Minuman Menakjubkan Untuk Cairkan Lemak Dalam Masa 4 Hari
Masalah
kegemukan atau lemak dalam badan yang berlebihan adalah salah satu
masalah yang membimbangkan ramai orang. Lemak yang berlebihan dalam
badan membuatkan kesihatan tubuh badan semakin berkurangan dan akan
mudah terdedah dengan risiko penyakit.
Penyakit utama yang sering
terjadi disebabkan lemak berlebihan di dalam badan adalah obesiti
dan penyakit jantung. Ini sudah pasti membimbangkan ramai orang yang
memiliki lemak badan yang berlebihan.
Ramai antara kita yang ingin mencari
cara cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang,
anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk
selesaikan masalah ini.
Kali ini saya ingin berkongsi satu
minuman ajaib yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk
menyiapkannya. Minuman ini sangat berkesan untuk meleburkan lemak
berlebihan di dalam badan anda.
Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
- 8 ½ cawan air ditapis
- 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
- 1/2 timun, dihiris nipis
- 1/2 lemon, dihiris nipis
- 12 daun pudina
Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga
sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum
menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum
minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada
hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?
Semua bahan-bahan yang disenaraikan
diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan,
tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat
dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang
berlebihan.
Sekarang mari kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.
Timun
timun adalah rendah kalori, bertindak
sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga
alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat
badan.
Halia
Dalam satu kajian yang dilakukan di
Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila
seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih
kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.
Lemon
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi
asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah
dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid
askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan
kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal
darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid)
sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang
pelbagai jenis penyakit.
Pudina
Anda mungkin tidak terfikir bahawa
pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan
selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung
rasa ketagihan untuk makan.
Air
Anda semua mesti sudah tahu manfaat
kesihatan apabila minum air yang mencukupi. Air menyokong kehidupan
kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan
jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.
No comments:
Post a Comment