika kita memasak nasi dan secara
tidak sedar nasi yang kita masak itu hangit tentulah menyebabkan selera
kita berkurangan. Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air
dan masukkan gelas yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi.
Biarkan selama 10 minit. Kemudian angkat gelas, Insya Allah nasi
tersebut tidak berasa hangit lagi.
Merangupkan ayam goreng
Selalunya
ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk
mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam
ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam
seperti biasa.
Menghilangkan bau peti sejuk
Selepas
beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau
yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan
arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari.
Cara hilangkan getah di pisau
Layurkan
atau panaskan pisau atas api di dapur sehingga nampak getah di atas
pisau mendidih. Kemudian lapkan atau sapukan pisau tadi dengan
suratkhabar. Anda akan melihat pisau anda kelihatan kembali bersih.
Ulangi lagi jika masih terdapat getah di permukaan pisau tersebut.
Selamat mencuba.
Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi
yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili
padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan
seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah
bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.
Menyedapkan Sambal Sotong
Adalah
elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam
air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti
tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan
tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah
kira celur terlebih dahulu.
Kekalkan kesegaran tomato tanpa menyimpan dalam peti ais
Buah
tomato yang baru dibeli, jika tidak digunakan jangan dibasuh tetapi
simpankan dalam bekas yang kering. Bekas tersebut hendaklah tidak
ditutup dan pastikan tempat simpanan tidak terkena sinaran matahari. Ini
untuk menjamin supaya tomato tersebut tidak mudah layu ataupun kecut.
Menghilangkan kesan hitam pada kulit kerang
Cuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan bilas dengan air bersih. Kemudian barulah dimasak.
Melembutkan donat
Kuih
donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk.
Untuk mengelakkannya puan-puan bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji
ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya
Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.
Bersihkan Siput Sedut
Jika
anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas
hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu.
Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja
mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan
dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa
lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.
Membuat krim coklat yang berkilat
Tentu
ramai yang menginginkan kek coklat yang cantikkan? Caranya mudah jer,
apabila krim coklat yang dibuat daripada coklat masakan tu dah masak,
letakkan lebih kurang sesudu mentega untuk menjadikannya berkilat,
sebelum disapukan di atas kek kita.
Elak ikan goreng melekat pada kuali
Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak tersebut sebelum masukkan ikan.
Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siram
kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam
tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan dihurung lalat.
Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan beberapa tangkai bunga cengkih dalam balang gula anda dan tutup rapat.
Memekatkan kuah
Kadang-kadang masakan kita cair. Untuk memekatkannya masukkan ubi kentang ke dalam masakan tersebut.
Mengelakkan Lipas
Ambil
beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas
seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu
sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.
Hilangkan rasa hanyir ikan
Bagi
penggemar ikan patin tentu anda mengalami masalah untuk hilangkan bau
hanyir ikan tersebut. Untuk mengatasinya, bersihkan ikan tersebut dengan
menggunakan air cucian beras beberapa kali dan selepas itu barulah
dibersihkan menggunakan air biasa. Petua ini juga boleh digunakan untuk
ikan-ikan yg berbau hanyir. Selamat mencuba.
Hilangkan kesan hitam pada periuk
Apabila
kita telah merebus telur mungkin terdapat kesan hitam selepas siap
merebusnya. Ini akan menyebabkan periuk kita tidak cantik. Untuk
menghilangkannya, ambil asam keping sebanyak 2 atau 3 keping dan tambah
sedikit air, kemudian masak di atas api sehingga mendidih dan kesan
hitam itu hilang. Insyaallah periuk anda akan berkilat dan boleh
digunakan semula.
Memekatkan Sup
Kadang-kadang
kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan
sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.
Menggoreng ikan
Untuk
mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng, sebelum masukkan
ikan, panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam
keping. Setelah panas barulah dimasukkan ikan. Terpulang pada puan-puan
sama ada ingin turut menggoreng ikan bersama asam keping tersebut kerana
ianya tidak menjejaskan rasa ikan yang digoreng.
Merasa garam dalam masakan
Caranya
ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak
meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika
jari anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya.
Selamat mencuba
Cili masuk mata
Jika
kita menumbuk sambal dan termasuk dalam mata kanan, jirus ibu jari kaki
kiri. Dan kalau terkena mata kiri, jiruskan ibu jari kaki kanan.
Menghilang Tanda Hitam Pada Periuk
Masukkan
sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan
beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan
cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih
kembali.
Menjernihkan minyak masak
Minyak
masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk
menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak tadi, InsyaAllah
minyak itu akan menjadi jernih semula.
Melembutkan daging/ayam kampung
Caranya
ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging atau
ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah
daging/ayam tadi akan menjadi lembut.
Ayam Sentiasa Segar
Balik
saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam
plastik. Ini boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya
telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika,
dan lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk
Merangupkan ayam goreng
Selalunya
ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk
mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam
ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam
seperti biasa.
Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci
Untuk
menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti
yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung
gandum dan daun pisang. Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih
tetapi dapat menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika
membasuh
Ayam goreng lebih sedap
Untuk
mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas
bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan
pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan
angkat. Selamat mencuba.
Mengenak dan mewangikan ikan kukus
Untuk
menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan
air limau nipis selama satu jam. Racikkan halia dan disumbatkan pada
penutup insang ikan sebelum di kukus.
Hilangkan Lendir Bendi
Untuk
menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi
seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam
kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur
hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.
Nasi tidak berbau hangit
Sekiranya
anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik, kemungkinan
masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini,
cuba anda gunakan petua ini. Basuh setangkai cili kering dan masukkan ke
dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa
minit sebelum nasi dihidangkan. InsyaAllah bau hangit akan hilang.
Selamat mencuba.
Kuali Melekat
Kuali
baru selalunya melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas
disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak
menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak
dipanaskan. Selain daripada itu kuali baru hendaklah selalu digunakan
untuk menumis atau menggoreng.
Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak
yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya,
letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.
Daging kambing tidak berbau
Apabila
membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam
dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan
halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya
malah melembutkan daging. Selamat Mencuba
Mengelakkan pisang cepat busuk
Ambil
secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian
letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana
yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, insya Allah
pisang tidak cepat busuk. Selamat Mencuba...
Merangupkan cucur
Tambah majerin dan air kapur bersama tepung beras. Insya Allah cucur anda akan menjadi rangup dan menyelerakan
Cara Menyimpan Udang
Walaupun
tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan petua ini.
Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan sejatkan airnya
sehingga kering. Gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan
simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat. InsyaAllah udang tersebut
akan tetap segar meskipun disimpan sehingga 2 hari.
Sudu Berkarat
Ambil
sedikit cuka/secubit garam dan air paip. Kemudian campurkan bahan-bahan
tadi berserta sudu dan rendam semalaman. Anda lihatlah hasilnya
Menghilangkan bau cili semasa memasak
Bau
cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh
memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan
sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau
yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan
daun kari. Selamat mencuba.
Cara Melembutkan Daging
Bagaimanapun
daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi
ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk
mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau
dikerat kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang
air dalam jumlah yang banyak.
Melembutkan daging secara tradisi.
Mengikut
secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging
lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut
dengan daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan
daging dan bolihlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Cara
kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan
daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut.
Setelah sejuk bolihlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.
Melembutkan daging secara moden.
Rebus
daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo
daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih
berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.
Terdapat
cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat
daripada betik dan nenas yang bolih didapati disesetengah pasar raya.
Mencuci seterika kotor
Mencuci
seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan
sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang
kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan
hilang.
Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan
Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan. Kemudian, bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi.
Ayam Sentiasa Segar
Balik
saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam
plastik. Ini boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya
telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika,
dan lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk.
Periuk bocor
Periuk
bocor boleh ditampal dengan menggunakan asam jawa, ambil sedikit asam
jawa kemudian tampal dibahagian yang bocor sebelum digunakan untuk
memasak. Langkah ini hanya untuk menampak lubang kecil sahaja.
Mencantikkan sayur yang telah di celur
Kaum
ibu yang mementingkan pemakanan yang sihat pasti akan menghidangkan
makanan sayur untuk sajian mereka. Biasanya sayur akan nampak layu bila
dicelur atau rebus. Bagi mengilatkan sayur tersebut, masukkan satu sudu
minyak masak ke dalam air rebusan. Bila sudah mendidih barulah
dimasukkan sayur untuk dicelur. Sayur pasti akan nampak berkilat dan
enak dimakan.
Hilangkan Bau Botol Atau Balang
Setelah
botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah
dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat
menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2 hilang,
baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih.
Memelihara buah daripada lebam
Tentu
anda semua perasan apabila buah yang sudah dipotong lambat dimakan,
buah itu akan menjadi lebam. Cara mengatasinya mudah saja. Sapukan garam
halus pada buah yang sudah dipotong ataupun bilas buah yang dipotong
dengan air garam. Mudah sajakan.
