Friday, October 24, 2014

Cline Skybox

Konsep Asas Berkongsi Smartcard TV Satelit Berbayar Melalui Internet

Tidak ramai yang mengetahui atau memaksimakan penggunaan decoder Openbox, Skybox, Dreambox, Alphabox dan lain-lain jenama yang mereka milik. Decoder ini bukan sahaja boleh mendapatkan siaran @stro, tetapi dengan menambah dan menggunakan Satellite Dish yang bersesuaian, anda boleh mendapatkan siaran percuma (Free to Air) atau siaran berbayar dari negara lain, contohnya dari Satelit Palapa (kebanyakannya siaran Indonesia), Indovi$ion (siaran berbayar dari Indonesia – satelit SES7), siaran percuma dari Thailand yang menerima siaran dari satelit Thaicom5, SES8 dan NSS6.

Sekiranya anda mahu mendapatkan siaran berbayar, perlu difahami konsep berikut; bahawa secara teknikalnya anda berkongsi smart card TV Satelit tersebut melalui internet, di mana tuan punya kad tersebut membayar langganan tiap bulan kepada syarikat pemberi perkhidmatan satelit. Perkongsian kad ini dilakukan oleh individu yang pakar dalam bidang ini. Dengan menggunakan perisian komputer tertentu, kad tersebut disambungkan kepada komputer pelayan (server) yang juga disambungkan kepada internet. Secara ringkasnya, satu smart card dikongsi beramai-ramai melalui internet dengan hanya membayar satu akaun sahaja. Data internet yang digunakan juga sangat sedikit untuk tujuan 'authentication', lebih kurang 10 kb/s sahaja dan decoder perlu authenticate dengan server setiap 2.5 saat. Ini bermakna, anda masih memerlukan Satelit Dish untuk mendapatkan siaran dari satelit, bezanya smart card tersebut tiada di decoder anda, tetapi berada di server di tempat lain. Konsep yang sama sekiranya anda menggunakan decoder yang original dari pembekal, apa akan terjadi sekiranya anda mencabut smartcard dari decoder?

Penerangan yang mudah, kita umpamakan internet di rumah anda. Anda hanya membayar satu akaun internet sahaja, tetapi satu akaun ini dikongsi beramai-ramai oleh keluarga seisi rumah melalui sambungan Wifi atau kabel dengan masing-masing boleh melayari laman web yang mereka suka dan apa-apa sahaja berkaitan internet.



Kelebihan

Anda menikmati siaran TV Satelit berbayar dengan kadar bayaran yang terlalu murah untuk siaran penuh.

Anda tidak akan menerima bil tiap bulan. Anda juga tiada sebarang akaun dengan syarikat tersebut. Jadi kenalah ingat bila langganan anda akan tamat.

Kekurangan

Sekiranya internet terputus, anda tidak akan mendapat sebarang siaran. Sekiranya talian internet terlalu sesak (biasanya diwaktu puncak), menyebabkan kemungkinan juga decoder tidak dapat 'connect' dengan server, menyebabkan anda tidak akan mendapat siaran. Masalah ini jarang berlaku, tetapi tidak mustahil untuk berlaku.

Sekiranya anda masih tidak mendapat siaran, sedangkan internet tidak putus, besar kemungkinan server offline. Mengapa server offline? Banyak sebab, antaranya sambungan internet ke server tersebut terputus, server rosak dan banyak sebab lain. Seperti di atas juga, masalah ini jarang berlaku, tetapi tidak mustahil untuk berlaku.

Dicadangkan untuk mendapatkan talian internet yang stabil, contohnya sambungan internet dari talian tetap. Diatas sebab tertentu, sekiranya anda memilih untuk menggunakan wireless broadband, tentukan isyarat atau signalnya kuat. Sekiranya lemah, tidak stabil dan selalu terputus, sudah tentu siaran akan terganggu. Berdasarkan pengalaman, sekiranya ditempat anda hanya mampu mendapat isyarat 1 bar atau 2 bar sahaja, elok untuk memohon internet melalui talian tetap.

Berdasarkan pengalaman saya, saya sering dimarahi oleh pelanggan yang tidak faham atau mungkin sengaja tidak faham konsep yang telah saya jelaskan di atas, walaupun telah saya jelaskan sebelum itu. Biasanya dari kalangan mereka yang buta IT. Malah ada yang menganggap saya menipu, atau memberikan perkhidmatan yang tidak memuaskan. Perkhidmatan internet yang disediakan oleh Internet Service Provider bukanlah didalam kawalan saya, sekiranya sambungan internet terputus, internet yang terlalu perlahan, sambungan internet yang sesak, isyarat yang lemah juga bukan dalam kawalan saya.

