Konsep Asas Berkongsi Smartcard TV Satelit Berbayar Melalui Internet
Tidak
ramai yang mengetahui atau memaksimakan penggunaan decoder Openbox,
Skybox, Dreambox, Alphabox dan lain-lain jenama yang mereka milik.
Decoder ini bukan sahaja boleh mendapatkan siaran @stro, tetapi dengan
menambah dan menggunakan Satellite Dish yang bersesuaian, anda boleh
mendapatkan siaran percuma (Free to Air) atau siaran berbayar dari
negara lain, contohnya dari Satelit Palapa (kebanyakannya siaran
Indonesia), Indovi$ion (siaran berbayar dari Indonesia – satelit SES7),
siaran percuma dari Thailand yang menerima siaran dari satelit Thaicom5,
SES8 dan NSS6.
Sekiranya anda mahu mendapatkan siaran berbayar,
perlu difahami konsep berikut; bahawa secara teknikalnya anda berkongsi
smart card TV Satelit tersebut melalui internet, di mana tuan punya kad
tersebut membayar langganan tiap bulan kepada syarikat pemberi
perkhidmatan satelit. Perkongsian kad ini dilakukan oleh individu yang
pakar dalam bidang ini. Dengan menggunakan perisian komputer tertentu,
kad tersebut disambungkan kepada komputer pelayan (server) yang juga
disambungkan kepada internet. Secara ringkasnya, satu smart card
dikongsi beramai-ramai melalui internet dengan hanya membayar satu akaun
sahaja. Data internet yang digunakan juga sangat sedikit untuk tujuan
'authentication', lebih kurang 10 kb/s sahaja dan decoder perlu
authenticate dengan server setiap 2.5 saat. Ini bermakna, anda masih
memerlukan Satelit Dish untuk mendapatkan siaran dari satelit, bezanya
smart card tersebut tiada di decoder anda, tetapi berada di server di
tempat lain. Konsep yang sama sekiranya anda menggunakan decoder yang
original dari pembekal, apa akan terjadi sekiranya anda mencabut
smartcard dari decoder?
Penerangan yang mudah, kita
umpamakan internet di rumah anda. Anda hanya membayar satu akaun
internet sahaja, tetapi satu akaun ini dikongsi beramai-ramai oleh
keluarga seisi rumah melalui sambungan Wifi atau kabel dengan
masing-masing boleh melayari laman web yang mereka suka dan apa-apa
sahaja berkaitan internet.
Kelebihan
Anda menikmati siaran TV Satelit berbayar dengan kadar bayaran yang terlalu murah untuk siaran penuh.
Anda
tidak akan menerima bil tiap bulan. Anda juga tiada sebarang akaun
dengan syarikat tersebut. Jadi kenalah ingat bila langganan anda akan
tamat.
Kekurangan
Sekiranya
internet terputus, anda tidak akan mendapat sebarang siaran. Sekiranya
talian internet terlalu sesak (biasanya diwaktu puncak), menyebabkan
kemungkinan juga decoder tidak dapat 'connect' dengan server,
menyebabkan anda tidak akan mendapat siaran. Masalah ini jarang berlaku,
tetapi tidak mustahil untuk berlaku.
Sekiranya anda masih tidak
mendapat siaran, sedangkan internet tidak putus, besar kemungkinan
server offline. Mengapa server offline? Banyak sebab, antaranya
sambungan internet ke server tersebut terputus, server rosak dan banyak
sebab lain. Seperti di atas juga, masalah ini jarang berlaku, tetapi
tidak mustahil untuk berlaku.
Dicadangkan untuk mendapatkan
talian internet yang stabil, contohnya sambungan internet dari talian
tetap. Diatas sebab tertentu, sekiranya anda memilih untuk menggunakan
wireless broadband, tentukan isyarat atau signalnya kuat. Sekiranya
lemah, tidak stabil dan selalu terputus, sudah tentu siaran akan
terganggu. Berdasarkan pengalaman, sekiranya ditempat anda hanya mampu
mendapat isyarat 1 bar atau 2 bar sahaja, elok untuk memohon internet
melalui talian tetap.
Berdasarkan pengalaman saya,
saya sering dimarahi oleh pelanggan yang tidak faham atau mungkin
sengaja tidak faham konsep yang telah saya jelaskan di atas, walaupun
telah saya jelaskan sebelum itu. Biasanya dari kalangan mereka yang buta
IT. Malah ada yang menganggap saya menipu, atau memberikan perkhidmatan
yang tidak memuaskan. Perkhidmatan internet yang disediakan oleh
Internet Service Provider bukanlah didalam kawalan saya, sekiranya
sambungan internet terputus, internet yang terlalu perlahan, sambungan
internet yang sesak, isyarat yang lemah juga bukan dalam kawalan saya.
Namun
saya berpendapat, adalah tidak adil untuk mendapatkan perkhidmatan yang
'perfect' dan sempurna dengan bayaran yang sangat murah. Pada saya,
kekurangan tersebut adalah sesuai dengan harga yang kita bayar.....
Sekiranya anda tidak dapat menerima kekurangan tersebut dan mahukan yang
'perfect', adalah lebih baik anda mendapatkan perkhidmatan terus dari
@stro dan bersedialah membayar bilnya. Pilihan adalah ditangan anda.
Adakah Ini Mencuri Line ke? Sah ke tak sah? Melanggar undang-undang?
Saya
berpendapat yang dikatakan mencuri 'line' itu adalah tidak benar. Yang
sebenarnya ialah berkongsi smart card melalui internet dan smart card
yang dikongsi itu adalah kad yang sah, mempunyai akaun dan membayar tiap
bulan kepada syarikat. Namun biasalah, syarikat gergasi yang dah cukup
kaya raya ini sentiasa mencari jalan untuk menambah keuntungan, apatah
lagi syarikat ini memonopoli TV Satelit di negara kita. Apakah kita
sebagai pengguna mempunyai pilihan syarikat lain? Apa yang mampu kita
buat sekiranya syarikat ini dengan sesuka hatinya menaikkan harga
langganan? Apakah kita ada pilihan? Dan difahamkan syarikat ini ada
perjanjian dengan kerajaan untuk memonopoli pasaran satelit TV dengan
syarat tertentu, untuk tempoh yang tertentu dan perkara ini dirahsiakan
dari pengetahuan umum. Saya tidak pasti betul atau tidak, namun ada
lojiknya.
Difahamkan juga, syarikat ini ada mengupah
atau menggaji pakar-pakar IT untuk menyerang mana-mana server
perkongsian kad ini sekiranya mereka dapat mengesan nama domain alamat
server tersebut. Mereka akan cuba menceroboh ke dalam server tersebut,
cuba mengesan nombor akaun smartcard dan seterusnya akan membatalkan
langganan pemilik kad. Oleh itu, sewajarnya kita berhati-hati dan jangan
dengan mudahnya mendedahkan nama server akaun cline kita kepada orang
yang tidak dikenali.
Saya masih ingat pada satu masa
dahulu, ada sebuah syarikat pembekal internet talian tetap yang pada
waktu itu tidak mempunyai pesaing. Apabila memasang internet, modem yang
digunakan memerlukan Dialer yang perlu di install ke dalam PC. Modem
tersebut tiada Wifi dan hanya mempunyai satu port LAN sahaja. Tujuannya
ialah supaya pada satu-satu masa hanya satu PC sahaja boleh menggunakan
internet. Mereka marah apabila pengguna sendiri menukar setting pada
modem tersebut untuk menjadi router yang disambungkan kepada switch
untuk membolehkan akaun internet tersebut boleh dikongsi beramai-ramai
menggunakan kabel LAN. Itu adalah polisi mereka pada waktu itu kerana
hendak mengaut keuntungan. Namun apabila ada pesaing dari syarikat lain
yang menawarkan internet secara wireless broadband, mereka mulai
kehilangan pelanggan dan mengubah polisi mereka dengan menawarkan modem /
router yang mempunyai Wifi. Mereka terpaksa mengubah polisi dan
membenarkan perkongsian internet demi untuk kekal relevan dan terus
menerus mengaut keuntungan dari pelanggan.
Berbalik
kepada cerita TV Satelit, syarikat ini difahamkan akan menggunakan Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) untuk menakut-nakutkan orang
ramai dengan ancaman tindakan mahkamah melalui agen-agen mereka dan
banyak kedai-kedai makan terutamanya telah menjadi sasaran. Akta
tersebut boleh dimuat turun dan dibaca di
http://www.kpkk.gov.my/akta_kpkk/Akta%20Komunikasi%20&%20Multimedia.pdf.
Pembacaan saya secara sepintas lalu terhadap Akta tersebut tidak
menemui sebarang larangan terhadap perkongsian smart card. Saya pernah
difahamkan oleh seorang sahabat, tiada satu klausa pun di dalam akta
tersebut yang melarang perkongsian smart card. Katanya sehingga kini
tiada satu pun kes mahkamah tentang ini. Saya tidak pasti, mungkin
kefahaman dan tafsiran saya salah. Mana-mana sahabat dalam fb ni yang
dapat meninjau dan mentafsir apa yang terkandung dalam akta tersebut
bolehlah dikongsi bersama, adakah benar kenyataan ini.
Ada
yang bertanya apa cerita dengan tangkapan yang berlaku di Butterworth
satu masa dahulu? Jawapannya ialah itu tiada kena mengena kerana kes itu
ialah tangkapan terhadap pengendali IPTV tidak berlesen yang difahamkan
ada menawarkan filem-filem lucah selain dari program-program biasa.
IPTV tidak menggunakan dish (piring) dan sepenuhnya menggunakan talian
internet yang laju untuk sampai kepada pelanggan. Tuan-tuan boleh
mencari lebih maklumat dengan membuat carian di google dengan key word
IPTV atau internet TV.
Penutupnya ialah pilihan di tangan anda sendiri. Fikir-fikirkan.