Bahan proses, bagaimana menyimpannya?
MAKANAN
proses adalah makanan di dalam tin atau makanan yang segera boleh
dimakan. Sekiranya perlu dimasak, ia hanya menggunakan masa yang sedikit
sahaja. Tentu di dapur anda banyak menyimpan bahan makanan proses ini.
Tahukah anda apa cara yang betul untuk menyimpannya?
1. Bahan makanan yang mudah ini sama ada barangan tin atau berbungkus perlu disimpan di tempat sejuk, kering
dan gelap. Keadaan basah akan menyebabkan tin
berkarat. Suhu yang sesuai untuk menyimpannya
ialah antara 9 hingga 10 darjah selsius.
2. Bilik perlu mempunyai tingkap yang ada skrin bagi
mengelakkan kemasukan serangga. Udara segar
sangat diperlukan. Cermin tingkap yang berwarna gelap juga perlu untuk mengurangkan cahaya matahari menembusi ke bilik itu.
3. Rak makanan sebaiknya diperbuat daripada jenis besi yang tidak boleh berkarat seperti keluli kalis karat atau plastik.
4.
Rak tersebut perlu diletakkan 10 sm jauh dari dinding dan di bahagian
bawah rak tersebut hendaklah 23 cm tingginya dari lantai supaya senang
dibersihkan.
5. Apabila
menggunakan tong untuk menyimpan bahan makanan, tong-tong ini perlu
yang beroda supaya senang dialihkan semasa berkemas.
6.
Makanan di dalam botol seperti jeruk, jem dan kaya perlu disimpan di
tempat yang sejuk dan gelap kerana cahaya terang akan merosakkan makanan
itu. Makanan ini juga hendaklah disimpan di dalam peti sejuk sekiranya
terdapat peraturan yang mengkehendakinya selepas botol itu dibuka.
7. Mentega dan marjerin perlu dibungkus ketat sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
8.
Makanan campuran atau makanan siap sedia terutama sekali yang mempunyai
campuran sos dan telur mayonis perlu disimpan di dalam peti sejuk dan
hendaklah digunakan dengan seberapa cepat.
9. Makanan yang kering hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih, kering dan kedap udara.
10.
Makanan sejukbeku perlu disimpan pada suhu 18 darjah celcius. Elakkan
menyimpan balik makanan selepas dinyahbeku. Mungkin tidak merbahaya
sekiranya makanan sejukbeku disimpan lama tetapi ini akan mengubah
bentuk, warna, tekstur dan juga rasanya.
Pengisar Sentiasa Tajam
Kisarkan
garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah
ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.
Melembutkan daging/ayam kampung
Caranya
ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging atau
ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah
daging/ayam tadi akan menjadi lembut.
Cara Mengawet Telur Mentah
Agar
telur yang akan disimpan tahan lama, sebelum disimpan terlebih dahulu
dicuci dengan air bersih. Selanjutnya, rendamlah telur tersebut ke dalam
air kapur dan garam selama dua hari dua malam. Setelah itu angkat,
lapkan dan disimpan di tempat dingin.
Tips Memilih & Mengolah Kerang
1.
Kerang, adalah haiwan laut mempunyai kulit luar, memiliki kandungan
protein yang tinggi di samping mineral seperti zat besi, seng, kalsium,
yodium dan selenium.
2.
Kerang boleh dimasak dengan atau tanpa kulit. Jenisnya bervariasi, di
antaranya kerang bulu, kerang darah, kerang hijau, kerang kepah yang
disebut juga kerang tahu atau kerang putih, kerang kampak (scallop) dan
tiram.
3. Pilih kerang yang hidup dan segar. Tandanya, kulitnya tertutup atau menutup sendiri jika diketuk.
4. Kerang dijual segar atau ketika dibuka isinya nampak segar.
5.
Rendam kerang dengan kulitnya dalam air bergaram dan simpan dalam bekas
tertutup di tempat gelap agar kotoran luruh. Berus kulit kerang di
bawah air mengalir hingga kotoran terbuang. Pegang kerang dengan tangan
lalu keluarkan daging dengan menyelipkan pisau kecil di antara kulitnya.
6. Kerang lazat
dikukus atau direbus. Untuk mendapatkan rasa kerang rebus yang
benar-benar sedap,rebus kerang dalam air mendidih yang sudah dibubuh
garam, serai, daun salam dan lengkuas di atas api sedang hingga masak.
7.
Untuk mendapatkan rasa kerang kukus yang lazat, rendam kerang segar
dalam air yang sudah dibubuh garam, bawang putih selama 15 minit dan
kukus selama 20 minit hingga masak.
8.
Sambal untuk dimakan bersama kerang rebus atau kerang kukus ialah
sambal botol yang khusus untuk makanan seafood (laut). Tapi untuk rasa
yang lebih istimewa, cuba adunkan 2 sudu makan nenas parut, 2 sudu makan
sambal botol perasa manis pedas, 1 sudu makan mentega kacang botol dan 2
sudu teh air jeruk limau.
Panduan memilih daging
Belilah
daging di kedai-kedai rasmi yang telah memiliki surat tanda niaga.
Sebelum diolah, daging direbus terlebih dahulu dalam air mendidih dengan
suhu 100 darjah selsius, minimum 1 jam. Daging harus dipotong
kecil-kecil supaya tingka kematangannya merata, dan panas dapat sampai
ke bahagian dalam. Semakin besar potongannya, semakin lama waktu yang
diperlukan untuk merebus.
Lebih
baik daging digoreng dalam hirisan nipis, dimasak menjadi gulai atau
rendang kerana waktu pemanasannya lama dan suhu didih minyak dapat
mencapai sekitar 160 darjah selsius. Hindari pengolahan dengan
menggunakan pemanasan dalam waktu singkat (misalnya dibuat sate),
apalagi pengolahan daging setengah masak seperti steak ala barat (untuk
pengolahan seperti ini kita harus yakin bahawa daging benar-benar bebas
penyakit).
Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.
Tip Memilih & Memelihara Oven
JIKA ingin membeli oven, pilih yang sesuai dengan keperluan anda sehari-hari. Berikut, tip memilih dan menjaga oven yang baik.
Tentukan
kapasiti oven yang sesuai dengan keperluan. Apakah keluarga anda sering
kali harus memanggang masakan dalam jumlah besar atau sebaliknya?
Pilih
oven yang mudah dibersihkan dan mempunyai jendela pada bahagian depan
oven sehingga anda dapat melihat makanan yang sedang dipanggang.
Auto-timer
penting bagi anda yang jarang berada di dapur sehingga anda dapat
memanggang tanpa khuatir panggangan anda akan hangus. Selain itu, lebih
baik menggunakan pengatur waktu saat memanggang daripada membuka dan
menutup pintu oven sehingga suhu dalam oven tidak turun.
Sebelum
digunakan, panaskan terlebih dahulu oven selama 10 minit hingga
mencapai suhu yang sesuai. Usahakan selalu memeriksa suhu oven, caranya
letakkan pengukur suhu pada bahagian tengah oven dan panaskan oven
hingga suhu 180 darjah selsius. Jika tidak sama bererti oven anda
'bocor' dan perlu diservis.
Pekatkan Kuah
KADANG
kala makanan berkuah yang kita masak agak cair dan tidak pekat seperti
yang kita inginkan. Jadi, untuk memastikan makanan berkenaan menjadi
likat tambahkan sama ada gula, keledek yang telah dilenyek atau sedikit
tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia menjadi pekat dan tidak
lagi cair. Untuk memekatkan kuah bancuh dua sudu besar tepung jagung dan
masukkan ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga
boleh mengurangkan rasa masin masakan.
Elakkan tauhu daripada melekat
Tahukah
anda cara mengatasi masalah tauhu yang melekat pada kuali ketika
menggoreng? Caranya ialah taburkan sedikit garam halus di permukaan atas
dan bawah tauhu sebelum menggoreng. Hasilnya tauhu itu tidak akan
melekat dan hancur ketika digoreng.
Menyegarkan Kembali Sayur
Sayuran
yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan
kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur
sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi
akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.
Pelbagai Cara Simpan Daun Herba
Kebanyakan
orang gemar menggunakan pelbagai daunan (tergolong di dalam daun herba
seperti daun saderi, daun bawang, daun pudina, daun basil dan daun
ketumbar). Selain mungkin gemarkan rasanya, daun herba juga bagus untuk
kesihatan. Bagi mereka yang mungkin sedang diet atau mahu mengurangkan
garam di dalam masakan, boleh memasukkan dedaunan ini di dalam masakan.
Bagi memudahkan anda memasak, ada baiknya anda menanam sendiri
pohon-pohon herba. Namun anda masih boleh menyimpannya dengan pelbagai
cara:-
Posted at 10:17 pm by promote5
Permalink