7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi. Mudah & Cepat!
Selepas mandi, cuba lihat diri sendiri di depan cermin. Suka atau tidak? Lebih-lebih lagi jika perut buncit selepas bersalin, tentu hilang keyakinan diri bila lihat diri sendiri.
Ramai
di antara kita mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan
menurut kajian, Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai rakyat
yang paling obes.
Tidak
dinafikan terdapat banyak cara dan tips untuk menguruskan badan dan
telah berjaya melakukannya, tetapi di bahagian perut masih boroi dan
menggeleber. Perut menggeleber, tentu sekali tidak seksi bukan?
Mari
kita lihat pelbagai cara untuk kempiskan perut secara semulajadi. Tentu
sekali sangat mudah. Cepat atau lambat, bergantung kepada tahap istiqamah kita sendiri.
1. Minum air limau
Kaedah
yang memang terbukti untuk kempiskan perut secara semulajadi adalah
dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas
makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau.
Ia
bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap,
akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda.
Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang
menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang
tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai
salah satu cara kempiskan perut yang sangat berkesan. Utusan Malaysia
ada laporannya.
2. Minum teh halia
Kebiasaannya
halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga
berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.
Dengan
meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya
bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di
bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang
diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan
perut dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.
3. Makan ikan salmon
Seterusnya
anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon
sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan
Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan
penyimpanan lemak di perut anda.
Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut.
Perlu
diingat, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja
ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut dengan makan
salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.
4. Kurangkan pengambilan gula
Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes.
Secara
tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika
tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula. Salah
satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan
mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.
Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.
5. Tidur secukupnya sekurang-kuranya 6-8 jam sehari
Ramai
orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam
sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita
mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang
rosak atau lemah.
Tidur
yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan
metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja
seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan
cerdas.
6. Tingkatkan metabolisme
Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan?
Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.
Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori.
Seringkali
orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif
dan tidak boleh duduk diam. Kajian juga mendapati bahawa metabolisme
yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding
mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah.
Antara
cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan
pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa
lemak.
7. Guna 30 Day Ab Challenge mobile app
Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna iOS(iPhone & iPad). Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama.
Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!
No comments:
Post a Comment