Namun saya berpendapat, adalah tidak adil untuk mendapatkan perkhidmatan yang 'perfect' dan sempurna dengan bayaran yang sangat murah. Pada saya, kekurangan tersebut adalah sesuai dengan harga yang kita bayar..... Sekiranya anda tidak dapat menerima kekurangan tersebut dan mahukan yang 'perfect', adalah lebih baik anda mendapatkan perkhidmatan terus dari @stro dan bersedialah membayar bilnya. Pilihan adalah ditangan anda.

Adakah Ini Mencuri Line ke? Sah ke tak sah? Melanggar undang-undang?

Saya berpendapat yang dikatakan mencuri 'line' itu adalah tidak benar. Yang sebenarnya ialah berkongsi smart card melalui internet dan smart card yang dikongsi itu adalah kad yang sah, mempunyai akaun dan membayar tiap bulan kepada syarikat. Namun biasalah, syarikat gergasi yang dah cukup kaya raya ini sentiasa mencari jalan untuk menambah keuntungan, apatah lagi syarikat ini memonopoli TV Satelit di negara kita. Apakah kita sebagai pengguna mempunyai pilihan syarikat lain? Apa yang mampu kita buat sekiranya syarikat ini dengan sesuka hatinya menaikkan harga langganan? Apakah kita ada pilihan? Dan difahamkan syarikat ini ada perjanjian dengan kerajaan untuk memonopoli pasaran satelit TV dengan syarat tertentu, untuk tempoh yang tertentu dan perkara ini dirahsiakan dari pengetahuan umum. Saya tidak pasti betul atau tidak, namun ada lojiknya.

Difahamkan juga, syarikat ini ada mengupah atau menggaji pakar-pakar IT untuk menyerang mana-mana server perkongsian kad ini sekiranya mereka dapat mengesan nama domain alamat server tersebut. Mereka akan cuba menceroboh ke dalam server tersebut, cuba mengesan nombor akaun smartcard dan seterusnya akan membatalkan langganan pemilik kad. Oleh itu, sewajarnya kita berhati-hati dan jangan dengan mudahnya mendedahkan nama server akaun cline kita kepada orang yang tidak dikenali.

Saya masih ingat pada satu masa dahulu, ada sebuah syarikat pembekal internet talian tetap yang pada waktu itu tidak mempunyai pesaing. Apabila memasang internet, modem yang digunakan memerlukan Dialer yang perlu di install ke dalam PC. Modem tersebut tiada Wifi dan hanya mempunyai satu port LAN sahaja. Tujuannya ialah supaya pada satu-satu masa hanya satu PC sahaja boleh menggunakan internet. Mereka marah apabila pengguna sendiri menukar setting pada modem tersebut untuk menjadi router yang disambungkan kepada switch untuk membolehkan akaun internet tersebut boleh dikongsi beramai-ramai menggunakan kabel LAN. Itu adalah polisi mereka pada waktu itu kerana hendak mengaut keuntungan.  Namun apabila ada pesaing dari syarikat lain yang menawarkan internet secara wireless broadband, mereka mulai kehilangan pelanggan dan mengubah polisi mereka dengan menawarkan modem / router yang mempunyai Wifi. Mereka terpaksa mengubah polisi dan membenarkan perkongsian internet demi untuk kekal relevan dan terus menerus mengaut keuntungan dari pelanggan.

Berbalik kepada cerita TV Satelit, syarikat ini difahamkan akan menggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) untuk menakut-nakutkan orang ramai dengan ancaman tindakan mahkamah melalui agen-agen mereka dan banyak kedai-kedai makan terutamanya telah menjadi sasaran. Akta tersebut boleh dimuat turun dan dibaca di http://www.kpkk.gov.my/akta_kpkk/Akta%20Komunikasi%20&%20Multimedia.pdf. Pembacaan saya secara sepintas lalu terhadap Akta tersebut tidak menemui sebarang larangan terhadap perkongsian smart card. Saya pernah difahamkan oleh seorang sahabat, tiada satu klausa pun di dalam akta tersebut yang melarang perkongsian smart card. Katanya sehingga kini tiada satu pun kes mahkamah tentang ini. Saya tidak pasti, mungkin kefahaman dan tafsiran saya salah. Mana-mana sahabat dalam fb ni yang dapat meninjau dan mentafsir apa yang terkandung dalam akta tersebut bolehlah dikongsi bersama, adakah benar kenyataan ini.

Ada yang bertanya apa cerita dengan tangkapan yang berlaku di Butterworth satu masa dahulu? Jawapannya ialah itu tiada kena mengena kerana kes itu ialah tangkapan terhadap pengendali IPTV tidak berlesen yang difahamkan ada menawarkan filem-filem lucah selain dari program-program biasa. IPTV tidak menggunakan dish (piring) dan sepenuhnya menggunakan talian internet yang laju untuk sampai kepada pelanggan. Tuan-tuan boleh mencari lebih maklumat dengan membuat carian di google dengan key word IPTV atau internet TV.

Penutupnya ialah pilihan di tangan anda sendiri. Fikir-fikirkan.

No comments: